Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

Ambang ~2013~


Pantas berlalu masa meninggalkan kita. Tahun demi tahun, bulan demi bulan, minggu demi minggu, seharian berlalu begitu sahaja. Detik jam, minit dan saat. Detik waktu yang kian berlalu tanpa ada perhentian dan persimpangan. Menongkah dan melawan arus masa dunia yang tiada aral halangan. Terus maju dan bertapak di depan tanpa ada gangguan. Tapi apakah ada kesan yang tertinggal di belakangnya. Andai dahulu kita mempunyai azam untuk tahun 2012, apakah azam dan hajat kita tercapai dan terlaksana…??? Atau impian sekadar impian, fantasi yang tidak menjadi realiti. Hidup di dunia khayalan tanpa ada kenyataan. Di manakah hala tuju kehidupan dalam menggapai kejayaan. Ruang waktu yang berkesempatan kita habiskan dengan segala sesuatu yang ada manfaat atau sebaliknya. Kenangan manis dan pahit terbayang di mata minda. Memori suka dan duka terimbau satu persatu. Bila suka, terasa ingin kembali di saat itu. Andai duka, mahu sahaja mengelak dari terhenti tika itu. Namun begitu, bukankah fitrah semulajadi segala tiap sesuatu ada ‘pasangan’nya. Itulah hakikat fenomena yang tidak sama sekali dapat kita ubah dengan sewenang-wenangnya. Terima dengan hati terbuka.

Acap kali kita berprasangka yang tidak manis bila kita terpaksa berhadapan dengan situasi perit dalam kehidupan. Mengeluh dan meratap bagai nak rak. Bukankah semua itu adalah satu pengalaman dalam hidup dalam mematangkan diri kita. Di saat teruji untuk membuat penilaian dalam sesuatu perkara. Apa gunanya hidup tanpa cabaran dan dugaan. Setiap rintangan yang kita lalui tidak sehebat seperti ‘mereka’ yang terdahulu. Namun, masih ada yang gah dengan diri masing-masing.

Biarpun sama sekali yang berlalu tanpa kenyataan yang kita harapkan, perjalanan dan derap langkah perlu kita teruskan. Bersyukurlah andai kini masih lagi bernafas di atas muka bumi Allah s.w.t.. Bernyawa dengan tanpa ada bayaran yang perlu terlaksana saban waktu. Bersama, dimanakah tanda syukur kita pada Ilahi…??? Di atas kurniaan yang tidak berbelah bagi. Apakah kita hamba yang bersyukur buat pemilik duniawi dan ukhrawi…???


Berjalan dan berjalanlah..
Bernafas dan teruslah bernafas..
Sampai saatnya kita akan ketemu ‘persimpangan’ buat kesekian kalinya..
Persimpangan demi persimpangan..
Sehingga ‘merasai’ akan nikmat yang tiada tandingan. insya-Allah..

2012 / 2013



Salam diari seorang pejuang..
..tiada masalah yang tidak merumitkan..
..ujian yang melemahkan..
..dugaan yang tak menyusahkan..
Bahkan itu semua dijadikan sebagai batu loncatan..
..untuk lebih hebat maju ke hadapan..
Mereka tepu dengan dugaan dan cabaran..
Cumanya sesekali air mata merembes menerjah di pipi..
Lambang kekerdilan kudrat hamba pada Ilahi..
Berdepan dengan ‘belaian’ Sang Pencipta..
Sebagai tanda ingatanNya..
Teruslah tersenyum..
Walau susah dan payah teruji..


“..Melangkah dan terus melangkah.. 
..dan akan terus melangkah…”

UPSR


Bismillah…..
Dengan kalimah suci ana mulakan..

Buat adik-adik yang mengambil keputusan UPSR khususnya istimewa buat adik-adik Sekolah Kebangsaan Taman Hi-Tech, Kulim, Kedah.

Adik-adik sekalian,
Dahulunya adik-adik berjuang untuk menghadapi peperiksaan. Kemudian bersuka ria sesudah tamatnya peperiksaan. Dan akhirnya menanti sabar bilakah keluarnya keputusan UPSR. Dan debaran semakin terasa bilama ingin mengambil keputusannya. Bila sudah tahu keputusan, ada yang bersuka ria, ada yang berduka lara.

“Fitrah bagi mereka yang bakal menginjak ke dunia baru.”

Adik-adik SKTHT,
Apa jua sekalipun keputusan yang kamu sekalian perolehi. Apa jua natijah yang sudah kamu genggam, perlu kamu semua ingat, masih luas lagi ruang yang terbentang di depan kamu. Masih panjang lagi jalan yang bakal kamu lalui. Terlalu banyak onak yang bakal kamu tempuhi. Jangan biarkan diri kamu jatuh tanpa bangun semula.

Pernah ana ingatkan dalam ‘motivasi’ sebelum ini. Hebat mana sekalipun kamu. Hebat macam mana sekalipun keputusan kamu, namun andai tiada akhlak dan tiada adab...tiada manfaatnya. Biarlah ilmu yang kamu perolehi itu sebagai langkah awal untuk kamu teruskan dalam kehidupan yang kian mencabar.

Apa pun keputusan dan langkah kamu seterusnya selepas ini, ana doakan yang terbaik buat semuanya.. buat adik-adik SKTHT. All The Best…


“..Andai Jatuh, Bangun Semula…”

"Lilin Seorang Guru"

8 Julai 2012 – 4 November 2012

Detik awal dan langkah pertama dalam dunia kehidupan sebagai seorang guru. Diberi peluang dan asyik berfikir akan natijah akhirannya. “Apakah aku mampu untuk melakukannya…???”

Sekolah Kebangsaan Taman Hi-Tech

1001 kenangan tersemat kukuh di dalam diri. Pertama kali sebagai guru biarpun begitu memberikan sejuta erti dalam penghayatan. Terkadang terasa berat bahu memikul, tersadung lemah tak berdaya, terkadang pernah terlintas untuk berhenti tapi, bila terkenangkan ‘anak-anak’ yang masih mentah, ‘adik-adik’ yang masih muda…semua prasangka negatif ku buangkan sejauhnya. 

"..bangkit dari tersadung rebah..."

Hanya satu sahaja yang aku tekadkan bila mana memikul amanah ini.
Hanya perkara ini yang aku ajari iaitu kehidupan’.

Terima kasih buat semuanya yang terlalu banyak membantu. Biarpun ‘anak muda’ ini masih ‘merangkak’ mencari jalan terkontang kanting, namun banyak ‘tangan’ yang menghulur membantu. Jazakumullah.



“Aku masuk dengan satu peluang..
Dan aku keluar dengan satu harapan..”

Ramadhan 1433


Ramadhan kareem ( kemuliaan ) kembali dengan seribu satu rahmat, keampunan dan pembebasan daripada api neraka Allah Taala. Jaminan yang telah ditetapkan sejak sekian lamanya dahulu. Rugi bagi mereka yang masuk ke dalam madrasah Ramadhan tetapi bila mana keluar dari madrasah Ramadhan ini, mereka tidak mendapat keampunan dari Dia.

Satu kewajipan yang termaktub di dalam Al-Quranul Karim lebih dari 1400 tahun yang lalu. Akan tetapi, sayang seribu kali sayang, masih ada lagi makhluk berakal yang cuba mempertikaikan hukum ini. Masih ada lagi mereka yang menyanggah perintah dari Sang Pengcipta. Tidak hairan andai ada lagi yang membongkak diri menolak secara mentah, menolak secara terang-terangan. Apatah lagi yang menolak secara halus. Cantik di zahirnya tapi hodoh dan buruk pada batinnya.

Amanah dan kewajipan ini yang dipertanggungjawabkan kepada umat manusia yang bergelar Muslim. Bukan sekadar agamanya sahaja Islam tapi jati diri dan peribadiannya jua berhiaskan erti sebenar peranan Muslim. Di mana ingin diperoleh ‘role model’ yang Islamik, sekiranya perkara yang asas sekalipun masih terhuyung hayang, tunggang terbalik dan akhirnya bersandarkan ilmu yang cetek tapi berlagak pandai, tersungkur di dunia kejahilan.

I & M


Peristiwa besar lagi agung di bulan mulia ini. Di bulan Rejab di mana peristiwa yang menjadi salah satu titik permulaan sejarah Islam tercipta. Kisahnya di mana seorang hamba yang dimuliakan Sang Pencipta dari langkah awal hinggalah kemenangan besar buat umat dan agama Islam suatu masa dahulu. Bermulanya ia dengan terasing. Terasing kerana pembawaan yang baru dan lain dari yang sebelumnya.

Di saat ‘perjumpaan’ makhluk yang paling mulia lagi dimuliakan oleh Allah Taala. Saat di suatu ketika di mana dibersihkan hati dan dibersihkan jasmani dan rohani dalam menuju ke arah pengabdian yang kekal abadi.

Dalam penerimaan sebesar-besar amanah buat seorang muslim lagi mukmin. Islam lagi beriman. Bukan sekadar Islam hanya pada nama sahaja. ‘Dipertontonkan’ akan balasan buat mereka yang ingkar dengan segala perintah yang termaktub. Selagi mana tiada taubat dalam hayat kehidupan.

Di saat itu juga, diuji akan sebuah kepercayaan risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. dari Allah Taala yang diangkat darjatnya dan martabat yang suci lagi mulia di sisiNya. Subhanallah. Di tika itu juga, dapat dinilai siapa yang benar dan siapa yang munafik. Di antara sahabat dan penduduk yang  tergolong dalam tiga golongan.

Golongan Pertama 
:- Mempercayai  sepenuhnya

Golongan Kedua     
:-  Kurang mempercayai dan tidak menentang

Golongan ketiga     
:- Langsung tidak mempercayai dan menentang sepenuhnya

Golongan manakah kita yang sebenarnya di saat dunia zaman serba maju di metropolitan ini…???

"Teriakan Gol"


Berstatuskan “Poland mesti menanggg!! Haha !”
Mesti peminat bola. Nak kata fanatik pun, mungkin juga. Bila ditanya, rupanya ‘layan’ di ‘paper’ saja. ‘Paper’ pun ‘paper’lah. Tiada masalah. Tahu juga akan perkembangan bukan…???

Demam bola kembali lagi. Peminat dan pemerhati yang tidak terlepas daripada mengambil ‘manfaat’nya. Mustahil dan tidak pelik kalau ada saja teriakan dan sorakan apabila menonton perlawanan bola sepak. Boleh dikatakan sukan yang teratas ‘ranking’nya.

Sokong itu, sokong ini. Minat dengan pemain itu, tak suka dengan pemain ini. Itu tak kena, ini tak kena. Ada saja komen-komen dan perbalahannya. Ramai juga ‘pengktitik tetap’ sukan bola sekarang ini. Itulah minat sebahagian daripada kita. Tidak kurang juga dengan  ‘ustazah muda’ yang seorang ini.

Ditanya pada ana …
“Sokong mna? Portogal? Poland? Atau mesir? Haha”  
(6/12/2012 3:55:51 PM)

Dan jawapannya, biarlah empunya diri sahaja yang tahu. Kadang-kadang kasi jawapan yang lain dari yang lain pun ada baiknya juga. (^_^)

Sekadar peringatan buat diri ana khususnya. Teriakan dan sorakan tika perlawanan bola sepak memang tidak dapat dielakkan. Di sana sini terpekik dan terjerit. Lumrah dan fitrah bagi keadaannya yang tidak dapat dinafikan.

Peminat bola berteriakan sakan di saat langsungnya ‘sepakan’.
“Mereka di sana berteriakan di saat langsungnya penindasan.”
Fanatik terjerit-jerit menyaksikan aksi yang hebat di padang.
“Mereka terjerit kerana penyeksaan yang berterusan.”
Bersorakan dengan gol yang dijaringkan.
“Mereka di sana bersorak apabila seorang musuh dapat ditumbangkan.”
Menangis sedih kecewa apabila kalah di ‘dataram’.
“Mereka menangis kepiluan bilamana kehilangan insan tersayang”.
Gembira dan suka duka bila menang dalam perlawanan.
“Mereka di sana terukir senyuman bila syahid datang bertandang”.


Jangan sampai jeritan sorakan keseronokan hingga kita terlupa di suatu sudut di atas muka bumi ini masih ada insan, masih ada saudara kita yang terpekik menahan penderitaan yang berterusan. Penderitaan yang bertandang tiada hentinya.

*Syukran jazilan, terima kasih buat ustazah muda’.
 Bak kata empunya diri…
“seorg mnusia yg baik hti bnma sakinah. Tp dya sruh org pnggil dya dgn nma kinah.. Haha

"Tingkat Atas"


Berdiri dalam ibadah di tempat yang lain dari sebelumnya. Andai sebelum ini, hanya di ‘hamparan bumi’ sujud menyembah, acap kali terpandang di atas sana dan terfikir.. “bila rasanya..dan macam manalah rasanya solat di atas sana..??” Hari ini merasai nikmat dan permintaan kecil itu termakbul walaupun sekadarnya. Pada asalnya di situlah tempat solat buat Muslimat.

Terlintas di fikiran, di ‘binaan agung’ kenapa ruang solat Muslimat dibina di tingkat atas sedangkan ruang solat Muslimin  di bawah. Menerawang mencari jawapan yang bersahaja.

Terhenti di kalimah ‘Martabat’. Benar. Martabat dan nilai seorang Muslimah dan seorang Mu’minah terlalu tinggi. Tidak hairan kiranya ana beranggapan tingginya ruang solat di ‘binaan agung’ ini jua kerana mengangkat martabat nilai seorang Muslimah Mu’minah. Bukan sahaja di dalamnya bahkan di luar persada arena ujian mencabar.

Tidak semuanya dibina di atas. Ada jua di bawah. Andai di bawah ianya untuk dipimpin. Andai di atas, diri mereka adalah untuk  ‘diangkat’ kerana nilainya. Bukan kerana peribadi yang zahiriah sahaja. Jua peribadi lahiriah. Mudahan ia menjadi indah sejernih pandangan.


Seorang muslimah dilahirkan ke dunia ibarat sebutir permata.
Apabila digilap akan memancarkan sinar yang penuh bercahaya.
Muslimah adalah ciptaan Allah s.w.t yang unik.
Dalam masa yang sama boleh menjadi sesejuk mata air di gunung.
Penciptaannya sangat rumit, kisahnya berwarna-warni.
Dirinya ibarat bunga yang mekar di taman.
Muslimah dicipta dengan ribuan keunikan.
Peliharalah dirimu wahai muslimah.
Janganlah biarkan dirimu menjadi fitnah dunia semata-mata.

“..Kerana Dirimu Begitu Berharga..”


"Kanak-kanak Ribena"


Terlihat dua adik-beradik lelaki, si abang dan si adik. Tersenyum keduanya dengan jam tangan baru di tangan masing-masing. Si abang memakainya di tangan kiri dan si adik memakainya di tangan kanan. Si adik kelihatan mengeluh dalam apabila jam yang dipakainya seolah-olah besar berbanding tangannya yang serba kecil lagi. Usia masih terlalu muda. Jam yang dipakai lagaknya seperti orang dewasa. Terukir  kesukaan di raut wajah suci mereka. Bersih dari dosa dunia.

Melihat kawan yang lain juga memakai jam, sengaja bertegur sapa bertanya waktu sebenar sambil tangan menyentuh jam di tangan. Sedangkan sudah tahu masanya. Sudah tahu detiknya. Si adik tidak senang duduk dibuatnya dek jam tangan yang baru dimiliki itu. Sebelum ini tiada pula kelihatan jam tangan di tangan adik-beradik tersebut. Mungkin baru peroleh, sudah ‘excited’ gamaknya. Fitrah kanak-kanak ‘Ribena’.


Tersenyum Si Pena sendirian melihat telatah kanak-kanak yang masih  mentah. Terbayangkan kisah lama. Terkenangkan segala memori lalu yang sudah pasti tidak akan berulang kembali. Sambil terimbau kenangan silam sambil telinga ‘menangkap’ isi khutbah yang menerjah ke gegendang telinga. Mengambil mutiara-mutiara ilmu yang bernilai buat diri Si Pena.  

~Dua dalam Satu~

Masih lagi merangkak mencari  arah tuju di persimpangan di hadapan.  Menanti waktu dalam tempoh yang kian susut dalam menempuh medan yang kian hampir di perjalanan. Masih jauh lagi untuk tiba di penghujung jalan. Jalan yang seterusnya kian terhidang dengan penuh  penantian.

Rejab 1433


“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..”


22 Mei 2012 bersamaan 01 Rejab 1433

Tarikh, waktu dan hari yang dinantikan sebahagian umat yang bernafas di atas muka bumi. Di persinggahan yang sementara ini. Di dunia yang penuh fana dan khayalan semata-mata. 

Di antara bulan Islam yang sememangnya ditunggu detiknya kini kian kembali lagi menemui kita. Menjemput kita dengan ‘gerbang’ yang terbuka luas. Sekadar menanti mereka yang menginginkannya sahaja. Mengiringi dengan seribu satu  ganjaran sebagai langkah permulaan bagi penyusulan dua bulan yang mulia diantara bulan-bulan Islam yang agung. Dimuliakan Allah Taala dengan ‘khazinatul asrar’ bagi tiap satu isinya.

Sebanyak mana sekalipun kita ma’ruf dengan ‘khazinah’ yang diketahui umum, belum lagi tercapai di fikiran kita akan rahsia yang hakiki yang hanya diketahui oleh Dia. Andai titisan air lautan yang ada di hujung jari kita adalah ‘khazinah’ yang diketahui, masih banyak lagi titisan yang belum kita temui. Hingga ke akhirnya tidak akan sempurna pencarian jawapannya. Kebenaran, hanya Dia Yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu.

Bait 3


There are many people,
that we meet in our lives,
but only a very few,
will make a lasting impression,
on our minds and hearts..
It is these people that we will,
think of often,
and who will always remain,
important to us,
as true person..


Ya Allah,
Andainya dia adalah jodohku yang
ditetapkan olehMu kepadaku..
Maka, campakkanlah
ke dalam hatiku
cinta kepadanya
adalah keranaMu..
Dan campakkanlah
ke dalam hatinya
cinta kepadaku
adalah keranaMu..
Namun, andai dia
bukanlah jodoh
yang ditetapkan
olehMu untukku..
Berikanlah aku kekuatan
agar aku redha
dalam mengharungi
ujian yang Kau berikan
kepadaku..

“Don't walk behind me, I may not lead.
Don't walk in front of me, I may not follow.
Just walk beside me and be my dear.”