Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

Tutur Bicara ~2~


Seronok bukan bila tengok kanak-kanak ‘bergaduh’. Lebih-lebih lagi kanak-kanak yang cukup mentah usia mereka, dalam lingkungan berbulan hinggalah usia 12 tahun umpamanya. Kiranya di dunia sekolah rendah.

Biarpun hari ini mereka bergaduh, esok lusa masih lagi bertegur sapa, tersenyum dan terus melawak senda gurau. Bila melihat kanak-kanak seusia 7 tahun bergaduh dan bermasam muka, masing-masing saling tuduh menuduh tidak mahu mengaku bersalah. Tidak lama kemudiannya, terlihat berkejaran ke sana ke sini dengan gelak tawa yang terserlah keriangan di wajah masing-masing. Sebahagian dari kita akan hilang masalah bila melihat kanak-kanak sebegitu. Terasa ringan beban yang dipikul.

Tiada dosa noda yang bersarang dalam diri mereka.
Tiada dendam kesumat.
Tiada dengki.
Tiada amarah.



Hari ini mereka bermasam muka, mereka bergaduh, cukup mudah mereka berbaik semula. Mudahnya anak-anak kecil ini melupakan segala salah silap orang lain. tapi bagaimana pula dengan seusia dewasa, dari belasan tahun hingga puluhan tahun. Hatta buat mereka yang bergelar ‘veteran’.

“Kubur kata mari, rumah kata pergi.”
Itu pun kalau kubur menjemput, kalau kubur pun tiada selera nak menjemput, di manakah ‘kedudukan’ kita. Nauzubillah min zaalik.

Salah manusia cukup mudah kita ingati hingga ke mati.
Salah sendiri langsung tidak kau peduli biarpun malaikat Izrail ‘bersimpuh’ di sisi.
Baiknya kita megah mendabik dada di mana-mana sahaja.
Baiknya orang lain sengaja kau butakan mata biarpun bercahaya.

Tutur Bicara ~1~


Setiap hari, saban waktu kita akan menuturkan kata-kata tidak kira siang mahupun malam. Kadang-kadang orang sekeliling pun tidak tahu apa yang kita tutur katakan. Biarpun bicara kata kita ada baik atau sebaliknya. Tidak bermakna semua yang diucapkan baik-baik belaka. Tidak dinafikan apa yang diungkapkan buruk semata-mata. Ada kalanya sebagai senda gurau bersama rakan taulan dan teman bicara.

Namun begitu, andai tersilap bicara mampu menggores segumpal darah yang bernama hati. Biarpun lidah itu terkadang lebih bisa daripada mata pedang, namun ada masanya lidah itu perlu berhikmah dalam menutur kata. Memang pedas, pahit tapi pandanglah dari sudut yang positif.

“Memuji tidak bermakna suka..
mengkritik bukan bermakna benci..”

Dua adat yang berbeza yang diperhatikan..

Pertama, bila bertelagah, segala maki hamun sumpah seranah dikeluarkan tanpa ada rasa segan silu lagi biarpun banyak mata yang memandang, biarpun banyak telinga yang mendengar. Asalkan rasa puas hati kerana segala-galanya dilepaskan. Hatta pertelingkahan umpama itu mampu dibawa hingga ke hujung nyawa. Dendam kesumat, sifat amarah yang kian menghitam di sudut hati.

Keduanya, andai bertelagah, masih lagi mampu mengawal emosi dan tutur bicara katanya. Kerana mungkin tahu akan kesan yang mendatang. Masih lagi berfikir dengan waras, dalam bertelagah masih lagi mendoakan buat ‘saingan’.


Pilihlah mana yang terbaik. Kita mampu menilai mana yang baik mana yang buruk… ^_^