Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

Bandingan Makhluk


Bila mana manusia bersikap seperti binatang..
Bila mana binatang bersifat seperti manusia..
Binatang berperikemanusiaan..
Dan manusia ‘berperikebinatangan’.. (ada ke tidaknya istilah ni…??? )
Manusia berotak dan mempunyai akal tapi langsung ‘tidak berakal’..
Binatang sekadar mempunyai otak dan tidak berakal..
Tapi bisa lagi hebatnya  binatang daripada manusia..
Jangan dipertikai andai manusia itu dikatakan lebih teruk dan lebih hina daripada binatang..
Itulah ‘binatang berakal’..

"Bila Mana Hati Bertunjangkan Nafsu"




"Saudara-saudari lihatlah betapa kejamnya manusia hari ini,boleh dikatakan setiap hari ada saja berita sedih yang berlaku terhadap bayi...Inilah gambar bayi yang dikelar oleh ibunya sendiri seorang pelajar yang berumur 16 tahun dari sebuah sekolah di Betong.Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya,bayi suci ini yang menjadi mangsa...sedih gua.."


sumber :- http://www.facebook.com/photo.php?fbid=261714957203857&set=a.182090871832933.34088.168021723239848&type=1&ref=nf


Rasanya rata-rata sudah mengetahui akan makna dan kisah di atas. Hairan lagi aneh dengan sikap manusia sekarang ini. Ana bukan selayaknya untuk menghukum akan hal ini tapi sebagai pandangan dari diri ana sendiri selepas mana terbaca kisah dan tragedi yang menimpa ke atas ‘ahli penghuni syurga’. Hayat yang tidak panjang yang sememangnya mendapat jaminan ahli syurga. Berbahagialah wahai anak kecil yang suci putih bersih ‘kain’ mu.

Nak kata “Ibu Celaka Bapak Durjana” takut dikata ikut sedap mulut.

Andai kalian merasakan kalian berhak menghukum, hukumlah dengan hukuman sepatutnya. Masing-masing dari kita ada pandangan. Jangan cuba mengeruhkan keadaan. Apa sekalipun sama-sama kita mendoakan masih ada sinar dan ‘Nur’ harapan buat insan kerdil menemui jalan pengharapan dan pintu taubat dariNya.


~Sebuah Kehidupan~



Kehidupan kita sebagai manusia yang termaktub  sebagai ‘watak’ sama seperti yang tertera di dalam sebuah buku..
Semestinya mempunyai pengarang yang Maha Hebat..
‘Pengarang’ dan ‘Penulis’ yang  Agung..
Di awal permulaan sebuah buku adalah tanggal lahir kita..
Permulaan ‘watak’ kita sebagai ‘pelakon’ di dunia ‘layar’..
Dan di muka terakhirnya pula adalah penamat sebuah ‘sejarah’..
Saat akhir yakni kematian yang sudah menjadi fitrah selayaknya buat makhluk..
Setiap halaman dan helaian di dalam ‘buku’ itu adalah kehidupan seharian kita..
Semuanya tercatat tanpa tertanggal sedikit pun..
Terpalit kisah suka duka gembira dan sedihnya..
Kepelbagaian ‘rentak irama’ yang ‘beralunan’ di dunia perjalanannya..
Menjadi kenangan sebagai teladan dan pengajaran untuk babak yang seterusnya..
Bermula dari kalimah yang ‘pertama’ dan diakhiri jua dengan kalimah yang ‘terakhir’..
Seharusnya ‘tercipta’ buku yang ada tebalnya dan tidak kurang juga buku yang nipis ‘cetakannya’..
Daripada ‘sedap’ mata memandang hinggalah ia menjadi tinggalan yang cukup ‘usang’..

Akan hebatnya ‘idea’ Tuan punya buku ini..
Seburuk dan sehina mana sekalipun ‘kisah’ di halaman sebelumnya..
Akan tersedia bersama halaman yang berikutnya..
Halaman yang ‘putih’ ‘bersih’..
Pastinya halaman baru yang tiada ‘cacat cela’nya..
Senantiasa tersedia..

Begitulah dengan ‘fantasi’ manusia ini..
Seburuk dan sekeji mana sekalipun di hari semalam..
Masih ada lagi ruang suci yang Dia sediakan untuk hambaNya..
Ruang yang penuh dengan jalan sinaran dan ‘magfirahNya’..
KasihNya Dia pada hamba-hambaNya untuk kita memperbaiki kembali..
‘Menjahit’ semula ruang dosa  yang telah kita ‘kotori’..
‘Menampal’ kembali ‘kain’ yang dipenuhi noda..
Menjahit dan menampal dengan ‘perca-perca’ pengharapan dan keinsafan..
Dan juga ‘hiasan’ air mata taubat yang telah lama disediakan buat kita..

Sungguh dan benar sama sekali benarnya bahawa Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..
Dia yang melanjutkan alur cerita yang sudah termaktub sekian lamanya..
Menyediakan susur keluar daripada ‘dunia kelalaian’..
Segala catatan dan riwayat kita tidak akan pernah padam sehinggalah kita menemui penghujungnya..
Saat yang ‘terhidang’... Ajal, Kematian..
Tika melalui ‘lorong ‘ sempit mahupun luas…kubur..
Untuk kita kembali ke ‘kampung halaman’ ‘kampung akhirat’ ..
Bersediakah Kita…???

Pandangan


Allah SWT berfirman :
Demikianlah kami menjelaskan kepada kamu ayat-ayatNya,agar kamu mengerti.
( semoga kamu bisa mempergunakan akal  ) ( AlBaqarah 242)


Manusia dikurniakan akal untuk berfikir dan menggunakannya dengan sebaik mungkin dalam menjaga maslahah ummah. Bukan untuk agama sahaja bahkan untuk seisi alam. Tidak kira agama, bangsa dan paras rupa. Berfikir dalam bertindak untuk menangani ‘muslihat tipu daya’ alam segala aspek. Susuri ‘dunia tanpa sempadan’ dan banyaknya ‘bercakap’ tanpa menggunakan akal masing-masing. Semuanya mahu menang dan tidak mahu mengalah. Sudah tahu akan silap sendiri tapi masih bertegas dan ‘keras kepala’ apatah lagi tidak mahu mengakui salah sendiri. Tahu mencari salah orang lain sedangkan salah sendiri tidak diakui. Nampak riak di diri sedangkan hebat lagi di hujung sepi. Yang tahunya, ‘debat’ yang tiada kesudahan.  Andai berkesudah, sudahnya dengan ‘mazmumah’. Na’uzubillah.

Apabila sempurna akal, kurang perkataan.

Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil.

Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih banyak pula ia berkata-kata.
(Saidina Ali Abi Talib)

Masing-masing mempunyai pandangan dan pendapat tersendiri dalam sesuatu hal tetapi yang timbulnya adalah ‘gaduh’ dan ‘bertekak’ sesama sendiri. 


Cubalah menghormati dengan sikap yang positif dan bersangka baik. Yang sedihnya melibatkan hukum agama Islam. Suka-suki bagi pandangan yang ‘menyesatkan’


Cendekiawan Islam sebelum  ini semuanya memberikan pandangan  yang mampu menjadi ikutan dan tarbiah buat umat Islam kini akan tetapi manusia zaman serba canggih kerap kali menghukumkan sesuatu yang tidak pasti akan hukum yang sebenarnya. Bertanya kepada yang lebih ‘arif.  Itu jalan yang terbaik. Usah menghina  pandangan orang lain yang mampu mengubah dari keburukan kepada kebaikan. Dari kegelapan jahiliah kepada ‘Nur Islam’


Apa pun rasionalnya, fikirkan dengan fikiran yang waras. Ikutkan nafsu merana sanubari insan. Berfikir menggunakan akal dan mata hati.  Bukan untuk kepentingan diri dan duniawi semata-mata.


Akal membentuk budi, membentuk kebudayaan dan menjerumuskan manusia kepada kehancuran.

Akal ialah anugerah Tuhan kepada makhluk yang dipilih-NYA, iaitu manusia. Akal tidak diberikan semata-mata. Ia perlu dituntun.

Salah satu tugas agama ialah memelihara akal. Memelihara akal ialah dengan jalan menambah ilmu melatih diri berfikir, merenungkannya.

Hawa nafsu membawa kesesatan dan tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman menuju keutamaan. Hawa nafsu menyuruh mengelamun, berangan-angan, tetapi akal menyuruh menimbang.
(Hamka)