Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

Pandangan


Allah SWT berfirman :
Demikianlah kami menjelaskan kepada kamu ayat-ayatNya,agar kamu mengerti.
( semoga kamu bisa mempergunakan akal  ) ( AlBaqarah 242)


Manusia dikurniakan akal untuk berfikir dan menggunakannya dengan sebaik mungkin dalam menjaga maslahah ummah. Bukan untuk agama sahaja bahkan untuk seisi alam. Tidak kira agama, bangsa dan paras rupa. Berfikir dalam bertindak untuk menangani ‘muslihat tipu daya’ alam segala aspek. Susuri ‘dunia tanpa sempadan’ dan banyaknya ‘bercakap’ tanpa menggunakan akal masing-masing. Semuanya mahu menang dan tidak mahu mengalah. Sudah tahu akan silap sendiri tapi masih bertegas dan ‘keras kepala’ apatah lagi tidak mahu mengakui salah sendiri. Tahu mencari salah orang lain sedangkan salah sendiri tidak diakui. Nampak riak di diri sedangkan hebat lagi di hujung sepi. Yang tahunya, ‘debat’ yang tiada kesudahan.  Andai berkesudah, sudahnya dengan ‘mazmumah’. Na’uzubillah.

Apabila sempurna akal, kurang perkataan.

Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil.

Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih banyak pula ia berkata-kata.
(Saidina Ali Abi Talib)

Masing-masing mempunyai pandangan dan pendapat tersendiri dalam sesuatu hal tetapi yang timbulnya adalah ‘gaduh’ dan ‘bertekak’ sesama sendiri. 


Cubalah menghormati dengan sikap yang positif dan bersangka baik. Yang sedihnya melibatkan hukum agama Islam. Suka-suki bagi pandangan yang ‘menyesatkan’


Cendekiawan Islam sebelum  ini semuanya memberikan pandangan  yang mampu menjadi ikutan dan tarbiah buat umat Islam kini akan tetapi manusia zaman serba canggih kerap kali menghukumkan sesuatu yang tidak pasti akan hukum yang sebenarnya. Bertanya kepada yang lebih ‘arif.  Itu jalan yang terbaik. Usah menghina  pandangan orang lain yang mampu mengubah dari keburukan kepada kebaikan. Dari kegelapan jahiliah kepada ‘Nur Islam’


Apa pun rasionalnya, fikirkan dengan fikiran yang waras. Ikutkan nafsu merana sanubari insan. Berfikir menggunakan akal dan mata hati.  Bukan untuk kepentingan diri dan duniawi semata-mata.


Akal membentuk budi, membentuk kebudayaan dan menjerumuskan manusia kepada kehancuran.

Akal ialah anugerah Tuhan kepada makhluk yang dipilih-NYA, iaitu manusia. Akal tidak diberikan semata-mata. Ia perlu dituntun.

Salah satu tugas agama ialah memelihara akal. Memelihara akal ialah dengan jalan menambah ilmu melatih diri berfikir, merenungkannya.

Hawa nafsu membawa kesesatan dan tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman menuju keutamaan. Hawa nafsu menyuruh mengelamun, berangan-angan, tetapi akal menyuruh menimbang.
(Hamka)

0 comments:

Post a Comment