Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

~ aWaL RaMadHaN ~




نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى


bErakHir sUdaH tiRai syAabaN…
kiNi tibA laMbaiaN raMadHan…
luHur imAn ikHLas sAnTapaN…
AmaLan iBadaT dibeRkaTi TuhAn…

kEdataNgannYa diNanTikaN…
kEtiadAannYa diRindukAn…
peMeRgiaNnya diTangiskAn…
ahLan wAsahLan SyaHru RamadHan…


Ya Allah, mudahan kami memperoleh secebis rahmatMu dalam madrasah ramadhan ini. Kami mengharapkan tarbiyah Ramadhan ini mampu mendekatkan jiwa kami kepadaMu. Bukan sahaja di bulan Ramadhan bahkan di bulan-bulan mendatang. Hingga saat masanya kami dijemput olehMu Ya Allah. Dalam jemputan yang kami dambakan sebagai tetamu yang Engkau redhai.
~(^_^)~

Menanti Dirimu


Detik yang ku nantikan sekian lamanya setelah mana berpisah dengannya hampir setahun yang lalu. Aku harapkan pada kali ini akan dapat ketemu lagi denganmu buat kesekian kalinya. Ingin kudakap dirimu sebagai pendinding buatku di sana nanti. Andai dulu ramai yang menantikan dirimu yang mulia itu, apakah masih ramai lagi yang setia menantikan dirimu di saat ini. Ataupun mereka gusar dengan kehadiranmu. Risau dengan kehadiran kau yang membataskan kehidupan seharian mereka. Bagiku, biarlah aku susah perit asalkan dapat aku bersama dikau di saat itu. Merindui saat manisnya kita bersama di malamnya. Letih lelahku di saban siang tetapi kau tetap menemani aku di saat itu. Berapa ramai yang beriya untuk menemui kau di hayat mereka tetapi Dia lebih menyayanginya. Pergi dahulu sebelum sempat berjabat denganmu. Ramai yang kau undang tetapi langsung tidak mereka menjaga dengan baiknya. Seolah dirimu langsung tiada nilainya. Andai ini pertemuan kasih sayang kita yang terakhir, aku mengharapkan ianya adalah tautan kasih sayang kita yang paling erat sekali. Semakin erat seeratnya. Akan ku sesali andai tidak aku manfaatkan diri kau selagi mana hayat nafasku dan jua roh ku di jasadku yang kerdil ini. Akan ku cuba menjadikan pertemuan ini sebagai kenangan manis yang mampu buatku aku tersenyum di kala hujung nyawaku. Akan ku cuba warnai perjumpaan kita dengan untaian syukur dan akan ku tangisi dengan mutiara jernih di saat perpisahan kita. Aku tahu, andainya ada pertemuan sudah pasti adanya perpisahan. Betapa berat sekalipun untuk aku menerima, perlu aku gagahinya jua. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tanpa perpisahan tiada pertemuan.


Wahai Ramadhan al mubarak,
ku nantikan saat tibanya kedatangan dikau.
Akan ku cuba menjadi hamba yang terbaik buat-Mu dalam mendapat rahmat-Mu.
Akan ku kesali segala dosa-dosaku untuk ku perolehi maghfirah-Mu.
Ku mahukan pembebasan daripada merasai azabnya neraku-Mu Ya Allah.

Ya Allah, izinkan ku ucap kata taubat sebelum Kau memanggilku kembali pada-Mu. Menutup waktu hayatku, ku serukan nama-Mu sebelum nyawa di tubuhku  diambilkan kembali, kembali pada-Mu kerana aku tahu hanya pada-Mu  tempatku mengadu, tempatku mengeluh di dalam setiap doaku. Dan demi nafas yang menjadi pinjaman buatku dalam hidup ini, aku cuba menjadikan diriku yang terbaik untuk aku menjalankan segala perintah-Mu, ‘amar’ Mu dan menjauhi segala larangan-Mu, tegahan Engkau. Walaupun ku tahu, aku sering kali tersadung tika melaksanakannya. Ku pohon doa buat-Mu Ya Rabb.


Ya Tuhan Rabbul ‘Izzah, apabila saatnya ajalku, mudahan Kau redha bertemu denganku dan aku redha untuk bertemu dengan-Mu.

~WaHai TuhAn~

Seronok kan kalau boleh cari pasal dengan orang lain. Tak ada masalah nak cari masalah. Bila dah kena baru nak tahu duduk diam-diam. Bila ‘fardi’ terkena dengan ‘jemaah’ begitulah jawabnya. Kalau duduk senyap kan bagus. Jadi budak baik ya. Jangan nakal-nakal. Nanti Tuhan marah.

Bila terpandang kan satu nama yang dirasakan cukup ‘sempuna’ tapi tak tahulah bagaimana dengan orangnya. Akhlak tak seiring dengan nama. Islam hanya tinggal pada namanya sahaja. Hakikat yang Nabi Muhammad s.a.w. perjelaskan pada umat Islam 1400 tahun yang lalu.

Letih kalau nak menaip banyak, jadi ana sekadar bawakan gambar-gambar dari dunia IT kita yang menjadi kegilaan sesiapa sahaja termasuk orang yang sedang menaip dan membaca ini. Tuan empunya blog.
( kalau kata kat diqi sendiqi tak pa kot, tak dak oqang nak maqah )

Kalau ada yang faham apa yang ana datangkan ‘munaqashah’ di bawah ini baguslah.

Kalau ada yang tak faham, tanyakan pada yang faham.
Dan orang yang faham kabarkan pada orang yang kurang faham ataupun tidak faham.

Kalau yang jenis buat-buat tak faham bahasa, pandai-pandailah sendiri mahu hidup.












Apa pun tahniah buat ‘cendekiawan’ Islam yang sanggup berhadapan dengan ‘masalah’ yang saja nak cari masalah.
Seperti mana kata seseorang, “Doa untuk semua umat islam ..termasuk mamat tu..semoga mendapat hidayat dariNYA..kan..”

Epal Mulus

Wanita itu ibarat buah epal, halus mulus kulitnya.
Segar mata memandangnya.
Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah.
Sesiapa sahaja mampu memperolehinya kerana kurang nilainya ataupun langsung tiada nilai. Mungkin jua dimakan oleh haiwan, diinjak oleh kaki makhluk yang melata di atas muka bumi ini. Itulah harga bagi buah epal yang tiada nilainya.

Menjadi bahan ‘mainan’ buat dunia yang penuh dengan kecelakaan.
Akan tetapi epal yang tidak mampu dibeli dan sukar diperolehi kerana ianya berada di puncak, nun di atas sana, semakin tinggi semakin sukar mendapatkannya. Susah nak dipetik, payah nak digapai. Segala macam cara diperlukan untuk mendapatkan buah epal yang baik kualitinya sama ada dalamnya mahupun permukaan luarannya.
Kadang - kadang epal itu risau, berasa curiga kenapalah diriku belum dipetik…?
Memikirkan nasibnya yang belum disentuh oleh mana - mana makhluk.
Terasa dirinya tiada nilai lantas ia merendahkan martabatnya dengan menggugurkan diri menyembah tanah, menghapuskan kualiti yang cukup bermakna pada awalnya sedangkan ia sebenarnya telah dikurniakan begitu tinggi martabat sehingga tiada siapa yang berani memetiknya.
Hanya pemuda yang benar - benar hebat sahaja yang mampu.
Pemuda yang mempersiapkan diri untuk menyentuh suatu sentuhan halus yang tinggi nilainya yang mana berada di puncak. Sukar diperolehi tapi cukup mahal harganya.
Mungkin di dunia tidak dapat diperolehinya tapi bila mana di alam akhirat sana, insya-Allah. Segalanya mudah.


Begitu juga dengan manusia yang telah dijadikan secara berpasangan. Hanya menanti saatnya untuk ketemu dengan pasangan cocoknya.
Oleh sebab tidak mahu menunggu dan tiada makna kesabaran dan Iman di hati, maka menjerumuskan ke kancah maksiat yang menghancurkan diri sndiri.
Wahai para wanita yang kalian mengaku beriman dengan ajaran yang sebenarnya, ingatlah.
Biarlah jodoh bukan di dunia tetapi di sana kelak akan ketemu jua.
Biar hidup berkemudi tanpa cinta insani asalkan hayat diredhai bersama cinta Ilahi yang mengiringi.

~Anak Ayah~

Meniti namamu saban waktu di kalam..
Membiarkan mutiara jernih menakung di takungan..
Ku elakkan daripada mengalir di alirannya..
Ku hilangkan takungan dengan ingatan bicaramu..

Setelah sekian lamanya..
Ku pohon pada Yang Esa..
Suratan takdir menangkis segala-galanya..
Dan inilah yang tercipta buat insan tersayang..

Ribuan batu ku hulur secangkir  doa..
Ku utus selaut kalam suci..
Buat di kau di sisi Ilahi..
Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan..


Ku mohon rahmatNya buatmu...
Ku pohon ampun darimu sedari ku kecil...
Atas segala perilaku aku...
Hanya satu ku pinta,
Perkirakan padaku selaut redhamu dan redhaNya buatku...

Martabat & Harga Diri


"Bermulanya ia dengan asing dan berakhirnya jua dalam asing."

Bilamana rajin menyelongkar di dunia IT baru ana sedari banyak sahaja tohmahan yang dilemparkan buat sesama manusia. Diantaranya makian dan cacian yang sudah sebati dengan darah daging. Seolah - olah itulah nyawanya. Daripada apa yang ana perhatikan, kebanyakannya cuba merendahkan martabat dan nilai seorang wanita. Bermacam-macam jenis bicara yang wujud dari pena yang termaktub. Tidak hairan andai ana katakan kita kini kembali ke “Zaman Jahiliyah”. Semuanya makruf dengan istilah ini. “Jahiliyah Moden”.


Jahiliyah dari suatu aspek yang kita sedari mahupun tidak. Jahil di sini membawa erti ‘bodoh’ bagi manusia yang ada akal tapi tidak menggunakan akal. Sekadar berakalkan nafsu dan bisikan ‘teman baik’nya. Menjadi hamba kepada hamba. Apakah kita cuba menjadi tuan kepada hamba kita ataupun kita sendiri yang menjadi hamba kepada hamba kita. Selayaknya kita hanya layak menjadi hamba kepada Tuhan sekalian alam tetapi kerana kejahilan kita, adab dunia semuanya bertukar arah dan rintang.

Islam datang dengan membawa sinar dan harapan baru buat wanita dan menghapuskan amalan jahiliyah yang diamalkan sebelum itu. Sebelum Islam, masyarakat Arab memandang hina dan rendah terhadap peranan dan diri wanita itu sendiri. Banyak amalan zaman jahiliyah yang sudah pun menjadi rutin kita pada zaman serba canggih ini. Tetapi apa yang ana ingin fokuskan di sini tentang ‘wanita’.

Sebelum datang Islam wanita dijadikan ‘barang mainan’ dan ‘keseronokan’ dan dianggap sebagai ‘kain perca’ yang tiada nilainya. Bahan seks adalah menjadi kebiasaan bagi masyarakat jahiliyah kerana mahukan hiburan dan kepuasan. Andai yang berkahwin, dan apabila mendapat anak perempuan dikatakan mendatangkan aib buat keluarga dan anak tersebut dibunuh. Hilang nilai dan martabat seorang wanita. Anak kecil yang belum kenal akan erti dunia dibunuh. Sama juga dengan perangai ‘syaitan bertopengkan manusia’ yang hidup berseronokan pada zaman elit ini. Elitlah kononnya. Kolot.

*Di mana perananmu wahai para pujangga.
*Di mana sifatnya keperimanusiaanmu wahai para jejaka.
*Di mana naluri tanggungjawabanmu sebagai seorang lelaki yang dikatakan seorang pemimpin.
*Sudah terkuburkah sifat - sifatmu yang dikatakan ‘hero’ bagi seorang wanita.
*Sembilan akal satu nafsu tapi masih lagi bertunjangkan hawa nafsu tanpa memikirkan secangkir iman di hati yang masih takutkan Tuhan. Itulah akibatnya bilamana menjadi hamba kepada hamba. Binasalah dunia.

Dalam Dinul Huda, kedudukan seseorang manusia samada lelaki mahupun wanita tidak dipandang kepada status jantina atau keturunannya walaupun miskin dan susah bak si pengemis hatta hebat mewah sebagaimana Raja Firaun. Sebaliknya Allah menilainya dari perspektif takwa dan kekuatan iman di dalam hati sanubari insan. Inilah yang dididik dan diajari oleh Nabi Muhammad s.a.w. ke atas umatnya sejak ribuan tahun yang lalu. Pernah atau tidak kita mengambil pengajaran ini pada masa kini, pada saat ini sebelum terputus nyawa dan roh dari jasad kita. Sebelum jasad terkulai kaku.


Hasil pentarbiyahan yang ditunjukkan Rasulullah s.a.w., umat Islam terdahulu termasuklah wanita bersemangat untuk membuat kebajikan. Masing - masing tidak mahu ketinggalan dalam aspek ini dan sentiasa bersaing melakukannya dengan ikhlas mengharapkan pahala dan redha di sisi Allah. Tapi diperhatikan zaman jahiliyah moden kita pada masa kini, semuanya pakat bersaing dan berlumba untuk menambahkan kredit dosa di dalam akaun masing - masing. Buat para lelaki, kerap menjadikan wanita sebagai ‘barang dagangan’ dan buat para wanita pula, menyalahkan lelaki atas sebab tersebut. Masing – masing ada akal tapi semuanya pakat berbalah. Siapalah yang nak dipersalahkan…???

Kemantapan ukhwah sangat erat berpadu dengan kehidupan bersosial yang saling membantu tanpa mengira kedudukan dan taraf. Kaum wanita pada zaman Nabi Muhammad dan kebangkitannya itu juga memberikan khidmat masyarakat dan khidmat untuk negara khususnya dalam hal ehwal kejururawatan. Membantu di saat diperlukan. Jururawat pada zaman dahulu dan kini. Rasa-rasanya ada beza atau tidak…??? Bukan sekadar jururawat sahaja, semuanya sama sahaja. Sekadar perumpamaan.


Mereka di saat itu ternyata amat menghayati pesanan Allah dalam firman yang bermaksud : “Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf mencegah dari yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
(Surah at-Taubah : Ayat 7)

Kita sebagai makhluk sosial yang hidup menumpang secara percuma di muka bumi Allah ini yang memiliki kewajipan bersama seharusnya sentiasa mengambil tahu akan keadaan nasib mukmin lain. Keadaan saling mengambil berat sesama umat akan memantapkan kekayaan persaudaraan dalam kalangan ummah.


Tapi ramai perempuan yang suka guna istilah Jangan Jaga Tepi Kain Orang, Jaga Tepi Kain Sendiri”. Macam mana tak jaga kain orang lain kalau nak pakai kain pun masih tak tahu lagi. Pakai kain pun tak kena gaya. Silap - silap kain sendiri yang dibuang dan dilondehkan oleh tangan sendiri. Kalau pakai kain baik-baik, molek-molek, tak ada siapa yang teringin nak jadikan kain buruk. Jangan nak salahkan orang lain sahaja kalau selalu pakai kain tapi tak pernah nak ukur. Yang tahu, pakai kain zaman kanak-kanak. Umur dah meningkat dewasa sampaikan kubur asyik ternanti-nanti tapi masih lagi pakai kain adik mahupun kain anak. Senang-senang kasi pakai kain kapan sajalah.


Kalau tak nak orang lain jaga tepi kain, lebih baik cari tempat yang tiada orang. Ataupun pergi  bertenggek di planet lain. Kalau di Marikh pun apa kurangnya. Tak pun, cari dunia lain yang boleh hidup seorang diri. Aman. Sudahnya, tiada siapa yang nak jaga tepi kain. Bukan setakat tepi kain saja, bahkan kalau boleh dalam kain pun orang nak jaga. Pakat - pakat tunjuk kalau dah rasa diri sendiri dah dapat jaminan ahli syurga.

Sekian... Wallahu a’lam…

~Kerana Dirimu Berharga~


Antara barangan yang terjaga dan terpelihara dan juga barangan yang terbiar dan tak terjaga, langsung tidak dipelihara dengan sebaiknya. Mana satu pihan kita…??? Adakah kita mahukan barangan yang dirasakan kurang nilainya ataupun mahukan yang lebih bernilai. Andai ditanya kepada sesiapa sekalipun, semuanya mahukan sesuatu yang baik, terbaik di antara yang terbaik.

Begitu juga dengan kuntuman ‘bunga’. ‘Bunga’ yang berada di jalanan yang terbiar sebegitu dan juga ‘bunga’ yang berada di dalam ‘kaca’. Masing - masing membesar dan mekar dengan cantiknya. Cantik bila dipandang. Tapi, pandangan yang sebagaimana. Adakah pandangan yang baik mahupun tidak.

Baru-baru ini ditanya tentang satu persoalan yang yang buatkan ana tertarik dengannya. Ditanya oleh si ‘bunga’.

“mcm ne ek
ngan prempuan y kejap pkai tudung
n kejap buang”
( macam mana dengan perempuan yang sekejap bertudung dan sekejap tidak bertudung, kejap pakai kejap tak pakai )

‘Untung’ benar orang macam ini sebab dah dapat jaminan ahli syurga’. Kejap nak pakai tudung dan kejap tak nak pakai tudung. Buat suka hati saja gamaknya. Suka - suki boleh permainkan hukum Tuhan yang dah termaktub dalam al Quran 1400 tahun yang lalu.


Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (QS. 24:31)

Manusia sebegini sengaja cari nahas. Kejap redha dengan hukum Tuhan dan kejap mempertikaikan hukum Tuhan. Ingat hukum hakam macam barang mainan pula. Kalau mahu, ambil..kalau tak nak, buang. Manusia yang sengaja mencabar hukum Islam dan hukum Tuhan.


“Salah orang yang memperlihatkan ataupun salah orang yang melihat”

Fikirkanlah sendiri…Tapi kalau diikutkan,
“bunga dalam kaca lebih ada nilainya daripada bunga di jalanan.”






******************************************

Perempuan yang terjaga daripada pandangan dan fitnah dunia dan perempuan yang menjadi bahan tontonan dunia. Perempuan yang tahu menjaga maruahnya sebagai seorang wanita. Wanita Muslimah. Bukan sekadar luaran sahaja malahan nilai seorang Muslimah. Nilai peribadi yang menjadi maharnya.

Tidak dinafikan bahawa wanita diberikan kelebihan dengan kecantikan yang tersendiri. Andai digunakan kecantikan tersebut pada saatnya, insya-Allah ada kemanisannya. Andai digunakan pada ‘dunia kegelapan’, seolah-olah tiada nilainya. Sengaja mencampakkan diri sendiri ke arah kecelakaan.

Mungkin juga ‘bunga’ yang terjaga kurang diambil peduli oleh dunia luar berbanding dengan ‘bunga’ yang menjadi  tontonan. Nak pamerkan kecantikan diri katakan. Mahukan perhatian dan panahan dosa ditumpukan padanya. Lambakan dosa yang kian bertimbun. Lebih mementingkan pandangan manusia daripada pandangan Sang Pencipta. Mengutamakan kaca mata makhluk melebihi pandangan Sang Agung. Makhluk yang lupa tentang asal tujuan dijadikan.

Bukan ana nak menghukum seseorang tapi amanah sebagai saudara seagama terhadap saudara semuslim dengan ana. Memang ada yang terpukul dengan artikel ini, tapi inilah jawapan ana. Berapa ramai yang menyedari akan hal ini dan berapa ramai yang ambil cakna dan perhatian. Berapa ramai yang ambil peduli tentang saudara seagamanya.


Manusia menghukum dengan apa yang yang diperlihatkan, menghukum dengan apa yang dipertontonkan. Menghukum dengan apa yang diperdengarkan. Cumanya hukuman yang manusia laksanakan ada kalanya tersalah. Itulah lumrah sebagai manusia. Tidak lekang dari salah silap. Hukuman yang terbaik adalah dari Allah Taala. Andai hukuman dan teguran manusia ada baiknya untuk kita apa salahnya kalau kita mengambil pengikhtibarannya. Tidak ada rugi sedikit pun.


Manusia ada baik buruknya. Masing - masing ada melakukan salah silap. Tidak pernah lari dari tersadung langkah di dunia fana ini. Tidak dinafikan. Tetapi mengapa ada pandangan yang tidak dapat kita terima dari sekeliling kita. Pandangan yang membuatkan kita tersinggung dan memberontak. Semua ini kerana kita yang pertontonkan buruk kita pada orang lain. Kita yang mempamerkan salah silap kita pada dunia. Andai untuk kebaikan bersama, baguslah. Akan tetapi, mesti ada juga kata-kata yang kurang menyenangkan. Mustahil manusia mahu menerima sepenuhnya pandangan orang. Mustahil sama sekali.

Jangan salahkan orang lain andai ditegur tentang sesuatu perkara. Kita yang menjadi asbab musabab ditegur. Kita yang mempamerkan keburukan kita kemudiannya kita persalahkan orang lain pula. Kita persalahkan orang yang menegur pula. Perlu diingat, bukan salah orang lain tetapi salah diri sendiri. Andai tidak suka dan tak nak ditegur perbetulkan dahulu kesilapan kita. Andai benar kita lakukan salah silap, jujurlah dengan mengakuinya. Itulah jalan terbaik.

Artikel ini bukan ditujukan secara khusus tetapi secara umum. Buat yang bergelar muslim dan mengaku Islam agamanya. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, dewasa ataupun remaja. Sama – sama kita berkongsi.