Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

~Kerana Dirimu Berharga~


Antara barangan yang terjaga dan terpelihara dan juga barangan yang terbiar dan tak terjaga, langsung tidak dipelihara dengan sebaiknya. Mana satu pihan kita…??? Adakah kita mahukan barangan yang dirasakan kurang nilainya ataupun mahukan yang lebih bernilai. Andai ditanya kepada sesiapa sekalipun, semuanya mahukan sesuatu yang baik, terbaik di antara yang terbaik.

Begitu juga dengan kuntuman ‘bunga’. ‘Bunga’ yang berada di jalanan yang terbiar sebegitu dan juga ‘bunga’ yang berada di dalam ‘kaca’. Masing - masing membesar dan mekar dengan cantiknya. Cantik bila dipandang. Tapi, pandangan yang sebagaimana. Adakah pandangan yang baik mahupun tidak.

Baru-baru ini ditanya tentang satu persoalan yang yang buatkan ana tertarik dengannya. Ditanya oleh si ‘bunga’.

“mcm ne ek
ngan prempuan y kejap pkai tudung
n kejap buang”
( macam mana dengan perempuan yang sekejap bertudung dan sekejap tidak bertudung, kejap pakai kejap tak pakai )

‘Untung’ benar orang macam ini sebab dah dapat jaminan ahli syurga’. Kejap nak pakai tudung dan kejap tak nak pakai tudung. Buat suka hati saja gamaknya. Suka - suki boleh permainkan hukum Tuhan yang dah termaktub dalam al Quran 1400 tahun yang lalu.


Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (QS. 24:31)

Manusia sebegini sengaja cari nahas. Kejap redha dengan hukum Tuhan dan kejap mempertikaikan hukum Tuhan. Ingat hukum hakam macam barang mainan pula. Kalau mahu, ambil..kalau tak nak, buang. Manusia yang sengaja mencabar hukum Islam dan hukum Tuhan.


“Salah orang yang memperlihatkan ataupun salah orang yang melihat”

Fikirkanlah sendiri…Tapi kalau diikutkan,
“bunga dalam kaca lebih ada nilainya daripada bunga di jalanan.”






******************************************

Perempuan yang terjaga daripada pandangan dan fitnah dunia dan perempuan yang menjadi bahan tontonan dunia. Perempuan yang tahu menjaga maruahnya sebagai seorang wanita. Wanita Muslimah. Bukan sekadar luaran sahaja malahan nilai seorang Muslimah. Nilai peribadi yang menjadi maharnya.

Tidak dinafikan bahawa wanita diberikan kelebihan dengan kecantikan yang tersendiri. Andai digunakan kecantikan tersebut pada saatnya, insya-Allah ada kemanisannya. Andai digunakan pada ‘dunia kegelapan’, seolah-olah tiada nilainya. Sengaja mencampakkan diri sendiri ke arah kecelakaan.

Mungkin juga ‘bunga’ yang terjaga kurang diambil peduli oleh dunia luar berbanding dengan ‘bunga’ yang menjadi  tontonan. Nak pamerkan kecantikan diri katakan. Mahukan perhatian dan panahan dosa ditumpukan padanya. Lambakan dosa yang kian bertimbun. Lebih mementingkan pandangan manusia daripada pandangan Sang Pencipta. Mengutamakan kaca mata makhluk melebihi pandangan Sang Agung. Makhluk yang lupa tentang asal tujuan dijadikan.

Bukan ana nak menghukum seseorang tapi amanah sebagai saudara seagama terhadap saudara semuslim dengan ana. Memang ada yang terpukul dengan artikel ini, tapi inilah jawapan ana. Berapa ramai yang menyedari akan hal ini dan berapa ramai yang ambil cakna dan perhatian. Berapa ramai yang ambil peduli tentang saudara seagamanya.


Manusia menghukum dengan apa yang yang diperlihatkan, menghukum dengan apa yang dipertontonkan. Menghukum dengan apa yang diperdengarkan. Cumanya hukuman yang manusia laksanakan ada kalanya tersalah. Itulah lumrah sebagai manusia. Tidak lekang dari salah silap. Hukuman yang terbaik adalah dari Allah Taala. Andai hukuman dan teguran manusia ada baiknya untuk kita apa salahnya kalau kita mengambil pengikhtibarannya. Tidak ada rugi sedikit pun.


Manusia ada baik buruknya. Masing - masing ada melakukan salah silap. Tidak pernah lari dari tersadung langkah di dunia fana ini. Tidak dinafikan. Tetapi mengapa ada pandangan yang tidak dapat kita terima dari sekeliling kita. Pandangan yang membuatkan kita tersinggung dan memberontak. Semua ini kerana kita yang pertontonkan buruk kita pada orang lain. Kita yang mempamerkan salah silap kita pada dunia. Andai untuk kebaikan bersama, baguslah. Akan tetapi, mesti ada juga kata-kata yang kurang menyenangkan. Mustahil manusia mahu menerima sepenuhnya pandangan orang. Mustahil sama sekali.

Jangan salahkan orang lain andai ditegur tentang sesuatu perkara. Kita yang menjadi asbab musabab ditegur. Kita yang mempamerkan keburukan kita kemudiannya kita persalahkan orang lain pula. Kita persalahkan orang yang menegur pula. Perlu diingat, bukan salah orang lain tetapi salah diri sendiri. Andai tidak suka dan tak nak ditegur perbetulkan dahulu kesilapan kita. Andai benar kita lakukan salah silap, jujurlah dengan mengakuinya. Itulah jalan terbaik.

Artikel ini bukan ditujukan secara khusus tetapi secara umum. Buat yang bergelar muslim dan mengaku Islam agamanya. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, dewasa ataupun remaja. Sama – sama kita berkongsi. 

4 comments:

Mawar berduri said...

alhmdllah.. moga penulis ttp istiqamah dalam perkongsian dan teguran yg bermakna dlm menuju kebaikan sesama insan .. inysaallah ..

BeloG MTT said...

Thanks for sharing..Insya'allah one day MTT akan berhijab..Amin.. :)

BeloG MTT said...

Tapi yang kebiasaanya cantik di mata dan di nilai dengan fizikal dan dalaman sama sekali satu perkara yang berbeza..Tak di nafikan tuntutan agama supaya yang muslimah supaya berhijab tetapi pernahkah kita terfikir sejauh mana keikhlasan mereka berhijab atau adekah hanya sekadar di sebabkan tuntutan agama?

Darwisy Sufi said...

Mawar berduri
~mudahan sama2 kita istiqamah menuju jalanNya

Belog MTT
~harapnya itulah yg terbaik(berhijab..insyaAllah..

~bila mana suatu perkara diperintahkan, bermkna ianya wajib dilaksanakan walaupun dalam keadaan terpaksa.yg akan menghukumkannya adalah Dia. apa pon trima kasih atas pandangan.pandangan yg menarik.kita kongsi bersama.(^_^)

Post a Comment