Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

~MakSiAt~


Syarat Melakukan Maksiat  :-

1.     Andai ingin melakukan maksiat kepada Dia, jangan kamu makan rezekiNya
2.     Andai ingin melakukan maksiat, janganlah kamu tinggal di atas muka bumi Allah ini.
3.     Andai mahu melakukan maksiat, buatlah maksiat di mana - mana sahaja yang tidak dapat dilihat oleh Allah Taala.
4.     Andai masih mahu melakukan maksiat, lakukanlah akan tetapi bila mana datangnya Sang Izrail malaikat pencabut nyawa kepada kamu, khabarkan padanya supaya dia tangguhkan saat kematian kamu.
5.     Andai datangnya kepada kamu Malaikat Zabaniyah di akhirat kelak untuk mengheret kamu ke neraka, janganlah kamu mengikutinya. Elakkanlah. ( seumpamanya )


Hiduplah Sesuka hatimu,
Sesungguhnya kamu pasti akan mati.
Cintai siapa saja yang kamu senangi,
Sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya.
Lakukan apa saja yang kamu kehendaki,
Sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya.

Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan.
Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawaan.
Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan.
Tidak ada kebaikan bagi sedekah kecuali niat yang ikhlas.
Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan.

Manusia sering kali melakukan salah dan silap tidak kira sama ada kita sedar atau tidak sedar, sengaja atau tidak sengaja. Maka segerakanlah kembali bertaubat padaNya. Nabi Muhammad yang maksum yang sudah terjamin jaminannya sebagai ahli syurga juga bertaubat kepada Allah apatah lagi kita yang penuh dengan debu-debu dosa lantaran alpa dengan nikmat dunia.


Sabda Rasulullah s.a.w. mafhumnya :-

“Bertaubatlah kamu kepada Allah kerana sesungguhnya aku pun bertaubat padanya seratus kali sehari..”  ( Ada yang mengatakan tujuh puluh kali sehari )

Kita pula bagaimana…?? Berapa kali kita bertaubat dan menyebut nama Allah dalam seharian kita..??
Sebut nama Allah pun disebabkan sembahyang… kalau tak qeti bahasa nak sembahyang nak habaq kut mana pulak. Jahanam habis punah dunia.

2 comments:

yatt_detty said...

Sabda Rasulullah :
Seorang penzina tdk akan berzina jika ketika itu dia berada di dalam keimanan. Seorang pencuri tdk akan mencuri jika ketika itu dia berada di dalam keimanan iaitu iman yang sempurna. Begitu juga seorang peminum arak tdk akan meminum arak jika ketika itu dia berada di dalam keimanan.
-H.R Abu Hurairah-

Darwisy Sufi said...

Allahu Rabbuna..Jazakillah..
Mudahan dipermudahkan urusan buatmu ya ukhti.. ^_^

Post a Comment