Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

Sunyi Tanpa Khabar

“Diamku bukan membisu,
diamku bukan membenci,
diamku merindui dirimu,
diamku mendoakan dirimu agar dirahmati.”


Sekadar suka-suka sahaja bait di atas ini. Tiada kena mengena dengan sesiapa samada yang masih hidup mahupun yang sudah kembali pada hakikatnya. Yang jelas, andai ada yang dirasakan dituju pada dirinya,senyum-senyumlah selalu. Semestinya buat yang terpilih. Semuanya kerana Dia. Mudahan harapannya.

Sesekali mendiamkan diri tanpa kabar berita ada baiknya jua. Bukan sengaja membawa diri tanpa sebab yang ‘haq’ tapi dengan niat yang satu. Niat yang mengharapkan yang terbaik. Ditanya sana sini mengapa lama mendiamkan diri. Saatnya akan tiba kenapa semua ini berlaku. Manfaatnya terjawab bila mana dapat merasai sendiri suasananya. Sekadar menantikan natijahnya bila detiknya terlerai tiba. Ada kelebihan jua dalam mendiamkan diri. Lebih dan kurang adalah adat dalam kehidupan. Istifadah dalam mencari redhaNya.


“Tiada tahu dinilai dan dihargai bila mana di sisi tetapi akan terasa berharga nilainya apabila sudah kehilangnya…”

'Ujian'

Setiap langkah yang kita lalui perlu diteruskan walaupun apa jua natijahnya. Samada natijah yang kita mampu terima dengan redhanya ataupun natijah yang buatkan kita berat untuk menerimanya. Apa pun, sederap melangkah ke hadapan jangan disangkal apa yang berlaku di masa silam. Yang lepas, jadikan ianya sebagai satu wasilah dalam diri kita untuk terus kuat di dunia pinjaman. Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya. Sekali mundur ke belakang, ayuh terus maju ke depan menuju arus. Melawan arus kehidupan. Sekali rebah tidak bermakna kita tidak mampu untuk bangun berdiri semula. Hakikatnya kita semua bermula dari bawah. Terkadang diuji dengan bentuk dugaan yang mampu mengundang seribu satu kekesalan hingga wajah tertunduk memikirkannya. Kejayaan yang sebenar-benarnya tika kita berhadapan dengan Allah s.w.t. di sana kelak. InsyaAllah. Kejayaan dalam memperoleh ‘hadiah’ selama mana penat lelah kita di dunia khayalan ini. Khayalan yang tidak pernah putus dari nikmat yang tidak kekal. Khayalan yang buatkan manusia terus leka dan lalai dalam menjalankan ibadah kepada Sang Agung.


Buat ‘adik-adik’ yang menghadapi peperiksaan samada UPSR yang telah lepas, mudahan yang terbaik dan buat ‘adik-adik’ yang bakal menghadapi PMR, SPM dan seumpamanya, mudahan yang terbaik diantara yang terbaik menjadi harapan.

Bittaufiq wannajah…!!!