Satu hari, sekuntum bunga yang cantik, wangi dan menarik bertemu sebutir mutiara yang tinggal jauh di dasar laut yang tiada ciri-ciri seperti bunga. Kedua-duanya berkenalan antara satu sama lain.
Bunga itu berkata: “Keluarga kami sangat besar terdiri dari mawar dan daisi. Dan terdapat pelbagai jenis ; masing-masing punyai bau, rupa dan tarikan tersendiri.”
Tiba-tiba, bunga itu kelihatan sedih.
“Kata-kata kamu tidak menggambarkan kesedihan, tapi mengapa kamu bersedih?"
“Kata-kata kamu tidak menggambarkan kesedihan, tapi mengapa kamu bersedih?"
Mutiara itu bertanya.
“Manusia mempergunakan kami. Mereka menanam kami hanya kerana ingin mendapatkan wangian dan kecantikan kami. Kemudian, mereka membuang kami di tong sampah atau di jalanan apabila kami sudah tidak cantik dan tiada wangian lagi.”
Bunga itu mengeluh. Dan kemudian bunga itu berkata kepada mutiara :
“Bagaimana pula hidupmu mutiara? Kamu tertanam jauh di dasar laut.”
“Bagaimana pula hidupmu mutiara? Kamu tertanam jauh di dasar laut.”
Mutiara itu menjawab :
“Walaupun saya tiada warna-warni dan bau-bauan harum, manusia menganggap saya berharga. Mereka susah untuk mendapatkan saya. Mereka perlu menyelam dalam ke dasar laut untuk mencari saya. Semakin dalam, semakin susah saya ditemui maka semakin cantik dan bersinarlah saya.”

“Itu yang menaikkan nilai saya pada pandangan manusia. Saya hidup dalam cengkerang tebal yang terpencil dalam lautan gelap. Bagaimanapun, saya gembira dan bangga saya selamat dari tangan liar dan nakal manusia. Malah manusia menganggap nilai saya begitu berharga.”
Tahukah anda apa yang melambangkan bunga atau mutiara...???
Sekiranya difikir mendalam..
Anda akan mendapati bahawa:
0 comments:
Post a Comment