Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

Muhammad s.a.w.


Detik bersejarah tika mana api majusi yang tidak pernah padam kesekian lamanya secara tiba-tiba terpadam. Istana Kisra Parsi runtuh. Dunia bakal diterangai cahaya sinar. Kota Makkah bakal diterangi cahaya yang tidak akan pudar buat selamanya. Semuanya ini adalah tanda-tanda lahir seorang manusia agung lagi mulia. Tidak lain dan tidak bukan, adalah kekasih Allah s.w.t. telah diketahui oleh Nabi Adam pada awalnya lagi bahawa Nabi Muhammad s.a.w. akan dilahirkan dan akan menjadi pemberi syafaat kepada alam keseluruhannya.

          Setelah melalui segala perit kehidupan dalam onak duri yang tidak pernah hilang. Setelah mencucurkan keringat yang tidak pernah kering, darah yang mengalir, dan air mata yang jatuh keguguran menangis kesedihan dan tangisan kegembiraan berpuluh - puluh tahun lamanya. Lebih kurang 23 tahun, berjuang dengan segala kudrat tenaga daya dan kesungguhan bersama - sama para sahabat r.a. yang setia dan sanggup bermatian dalam da’ie Islamiyah dan berdakwah bersama dalam membanteras penyakit - penyakit di zaman jahiliyah yakni zaman kedunguan dan kebodohan di kala itu, mengajak dan memanggil jemaah manusia dalam menuju ke arah jalan Allah s.w.t. ; berjihad, berjuang menegakkan dan meneguhkan nilai - nilai kebenaran dan keadilan Tuhan Rabbul Jalil. Maka akhirnya menampakkan keberhasilan beliau dalam menunaikan misi sucinya, menegakkan Islam sebagai satu - satunya agama yang dipilih oleh Allah s.w.t. untuk umat manusia di bawah naungan langit. “Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya..” seumpamanya.

          Pada musim haji tahun ke 10 Hijrah, bersama - sama dengan Rasulullah lebih kurang  140 000 kaum muslimin muslimat yang datang dari segenap pelusuk tanah arab. Pada saat itu, beliau pun menunaikan ibadah Haji Akbar yang mana bagi beliau sendiri adalah merupakan detik perpisahan buat umatnya ( Wada’ ) iaitu haji terakhir kerana beliau tidak lagi dapat bersama umatnya dalam menunaikan ibadah suci iaitu haji pada tahun - tahun yang berikutnya, tahun  yang mendatang.

          Dalam haji Wada’ inilah beliau menyampaikan mutiara - mutiara agung, wasiat yang amat berharga bagi umat manusia. Di samping itu juga, beliau menyelitkan amaran Allah kepada kaum musyrikin bahawa Allah s.w.t. dan RasulNya memutuskan hubungan dengan mereka kerana akidah mereka adalah penuh noda. Dan sejak tahun ke 9 Hijrah, telah dibuat batas sempadan tanah suci Makkah dan Madinah ( tanah haram ) yang sama sekali tidak diizinkan bagi kaum kafir untuk menginjaknya hinggalah ke Hari Akhir kelak.

          Khutbah ‘Arafah yang akan menjadi pegangan hidup matinya kaum Muslimin adalah jua merupakan piagam perdamaian yang mempunyai nilai kemasyarakatan yang tinggi yang mana dilafazkan sendiri oleh junjungan agung Nabi Muhammad s.a.w. dari atas untanya yang berdiri di Namirah berhampiran dengan bukit ‘Arafah yang terletak di tengah - tengah padang ‘Arafah yang dahsyat dan luas itu. Khutbah bersejarah yang diabadikan sepanjang masa itu. Buat selamanya...( antara lain bunyinya atau seumpamanya )


 
“Wahai manusia, dengarkanlah nasihatku baik – baik, kerana barangkali aku tidak dapat lagi bertemu muka dengan kamu semua di tempat ini...!

“Tahukah kamu semua, hari apakah ini..? yang mana dijawab sendiri oleh beliau sendiri : Inilah hari Nahar, hari korban yang suci. Tahukah kamu bulan apakah ini..? Inilah bulan suci. Tahukah kamu tempat apakah ini..? Inilah kota yang suci.”

Haram Menumpahkan Darah

“Maka dari itu aku permaklumkan kepada kamu semua bahawa darah dan nyawamu, harta bendamu dan kehormatamu antara satu sama lain adalah haram sama sekali atas kamu hinggalah kamu bertemu dengan Tuhanmu kelak. Semuanya ini harus kamu sucikan sepertimana sucinya hari ini sebagaimana sucinya bulan ini dan sebagaimana sucinya kota ini. Hendaklah berita ini kamu sampaikan kepaa orang - orang yang tidak hadir di tempat ini! Bukankah aku telah menyampaikan...???Oh wahai Tuhan persaksikanlah...!!!”

Hapuskan Riba

“Hari ini hendaklah dihapuskan segala macam bentuk riba. Maka barang siapa yang memegang amanah di tangannya, maka hendaklah ia bayarkan kepada yang empunya. Dan sesungguhnya Riba Jahiliyah itu adalah batil. Dan di awal Riba yang pertama sekali aku sapu bersih adalah Riba yang dilakukan oleh bapa saudaraku sendiri, Abbas bin Abdul Muttalib.”

“Hari ini haruslah dihapuskan semua bentuk pembalasan dendam pembunuhan Jahiliyah, dan penuntutan darah ala Jahiliyah yang mula pertama aku hapuskan adalah atas tuntutan darah ‘Amir bin Haris.”

“Wahai manusia, hari ini syaitan telah berputus asa untuk disembah pada bumimu yang suci ini. Tetapi ia bangga apabila kamu dapat mentaatinya walaupun dalam keadaan yang kelihatannya kecil sekalipun, maka dengan itu wahai manusia, berwaspadalah kamu akannya.”

“Wahai manusia, sesungguhnya zaman itu beredar sejak Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada azali lagi.”

Hak Kewajipan Suami Isteri

“Wahai manusia, sesungguhnya bagi kaum wanita itu yakni isterimu ada hak-hak yang harus dan perlu dipenuhi oleh isteri itu. Tidak lain dan tidak bukan adalah bahawa mereka tidak boleh sama sekali membawa orang lain ke tempat tidur selain kamu sendiri yakni si suami. Dan mereka juga tidak boleh membawa orang lain yang tidak kamu sukai dan tidak kamu senangi ke rumahmu, melainkn mendapat keizinan darimu ( suami ) terlebih dahulu. Maka sekiranya kaum wanita itu melanggar ketetapan - ketetapan yang sedemikian rupa, maka dengan itu sesungguhnya Allah s.w.t. telah mengizinkan kamu untuk meninggalkan mereka dan kamu boleh melecut ringan  terhadap diri wanita ( isteri ) yang berdosa itu. Tapi bilamana mereka tunduk yakni  patuh kepadamu, maka telah menjadi kewajipan atasmu untuk memberi nafkah dan pakaian mereka dengan sebaik - baiknya. Ingatlah bahawa kaum hawa itu adalah makhluk yang lemah di sisimu, mereka tak berdaya dan berkuasa. Kamu telah membawa mereka dengan satu amanat daripada Tuhan dan kamu telah halalkan kehormatan mereka dengan kalimah Allah. Dari itu bertakwalah kepada Allah akan urusan wanita dan terimalah wasiat ini untuk kamu bergaul baik dengan mereka...!!! Wahai umat, bukankah aku telah menyampaikan...??? Wahai Tuhan, Kau persaksikanlah...”

Pegangan Hidup

“Wahai manusia, sesungguhnya aku meninggalkan kepada kamu akan sesuatu, dan bilamana kamu pegangnya erat - erat nescaya kamu tidak akan sesat buat selama - selamanya ; Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Wahai manusia dengarkanlah baik-baik tentang apa yang ingin aku bicarakan kepada kamu nescaya semestinya kamu akan bahagia buat selamanya dalam kehidupanmu...!!!”

Persaudaraan Islam

“Wahai manusia, kamu hendaklah mengerti bahawa orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara. Maka bagi diri kamu sekalian terlarang keras untuk kamu mengambil harta saudaranya kecuali dengan izin hati yang ikhlas. Bukankah aku telah menyampaikan...??? Wahai Tuhan, Kau persaksikanlah...”

“Janganlah kamu kembali kepada kafir setelah mana aku telah wafat nanti, di mana sebahagian daripada kamu akan mempermainkan senjata sesama kamu untuk menebas batang leher saudaranya yang lain. Kerana, bukanlah aku telah tinggalkan untukmu sekalian akan pedoman yang benar, yang mana apabila kamu ambil ia sebagai pegangan dan tatacara kehidupanmu sudah tentu kamu tidak akan sesat, yakni Kitab Allah ( Al - Quran )...”

“Wahai umat, bukankah aku telah menyampaikan...??? Ya Tuhan, Kau persaksikanlah...”

Persamaan Hak

“Wahai manusia, sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah tunggal, dan sesungguhnya kamu berasal dari seorang bapa. Kamu semuanya asalnya daripada Adam dan Adam asalnya  daripada tanah. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa, tidak ada sedikit pun kelebihan bangsa arab dari bangsa yang bukan arab, kecuali dengan takwa di sisi Allah...”

“Maka hendaklah orang yang hadir diantara kamu pada ketika ini berkewajipan untuk menyampaikan pesanan dan wasiatku ini kepada mereka yang tidak hadir...”

          Setelah mengakhiri Khutbah al - Wada’ yang amat memberi kesan itu dengan nada suara yang tinggi lagi lantang sambil menunjukkan ke langit, maka berteriaklah pula para jemaah haji yang sedang berkumpul sebagai tanda kesyukuran kerana agama Islam telah lengkap sepenuhnya. Mereka menyahut serentak dengan suara yang lantang bergema membelah kesunyian luasnya padang pasir sambil mengucapkan beramai - ramai “ Demi Tuhan, sesungguhnya engkau ( Muhammad ) telah menyampaikan amanah dan perintah Tuhanmu...!!!”

Subhanallah...!!!
 ............................................................................
.......................................

0 comments:

Post a Comment