Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

10 HAK SEBAGAI MUSLIM


SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, bertemu dengan Tuhan Yang Menjadikan, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya. Ini bermakna nasihat beliau adalah untuk umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut ( atau seumpamanya ) :-

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara." 


PERTAMA : HAK KEPADA DIRI
Iaitu : Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan yang tidak bermanfaat dan tidak berfaedah dan berpada-padalah yakni bersyukur dengan rezeki yang ada.

KEDUA : HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu : Menggantikan (qada) kewajipan amalan - amalan yang tertinggal, sama ada sengaja atau tidak sengaja, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk menghadapi mati dan merasa cinta akan Allah, Tuhan Yang Menghidupkan dan Mematikan.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud ( qiamullail ; berjaga malam ) dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT : HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat ( perkara sia-sia )dan nasihat menasihati antara satu sama lain.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN ( NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT )
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan dan kepayahan dalam hidup.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT ( TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT )
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat dan mencela sesama manusia, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah dalam amalan kebajikan.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK ( MALAIKAT PENJAGA PINTU NERAKA )
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang - terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak semasa hayat di dunia yang singkat ini.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN ( MALAIKAT PENJAGA PINTU SYURGA )
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala dan ujian yang mendatang, bersyukur ke atas nikmat dan pemberian Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat dan dosa.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI MUHAMMAD SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, penghulu segala nabi dan berpegang dengan syariat yang dibawanya sebagai utusan dari Allah, bergantung kepada as - Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah demi kemaslahatan ummah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan. Semuanya dalam mencari redha dan rahmat Tuhan Rabbbul ‘Izzah.
Wallahu'alam...

0 comments:

Post a Comment