Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

NASIHAT KEHIDUPAN



1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita.
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
Carilah seperti mana yang diajarkan dalam agama. Usah digusar andai tidak ketemu di saat ini kerana makhluk Allah ini dijadikan secara berpasangan. Hanya menunngu saat dan waktu yang sesuai dan yang telah ditetapkan Tuhan Rabbul Jalil. InsyaAllah.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua atau wali kepada si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui perantaraan orang tuanya atau wali si gadis. Lamarlah dengan lamaran yang baik. Kerana pandangan pertama selalunya menjadi ingatan semua orang. Oleh itu, lakukanlah yang terbaik. Mudah-mudahan ada baiknya.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,imam atau wali tetapi menikah di hadapan Allah. Mereka hanyalah perantaraan, sekadar wasilah sahaja. Anda perlu ingat, tanggungjawab anda bertambah apabila lafaz akad usai dilafazkan. Amanah yang telah dipertangungjawabkan.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tetamu yang datang untuk mendoakan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana mensia-siakan doa mereka. Oleh itu, jagalah amanah anda dengan sebaiknya agar tidak terjadinya penceraian dalam pernikahan anda. Datangnya tetamu membawa keberkatan dan perginya tetamu membawa kekurangan (dosa).

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia yang lahir dari rahim seorang ibu dan bukan dari sepasang malaikat. Laksanakanlah sebagai khalifah yang diamanahkan dengan sebaiknya.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP DAN ALAM BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan ditempuh tidak selamanya melalui jalan yang bertaburan bunga dan wangian, tapi akan juga melalui semak belukar yang penuh onak dan duri. Ada kalanya ranjau yang berliku perlu ditempuh jua. Itulah kehidupan yang bakal menyusul di kemudian hari..Bersabarlah.

7. KETIKA DUNIA RUMAH TANGGA BERMASALAH
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya semakin erat berpegang tangan dan saling bergenggaman tangan. Hidup ini seperti putaran roda. Ada kalanya kehidupan kita berada di atas. Ada kalanya hidup ini berada di bawah. Dan ada kalanya kita berada di tengah-tengah. Rentaslah dengan menggunakan akal fikiran yang sihat lagi waras.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda sepenuhnya. Saling memberikan kata semangat. Usah dipersalahkan sesiapa. Kerana ini semua adalah hak Tuan empunya dunia. Andai belum memiliki zuriat bukan bererti tiada rezeki, tetapi Dia menangguhkan di suatu tempat yang tidak terbayang di fikiran kita. Andai bukan di dunia, insyaAllah ganjaran yang tak terjangkau sedang menanti kita di hari akhirat kelak. Semestinya di taman-taman syurga. Penghidupan yang kekal abadi.

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Jangan bagi cinta anda kepada suami, isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda sepenuhnya dan cintailah, sayangilah anak-anak anda sepenuh jiwa. Perlu diingatkan bahawa hadirnya anak dalam kehidupan adalah satu amanah yang perlu dan wajib dilaksanakan. Ibu bapa yang akan mencorakkan anak-anak sama yang bakal menempuh dunia yang serba fana ini.


*****************************************************************
(O_O) (0_0) (O_O)

0 comments:

Post a Comment