Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

Tarbiyah...!!!



"Ditarbiyah dan mentarbiyah antara elemen penting ke arah pembentukan tentera - tentera Allah yang memiliki kekuatan jasmani dan rohani. Orang yg hidupnya hanya tahu mentarbiyah tetapi tidak mahu menerima  tarbiyah dan dengan kata lain tidak suka ditarbiyah boleh jadi dirinya dibuai dengan sifat keegoaan yang mendalam. Orang yang hidupnya hanya mahu menerima tarbiyah pula dan tidak mahu mentarbiyah boleh jadi dirinya sebagai pemutus mata rantai pada perjuangan, semestinya perjuangan Islam. Oleh kerna itu, golongan pelapis perlu dibentuk dan ditarbiyah mengikut acuan yang sesuai bagi memastikan kelangsungann agenda perjuangan suci yang berterusan."

     Ayat di atas ini ana terima daripada seorang 'amurah' yang meneruskan pembelajaran di Universiti Al - Azhar ( kuliah banat ) Kaherah, Mesir. Tapi ana ubah sedikit sebanyak dari 'kaunseling' yang asal. Bukan nak cilok ayat, tapi sebagai renungan kita bersama. Semestinya petikan sebegini jarang dan kurang dibaca dan dihayati kerana bagi sesetengah individu ianya kurang menarik. Petikan ini cuma sedikit sahaja tetapi andai kata diulas dan dihuraikan mampu menjadi 'cerpen' ataupun 'novel'. Masing - masing mempunyai akal untuk menghurai dan berhujah dengan pendapat tersendiri. Jadi, ungkaplah dengan  ungkapan sendiri untuk menghuraikan tujuan dan hadaf utama dalam petikan ringkas di atas. TARBIYAH...!!!


     Pentarbiyahan atau didikan semestinya menjadi asam garam dalam kehidupan kita yang bergelar manusia kerna sesi pentarbiyahan dan didikan ini bermula sejak kecil dan dari buaian lagi. Sedari kecil kita dididik dan diasuh dengan didikan yang tidak formal dari ibu bapa dan keluarga kita. Diasuh dengan kepelbagaian cara dan ditarbiyah dari segala aspek menjadikan kita mampu untuk bangun berdiri dan terus berdiri. Walaupun pernah rebah tersungkur bukanlah menjadi penghalang untuk berdiri semula. Dan bermula dari situlah kita diasuh dan dididik dengan pentarbiyahan formal iaitu sekolah. Tetapi jarang sekali kita menggunakan istilah 'tarbiah'. Mungkin kerana perkataan 'tarbiah' ini dari bahasa arab ataupun seolah - olah syadid. Tidak kisahlah mengguna istilah apa sekalipun asalkan membawa satu makna yang sama. Sebab itulah kanak - kanak yang baru mula berjalan semestinya akan terjatuh. Terjatuh dan menangis. Kelihatan air mata bertakung di kelopak mata. Akan tetapi kanak - kanak tersebut akan bangun semula walaupun dalam tangisan untuk terus berjalan. Tidak sesekali mengalah walaupun sakit pada permulaan. Terus bangun untuk berjalan. Dan pada pengakhirnya, ukiran senyuman kelihatan pada bibir kanak - kanak tersebut. Senyuman yang menggembirakan.

0 comments:

Post a Comment