Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

Hidup



Malam gelap gempita, hanya diterangi dek cahaya bulan dan lampu jalan. Sayup-sayup kedengaran kalimah suci dilaungkan oleh para imam dari serata masjid di sekeliling. Mendayu bunyi dan alunannya yang bergema di kala malam yang sunyi ini. Andai didengar terasa sayu dengan bacaan yang imam-iman laungkan. Kanan kiri depan belakang saling bersahutan. Manusia mencari sinar di kala waktu itu  tika mana segelintir lagi masih dibuai mimpi.

Tapi rasanya di sini bukan sebegitu. Walaupun jam di dinding menunjukkan dua pagi tapi masjid sudah dipenuhi dengan jemaah. Seolah-olah menunaikan solat Jumaat. Menghidupkan malam yang disarankan oleh Nabi Muhammad s.a.w. di sepuluh yang terakhir di bulan Ramadhan. Qiamullail. Andai kebiasaannya jemaah ramai tika solat terawikh bukan bermakna pada malamnya mereka letih dalam menghidupkan amalan-amalan di malamnya. Bahkan masih lagi mampu menjalani kehidupan sebagai hambaNya dalam mencari redha dan maghfirah Allah. Duhai ‘ardhul kinanah’.

Hadir awal di masjid, iktikafkan diri tunaikan solat-solat sunat sebelum menjalani qiamullail berjemaah. Sayu rasanya hati ini kerana peristiwa ini hanya mampu aku raikan di tanah asing. Bagaimana pula dengan tanah sendiri. Setahun sekali belum mampu aku rasai seperti ini. Hidupnya masjid dengan suasana yang cukup mengasyikkan. Andai aku pulang ke tanah kelahiran aku sendiri sekalipun belum tentu aku dapat temui semua ini. Ya Allah, Kau permudahkanlah hidup kami dalam memperjalankan ibadah padaMu di kala yang lain semakin alpa dan lalai padaMu dengan kemewahan dunia fantasi.




0 comments:

Post a Comment