Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

Indahnya Suasana

Perkataan yang cantik - Allah
Perkara yang sudah sedia maklum sejak sekian lamanya dari dulu, sekarang dan jua masa-masa mendatang tetapi berapa ramai yang mampu beristiqamah dengan hal ini. Bila mana susah baru dicari Tuhan, bila dah senang terlalu sedikit yang kenal akan Tuhan. Kenal di kala susah lupa di kala senang. Layak digelar manusia tidak kenang budi Sang Pencipta di dunia pinjaman sementara ini. Hatta kalau melatah sekalipun sukar menyebut ‘Allahu Akbar’. Yang tahu sebut ‘benda’ yang bukan-bukan. Masya Allah.

Lagu yang merdu - Azan
Suara yang mengagungkan kebesaran Ilahi. Seruan yang mengajak kita dalam mendekatkan diri kepadaNya tidak kira di bulan Ramadhan mahupun tidak. Seruan azan yang memanggil untuk menghampirkan diri kepada Tuhan berkurangan andai ingin dibandingkan ‘panggilan’ mega sale dan bazar Ramadhan. Ringan menuju ke arah bertentangan berbanding menuju ke arah sinar bahagia.

Novel yang menarik - Al Quran
Bacaan yang mampu mengalirkan air mata di kala sendirian di malam yang sunyi yang hanya bertemankan makhluk-makhluk yang berjaga malam hanya semata-mata untuk beribadah kepada Tuhan Sekalian Alam. Ada jua bacaan yang dialunkan sang Imam ketika di waktu solat dan tilawatul quran. Tak semua cuba mengambil kesempatan yang ada di kala tubuh sihat menjadi perantaraan. Berapa  sahaja yang menjadikan bacaan al Quran sebagai penghias di bulan mulia ini. Waktu yang singkat tapi sukar untuk dimanfaatkan.

Senaman yang baik - Solat
Solat yang menjadi satu kefardhuan bagi umat yang bergelar Muslim. Menjadi kewajipan bagi yang bergelar mukallaf. Hanya mengambil tempoh masa yang cukup singkat dalam mengerjakan ibadah solat berbanding dengan amalan-amalan lain yang sebati dalam kehidupan. Itu pun masih ada lagi alasan dan ‘ngomel’ yang tak munasabah. Bila lagi nak dekatkan diri pada Tuhan andai bukan di saat mendirikan solat. Tak kan kita hendak menanti saat datangnya Izrail.

Diet yang mujarab - Puasa
Kewajipan yang ditunggu oleh sebilangan manusia yang mahu menghampirkan diri pada Allah Taala. Hanya yang sempat sahaja mampu menghadirkan diri. Ramai yang berhajatkannya tapi tak semua mampu menikmatinya. Ramadhan al Mubarak. Di saat inilah setiap amalan sama ada kecil atau besar semuanya dinilai sendiri oleh Allah Taala tanpa terlepas sedikit pun. Di samping itu juga, buat para insan yang risaukan tentang diri sendiri eloklah amalkan walaupun bukan di bulan Ramadhan. Lebih-lebih lagi wanita, gadis, perempuan. Kiranya mahukan tubuh badan yang ‘ideal’ seperti mana di dalam iklan “Lihat pinggangku yang ramping…”. Jadi eloklah jadikan amalan berpuasa ini sebagai satu cabang untuk ‘diet’. Bukan ditujukan untuk kaum Hawa sahaja termasuklah jua untuk kaum Adam. Sekurangnya bila melaksanakan puasa ini, perut kita mampu berehat buat seketika. Sebabnya andai tidak berpuasa, perut risau akan nasibnya. Segala macam jenis aneka masuk tanpa bicara.


Sama-sama kita mengamalkan dan saling ingat memperingati antara satu sama lain.
Mudahan manfaat dan kebaikan dicapai bersama dalam mencapai Rahmat dan Redha Allah s.w.t..
Insya-Allah.

0 comments:

Post a Comment