Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

~ Bahasa Agung ~

Ada orang kata bahasa Arab susah. Erm..apa yang susah sebenarnya. Susah nak belajar atau susah nak ingat. Atau pun susah nak menghafal. Rasanya bab mengamalkannya lagi susah. Lebih-lebih lagi bila berasa di suasana atau ‘biah’ yang tidak menggunakan bahasa Arab.

Teringat masa zaman sekolah dulu, ustaz ada pesan bahawa kita menggunakan bahasa Arab setiap hari. Walhal kerapkali menggunakannya walaupun  tanpa kita sedar. Menggunakan bahasa Arab secara tidak langsung. Saat yang paling utama kita menggunakannya adalah tika menunaikan kewajipan kita sebagai Muslim dan Mu’min yakni solat.

Tapi tak tahulah kalau-kalau ada yang menidakkannya dalam soal ini. Adakah masih wujud Muslim yang tidak menggunakan bahasa Arab dalam kehidupannya. Andai difikirkan, wanita yang dalam keadaan ‘cuti’ sekalipun masih menggunakan  bahasa Arab dalam sehariannya. Inikan pula kaum Adam.

Kalimah ‘Assalamualaikum’ dan seumpamanya banyak daripada kalimah bahasa Arab. Jadi, tidak usah untuk mengatakan bahawa bahasa Arab adalah bahasa yang sukar untuk dipelajari. Sedangkan bahasa sendiri pun masih belum dikuasai sepenuhnya apatah lagi bahasa asing.

“Diri tidak mengatakan fasih berbahasa dan tidak pula mengatakan daif dalam berbicara.” Terkadang dan rasanya selalu dalam kebiasaan masih lagi dipaluti salah dan silap dalam penggunaan bahasa Arab. Kalaulah bahasa sendiri pun ada salahnya apatah lagi bahasa asing dari diri kita.  Asing…???

Rasanya ia bukan asing dalam kehidupan sebagai seorang Muslim andai dia mengamalkan bacaan al Quran setiap hari. Hatta sepotong ayat sehari pun memadai untuk dibaca daripada terus melupai kalam suci ini. Tak kan tiada sepotong ayat yang terpahat di minda dan hati kita.


Bahasa Arab adalah bahasa al Quran, kalam hadis ( Nabi Muhammad s.a.w ) dan bahasa ahli syurga. Yang pastinya andai tidak mahu mempelajari bahasa ini di dunia sudah pastinya masih mampu berbicara bahasa Arab di syurga kelak. Itu pun kalau teringin menikmati syurga. Kalau tak nak merasai nikmat syurga, masalah juga manusia sebegini.  “Ada yang tak nak masuk syurga…??? “

Andai ingin pelajari bermula dari asas adalah rangka yang terbaik dalam pembelajaran. Bayi yang baru lahir sekalipun belum tentu terus berjalan dan berlari apatah lagi hairannya. Pastinya akan bermula dengan merangkak sebagai muqaddimahnya.

Begitu juga dalam dunia tika menjalani kehidupan dan pembelajaran kita. Semuanya bermula dari bawah. Sedikit demi sedikit andai dihimpun ada juga terkumpul isinya. Yang perlu kita ingati, ilmu yang ada pada diri adalah sekadar pinjaman sementara. Usah dibangga dengan ilmu di dada. Ilmu yang ada manfaatkan sebaiknya. Andai inginkan saham berganda, mulai diri dengan ‘adab dalam menuntut ilmu’. Kelak ada jayanya di hujung nyawa dan semestinya pendamping hingga ke  syurga. InsyaAllah.



0 comments:

Post a Comment