Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

7 C kenapa lelaki benci wanita & 8G pada lelaki yang dibenci oleh wanita

7 C kenapa lelaki benci wanita....


 Datuk Dr Fadzilah Kamsah telah merumuskan 7 C yang boleh menyebabkan
 lelaki hilang minat atau benci kepada seseorang wanita.

1. Comot
 Terdapat wanita yang cantik tetapi comot. Comot yang dimaksudkan ini boleh melibatkan wajah seseorang wanita itu, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukannya serta tindak-tanduknya.
  
2. Cerewet..Kata ulama hati wanita terletak di mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya.

3.Cemburu
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yang terlampau cemburu sehingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padahkepada perhubungan mereka. Ini memandangkan lelaki akan merasakan diri mereka tidak dipercayai.

4. Cuai
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabilaia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam tiga tetapi pada masa yang ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, ini akan membuat mereka benci kerana situasi itu.

5. Celupar
Menurut Dr. Fadzilah, wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.


6. Cabul
Cabul di sini membawa maksud keji dan segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak ada malu. Misalnya bergaul bebas dengan lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya tanpa menghirau batas pergaulan itu.


7. Cabar
Lelaki mempunyai ego mereka yang tersendiri. Oleh itu mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Misainya men-cabar dengan kata-kata seper-ti, "saya cabar awak ....."

______________________________________________________________________________________________


8G pada lelaki yang dibenci oleh wanita....

 1.Garang ( garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh..macam ler dia betul semua, dsb)

 2.Ganas (kaki pukul, ngan pompuan pun nak tunjuk kuat sebab pompuan bukan lawannyer)

 3.Gementar (takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain,dsb)

 4.Gabrah (tak boleh/pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat pompuan aje, dsb)

5.Gentleman tiada (langsung tak gentle, pentingkan diri sendiri,ambik kesempatan,dsb)

6.Gerumal (bahasa kedah -bohong atau tipu)

7.Ganggo (keterlaluan-  lembut sangat,pemalu sangat,pendiam sangat,macho sangat, dll)

 8.Gatal (miang keladi ngan pompuan lain selain dengan bini) Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirrahmanirrahim.

Allah berfirman yang bermaksud:

Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahansebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkanperhiasannya (tubuhnya) selain dari yang nyata (mesti terbuka terdiri daribahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, sepertimukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher(tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkanperhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya,anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya,anak-anak saudaralelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahayakepunyaannya, laki-laki yang menjalankan kewajubannya tetapi tidak mempunyaikeinginan (terhadap perempuan - umpanya pelayan-pelayan lelaki yang sudahtua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan)dan kanak-kanak yangbelum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah merekapukulkan kakinya, supaya diketahui prang perhiasannya yang tersembunyi(misalannya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atauperhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanyakepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.(surah An-Nur ayat 31)


Allah berfirman yang bermaksud:

Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk(taat) hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran (suruhan dan larangan)Allah serta (taat) mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan  (kepadamereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telahdiberi kitab sebelum mereka (Yahudi dan Nasrani), setelah orang-orang itumelalui masa yang lanjut (jauh dari zaman nabi mereka) maka hati merekamenjadi keras (dari mengikuti perintah/ajaran nabi mereka) dan banyak diantaranya orang-orang fasik.(surah Al-Hadid ayat 16)


Bila ayat menutup aurat turun sahaja semua wanita ketika itu tidak kira darigolongan Ansar mahupun Muhajirin dengan segera menutup aurat masing-masing.Yang ada di pasar, yang ada di rumah, yang sedang dalam perjalanan capai apa sahaja untuk menutup aurat masing-masing dengan SEGERA dan bukannya NANTI DULU. Yang tidak mendapat apa-apa mereka segera memalingkan muka menghadap dinding supaya tiada lelaki terpandang wajah mereka. Itulah kekuatan iman yang ada pada wanita-wanita ketika itu. Tetapi kini segala-galanya telah berubah makin jauh kita dari zaman Rasulullah makin kita jauh dari amalan agama.

Dalam ayat yang sama juga Allah menegur kita supaya tidak menjadi sepertiahli kitab sebelum kita (Yahudi dan Nasrani) di mana semakin mereka jauh dari zaman nabi mereka maka semakin kurang mengamalkan agama. Itulah keadaankita ketika ini. Saudari-saudari seagama dengan kita bukan tidak tahukewajiban menutup aurat, tetapi oleh kerana kelemahan iman serta sikap acuhtak acuh membuatkan mereka lalai. Perkataan yang biasa kita dengar dari saudari-saudari kita ialah "belum sampai seruan". Seruan apa yangditunggunya atau seruan dari siapa yang sedang mereka tunggu? Bukankah Allah telah seru untuk menutup aurat sejak 14 abad dahulu lagi. Tetapi kenapa masih tak tutup-tutup lagi?

Lihat lagi ayat di atas Allah berfirman "Katakan kepada orang-orang perempuanyang beriman" Allah dengan khusus gunakan perkataan "beriman" dan bukannya"wahai manusia" kerana segala perintah hanya boleh didukung oleh orang-orangyang beriman sahaja.

Dalam ayat kedua pun sama yang ditujukan ayat-ayat ini adalah kepada orang-orang yang beriman. Kita kata kami beriman dengan Allah,Rasul-rasulNya dan, Kitab-kitabNya tetapi apa yang kita ucapkan dan buat adalah sungguh bertentangan. Allah telah menggariskan peraturan dan rasu ltelah mengajarkannya dan peraturan itu telah termaktub di dalam kalamNya.Tetapi kenapa masih leka? Kita bimbang kalau-kalau kita dibungkus dengan kain putih sebelum kita sempat menutup aurat.

Maka wahai saudari-saudari seagamaku (YANG BERIMAN), sebelum terlewat rebutlah peluang yang ada jangan tunggu esok amalkan sekarang juga. Bimbang"esok tiada bagi mu". Gembirakanlah Allah dan rasulNya dengan mengikut perintah mereka supaya dikala kamu dirundung malang Allah dan rasulnya dapatmenggembirakan kamu.

BIAR KAMU TIDAK CANTIK DI MATA PENDUDUK BUMI TETAPI NAMAMU MENJADI PERBUALAN PENDUDUK LANGIT.


wallahu a'lam.

0 comments:

Post a Comment