Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

ISLAM LIBERAL

Membongkar Aliran Islam Liberal 

Pengenalan

Sebagai agama wahyu yang terakhir untuk manusia sejagat, Islam amat mementingkan sifat keaslian dan ketulenannya. Ini kerana selepas Islam tidak akan ada sebarang agama baru yang bakal diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk membetulkan apa-apa pencemaran yang berlaku ke atasnya. Pencemaran yang dimaksudkan adalah apa-apa penambahan, pengurangan, penukaran, pembatalan dan penyelewengan ke atas ajaran-ajaran Islam. Atas kepentingan inilah Islam sentiasa memberi peringatan kepada umatnya daripada merekacipta apa-apa bid‘ah yang bakal mencemari keaslian dan ketulenannya.

Namun dari dahulu sehingga kini terdapat sebahagian umat Islam yang cenderung untuk mereka cipta bid‘ah-bid‘ah ke dalam agama Islam. Secara umumnya umat Islam ini dan jenis bid‘ah yang mereka cipta boleh dibahagikan kepada dua sebagaimana yang dijelaskan oleh Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (728H):

“Bid’ah itu ada dua jenis, yang pertama berkaitan dengan perkataan dan iktikad, (yang kedua) berkaitan dengan perbuatan dan ibadah. Bid‘ah jenis yang kedua mencakupi jenis yang pertama sebagaimana bid‘ah jenis pertama akan mendorong kepada terjadinya jenis yang kedua.

Orang-orang yang berilmu, pemikir dan orang-orang seumpama yang mengikuti mereka, dikhuatiri jika mereka tidak berpegang teguh kepada al-Qur’an dan al-Sunnah akan terjerumus ke dalam bid‘ah jenis yang pertama. Sedangkan orang yang rajin beribadah, pemikir, berkemahuan keras dan orang-orang seumpama yang mengikuti mereka, dikhuatiri jika mereka tidak berpegang teguh kepada al-Qur’an dan al-Sunnah akan terjerumus ke dalam bid‘ah jenis kedua.

……Maka sedia diketahui bahawa bid‘ah (jenis pertama - perkataan dan iktikad) kerosakannya adalah lebih kuat dan para pembuatnya adalah lebih ‘berakal’ sedangkan bid‘ah (jenis kedua – perbuatan dan ibadah) para pembuatnya adalah lebih jahil dan mereka berada jauh daripada mengikuti (sunnah) Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam” [Majmu’ al-Fatawa (Dar al-Wafa’, Kaherah 2002), jld. 22, ms. 306-307 & jld. 19, ms. 275]
Antara bentuk bid‘ah yang lazim direka cipta oleh kelompok pertama adalah membuat ajaran-ajaran baru bagi “membetulkan” Islam, mengunggulkan dalil akal di atas dalil wahyu, mentakwil nas kepada maksud yang dicenderungi oleh kehendak nafsu dan menjadikan Islam pengikut kepada suasana, jauh sekali daripada menjadikan Islam pemimpin kepada suasana. Berdasarkan manhaj di atas, kelompok pertama ini mencipta pelbagai doktrin baru tentang Islam yang jauh berbeza daripada apa yang disepakati oleh Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah.
Kelompok pertama ini sudah wujud sejak kurun-kurun awal Islam dan bergiat aktif sehinggalah ke hari ini. Nama gelaran mereka mungkin berbeza-beza tetapi manhajnya sama sepertimana yang disebut di atas. Antara nama yang masyhur digunakan oleh kelompok pertama ini pada masa kini adalah Islam Moden, Islam Pembaharuan, Islam Bebas dan sebagainya, manakala nama yang masyhur di Nusantara adalah Islam Liberal. Kelompok ini sudah juga wujud di Malaysia dan mereka aktif menyebarkan dakyah melalui media cetak dan elektronik. Sekalipun mereka tidak mengidentitikan diri mereka sebagai beraliran Islam Liberal, kita tetap dapat mengenali mereka berdasarkan manhajnya.

Artikel ini insya-Allah akan membantu para pembaca sekalian untuk mengenal dengan lebih mendalam What, Why, When, Where and How tentang aliran Islam Liberal supaya para tokoh aliran ini dan manhaj mereka dapat kita kenal sekalipun mereka tidak memakai lencana Islam Liberal ketika bercakap dan menulis. Yang lebih penting, pengenalan kepada aliran Islam Liberal akan menjadi perisai ilmu kepada diri kita sendiri supaya tidak terjerumus ke dalamnya.



Bahaya Islam Liberal

Jika sebelum ini kaum Yahudi dan Nasrani telah mengubah ajaran-ajaran agama mereka, maka kini kita juga ada sebahagian umat beraliran Islam Liberal yang mengubah ajaran-ajaran Islam. Jika kita mengkaji secara mendalam tentang manhaj aliran Islam Liberal sepertimana yang disenaraikan di atas, mudah untuk disimpulkan bahawa mereka adalah sekelompok manusia yang menyembah akal dan mempertuhankan peradaban Barat dalam beragama. Mereka ingin bebas daripada penjajahan dan kemunduran, namun sayang sekali yang bebas hanyalah tubuh badan manakala pemikiran mereka masih terjajah dan mundur menjadi hamba kepada negara-negara Barat. Mereka ingin menjadi moden padahal kemodenan mereka hanya tiruan kepada model negara-negara Barat yang pada asalnya tidak mengkehendaki apa-apa kebaikan kepada mereka. Apakah erti kemodenan yang diikut-ikut jika ia mengorbankan maruah dan harga diri?

Mereka mencari kejayaan bukan dengan mengikuti manhaj yang diredhai AllahSubhanahu wa Ta’ala tetapi dengan manhaj mengikuti orang-orang bukan Islam. Dengan cara ini mereka berharap memperoleh kekuatan dan kemuliaan padahal kekuatan dan kemuliaan tersebut hanyalah milik Allah Subhanahu wa Ta’ala. Ini sebenarnya merupakan salah satu ciri orang munafik sebagaimana firman AllahSubhanahu wa Ta’ala:

Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya; (Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah. [al-Nisa’ 4:138-139]

Malah tidak berlebihan jika dikatakan bahawa aliran Islam Liberal sebenarnya ingin mencipta agama tersendiri, lalu menumpang sekaki di atas agama Islam demi mencari kekuatan dan kedudukan. Yang mereka inginkan bukanlah agama Allah dan Rasul-Nya tetapi agama akal dan peradaban manusia. Terhadap golongan seperti ini AllahSubhanahu wa Ta’ala telah berfirman:

Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. [surah ‘Ali Imran 3:85]

Yang benar kita umat Islam yang beriman sama ada lelaki atau perempuan, tidak boleh mengubah apa-apa ketentuan yang telah dinyatakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’aladan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam. Barangsiapa yang menukar, menambah, mengurang, menyeleweng dan sebagainya, mereka tergolong dalam orang-orang yang sesat sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata. [al-Ahzab 33:36]

Kejayaan tidak diukur berdasarkan nalar akal atau peradaban kaum lain tetapi diukur dengan nilai ketaatan kepada syari‘at Allah dan Rasul-Nya. Demikian itulah sikap orang-orang beriman yang berjaya sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat", dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan. [al-Nur 24:51]


Di mana dan siapa tokoh Islam Liberal?

Aliran Islam Liberal wujud hampir di mana jua. Nama mereka mungkin berbeza-beza, bahkan mungkin tindak dikenali dengan nama tertentu. Akan tetapi manhaj mereka tetap sama iaitu membuka dan membebaskan tafsiran Islam demi mencapai kejayaan ala kebaratan. Apabila menyebut tentang tokoh-tokoh aliran Islam Liberal, terdapat satu kesamaan di antara mereka semua – iaitu mereka pernah mendapat didikan di negara Barat dan/atau pernah berkhidmat di mana-mana institusi pengajian Barat. Pengalaman ini menyebabkan mereka amat cenderung kepada apa sahaja yang berasal dari Barat tanpa memisahkan antara yang baik dan salah.
Di antara tokoh-tokoh aliran ini yang masyhur di Timur Tengah adalah Rifa‘at Bik al-Thantawi, Thaha Husein, Ali ‘Abd al-Raziq, Mahmud Abu Rayya, Ahmad Amin, Hasan Hanafi, Farag Foudah, Naser Abu Zaid, ‘Athif al-Iraqi, Nawwal al-Sa’dawi dan sebagainya. Pendapat tokoh-tokoh aliran Islam Liberal di atas banyak yang telah dijawab dan ditolak oleh tokoh-tokoh Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah di Timur Tengah,bahkan sebahagian daripada mereka telah ditarik balik ijazah kelulusan oleh universiti-universiti tempat asal pengajian mereka. [lebih lanjut rujuk buku Pembaruan Islam dan Orientalisme dalam Sorotan oleh Dr. Daud Rasyid (Akbar Media, Jakarta 2002), ms. 20-45]
Tokoh-tokoh ini melahirkan banyak anak murid tersendiri yang bergiat aktif menyebarkan dakyah Islam Liberal sehingga hari ini. Tidak kurang juga adalah tokoh-tokoh Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah yang bangun menjawab dan menolak mereka. Antara yang aktif ialah Syaikh Yusuf al-Qaradhawi, semoga Allah memeliharanya, di mana antara lain beliau pernah menulis:
“Di antara masalah paling penting yang sering saya peringatkan dalam beberapa buku yang saya tulis adalah berkenaan usaha musuh-musuh pemikiran Islam yang menciptakan keraguan terhadap ajaran-ajaran agama Islam yang sudah dapat diyakini kebenarannya tanpa ragu (musallamaat), dan berusaha mengubah perkara-perkara yang diyakini (yaqiniat) kebenarannya dan pasti menjadi perkara-perkara yang tidak pasti dan hipotetif (zhanniaat), serta hal-hal yang pasti dan kuat (qath'iat) menjadi tidak pasti dan mengandung pelbagai kemungkinan (muhtamalaat), yang dapat diambil atau ditolak, ditarik atau dilepas, dan dapat mengikuti pendapat kanan-kiri.

Sudah menjadi kejayaan yang amat besar jika mereka mampu menggoncang ajaran-ajaran agama yang tsabit lagi muktamad atau menyerangnya agar dapat dilenyapkan sehingga tidak menjadi sesuatu yang menghalang mereka saat mereka ingin menghancurkan benteng umat Islam atau setidaknya, menerobos pagarnya.

Pada zaman sekarang ini kita dapati ada orang yang meragukan keharaman khamar atau riba, atau tentang bolehnya talak dan berpoligami dengan syarat-syaratnya. Ada yang meragukan keabsahan Sunnah Nabi s.aaw. sebagai sumber hukum.  Bahkan, ada yang mengajak kita untuk membuang seluruh ilmu-ilmu Al-Qur'an (Ulumul-Qur'an) dan seluruh warisan ilmu pengetahuan al-Qur'an kita ke tong sampah, lalu kemudian memulai membaca al-Qur'an dari nol dengan bacaan kontemporer dengan tidak terikat oleh suatu ikatan apa pun, tidak berpegang pada ilmu pengetahuan sebelumnya, juga tidak dengan kaidah dan aturan yang ditetapkan oleh ulama umat Islam semenjak berabad-berabad silam.

Di antara pendapat mereka adalah bahawa kalangan Ahli Kitab: Yahudi dan Nasrani, bukanlah kelompok kafir.  Jika yang mereka maksudkan itu adalah Yahudi dan Nasrani bukan kalangan ateis yang mengingkari Tuhan dan wahyu, tentu hal itu benar dan tidak dipertentangkan lagi. Namun jika yang mereka maksudkan itu adalah bahwa mereka (Yahudi dan Nasrani) tidak kafir terhadap agama Muhammad dan risalahnya serta al-Qur'an dan penyifatan kafir yang disematkan kepada mereka itu adalah dengan pengertian seperti ini, tentu klaim seperti itu adalah salah.

Kekafiran Yahudi dan Nasrani adalah sesuatu yang amat jelas terlihat bagi individu muslim yang memiliki ilmu keislaman, walaupun hanya sebesar atom. Hal ini juga sesuatu yang disepakati oleh seluruh umat Islam dari seluruh mazhab dan aliran pemikiran sepanjang masa, baik kalangan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah, Syi‘ah, Mu’tazilah dan Khawarij. Demikian juga dengan seluruh aliran umat Islam yang ada pada saat ini: Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah, Zaidiyyah, Ja’fariyyah dan Ibadaniyyah, seluruhnya tidak meragui kekafiran Yahudi dan Nasrani serta orang-orang yang tidak mengimani risalah Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wassalam. Hal ini merupakan sesuatu yang sudah pasti kebenarannya, baik secara teori maupun praktikal.” [Mauqif al-Islam al-‘Aqdi min Kufr al-Yahud wa al-Nashara, edisi terjemahan Indonesia atas judul Bagaimana Islam Menilai Yahudi dan Nasrani (Gema Insani, Jakarta 2000), ms. 11-13]

Selain itu terdapat juga beberapa tokoh aliran Islam Liberal yang menulis dalam bahasa Inggeris seperti Muhammad Arkoun dan Fazlur Rahman. Di antara mereka wujud juga tokoh seperti Fatima Mernissi yang tidak segan-segan membuat fitnah dan tuduhan palsu ke atas para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam dan para ilmuan Islam demi menjayakan alirannya.

Di Indonesia, tokoh aliran Islam Liberal yang paling menonjol adalah Harun Nasution dan Nurcholis Majid. Daripada mereka lahir ramai lagi tokoh-tokoh baru yang berbilang jumlahnya. Akan tetapi alhamdulillah, para ilmuan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah Indonesia tidak pernah membiarkan mereka selesa dengan dakyah Islam Liberal yang mereka kembangkan. Pelbagai buku dan makalah ditulis untuk menjawab dan menolak manhaj mereka, antaranya:
  1. Koreksi Terhadap Dr. Harun Nasution tentang “Islam Ditinjau dari Berbagai Aspeknya” oleh Prof. H.M. Rasjidi. (Bulan Bintang, Jakarta 1977).
  2. Pembaruan Islam dan Orientalisme dalam Sorotan oleh Dr. Daud Rasyid (Akbar Media, Jakarta 2002) yang merupakan jawapan ilmiah lagi terperinci kepada Nurcholis Majid.
  3. Menelusuri Kekeliruan Pembaharuan Pemikiran Islam Nurcholish Majid oleh Abdul Qadir Djaelani. (Penerbitan Yadia 1994).
  4. Propaganda Sesat Penyatuan Agama oleh Bakr bin Abdullah Abu Zaid. (Darul Haq, Jakarta 2001).
  5. Bahaya Islam Liberal oleh Hartono Ahmad Jaiz. (al-Kautsar, Jakarta 2002).
  6. Islam Liberal: Sejarah, Konsepsi, Penyimpangan dan Jawapannya oleh Adian Husaini dan Nuim Hidayat (Gema Insani, Jakarta 2002).
  7. Mewaspadai Gerakan Kontekstualisasi al-Qur’an: Menanggapi Ulil Absar Abdala oleh Agus Hasan Bashari (As-Sunnah, Surabaya 2003).
  8. Anggapan Semua Agama Benar dalam Sorotan Al-Qur’an oleh Muhammad Thalib (Menara Kudus, Jogjakarta 2003).


Bagaimana manhaj Islam Liberal?

Aliran Islam Liberal boleh dikenali melalui beberapa manhaj atau ciri-ciri yang semuanya mengarahkan kepada pembukaan dan pembebasan tafsiran agama. Berikut ini akan disenaraikan beberapa manhaj utama mereka yang penulis ringkaskan daripada pelbagai sumber mereka sendiri. Sebelum itu ingin penulis ingatkan para pembaca yang budiman sekalian bahawa sebahagian daripada manhaj yang bakal disenaraikan mungkin merupakan sesuatu yang tidak dapat digambarkan sebagai yang diusulkan oleh orang yang mengaku diri mereka sebagai umat Islam. Namun inilah yang dikatakan sebagai ‘Islam Liberal’, iaitu Islam yang “terbuka dan bebas daripada belenggu tafsiran lama ke arah tafsiran yang baru lagi segar demi kejayaan umat”.


Manhaj Islam Liberal tentang agama Islam.

Aliran Islam Liberal berpendapat agama Islam adalah agama yang benar. Namun pada waktu yang sama aliran Islam Liberal juga berpendapat semua agama selain Islam adalah benar juga. Apabila setiap penganut agama mendakwa hanya tuhannya dan ajarannya sahaja yang betul, itu hanyalah dakwaan yang relatif dalam konteks dia dan agamanya sahaja. Jika dilihat daripada konteks keseluruhan agama, maka semua agama yang memiliki konsep ketuhanan yang mengajar kepada kebaikan adalah sama-sama benar.
Manhaj seperti ini didirikan oleh Islam Liberal dengan tujuan supaya manusia yang menganut agama Islam dapat menggunakan sepenuhnya masa dan tenaganya untuk mencapai kemajuan tanpa dibazirkan kepada usaha membenarkan agamanya sahaja. Manhaj kesamaan antara agama merupakan manhaj utama aliran Islam Liberal. Bahkan ia adalah satu manhaj tersendiri yang unggul memandangkan agama-agama lain di dunia, sama ada yang masih tulen atau yang telah diubah suai, tidak ada yang mendakwa manhaj kesamaan antara agama. Keunggulan manhaj utama Islam Liberal ini bukanlah menunjukkan keistimewaan mereka tetapi sebaliknya menunjukkan keterdesakan mereka mengorbankan segala sesuatu demi mencapai kehendak akal dan nafsu mereka.


Manhaj Islam Liberal tentang al-Qur’an.

Aliran Islam Liberal membahagi wahyu kepada dua ketagori: wahyu bertulis dan wahyu tidak bertulis. Wahyu bertulis adalah al-Qur’an dan ia adalah teks semata-mata. Wahyu tidak bertulis adalah akal manusia dan akallah yang sebenarnya menghidupkan teks al-Qur’an berdasarkan tujuan, konteks dan suasana zaman. Maka dengan itu al-Qur’an adalah sesuatu yang hanya bersifat menerangkan tujuan-tujuan agama manakala akal manusialah yang menyesuaikannya selari dengan konteks zaman.
Sebagai contoh, terhadap firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [al-Maidah 5:38], tujuan yang sebenarnya dituntut oleh al-Qur’an adalah menjatuhkan hukuman kepada pencuri. Bentuk hukuman boleh berubah-ubah selari dengan peradaban manusia. Di zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam, bentuk hukuman adalah memotong tangan. Namun pada zaman kini bentuk hukuman boleh berubah kepada hukuman penjara selari dengan peradaban manusia.
Demikian manhaj ‘membuka dan membebaskan’ tafsiran al-Qur’an yang dipegang oleh aliran Islam Liberal atas alasan untuk memajukan umat Islam. Manhaj ini juga mereka guna pakai terhadap semua hukum-hukum al-Qur’an termasuk perkara ibadah, sehingga apa yang dipraktikkan pada zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam tidak semestinya dipraktikkan dalam bentuk yang sama pada zaman kini. Terhadap umat Islam seluruhnya yang tetap beristiqamah kepada ayat-ayat al-Qur’an, aliran Islam Liberal menyindir mereka sebagai “para penyembah teks” semata-mata.
Selain itu aliran Islam Liberal juga memiliki takwilan tersendiri terhadap beberapa ajaran al-Quran yang jauh berbeza daripada pegangan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah. Mereka menggariskan formula membaca al-Qur’an dengan metodologi yang baru. Hasilnya, aliran Islam Liberal berpendapat bahawa malaikat dan syaitan tidak wujud sebagai makhluk yang tersendiri melainkan ia adalah sikap baik dan buruk yang wujud saling bertentangan dalam setiap jiwa manusia (the good and evil sides of man). Syurga dan neraka tidak wujud melainkan ia adalah kesan psikologi kegembiraan dan kesedihan manusia. Hari akhirat juga tidak wujud melainkan ia adalah fasa manusia untuk berubah dari satu tingkatan ke tingkatan lain yang lebih matang dan sempurna. Cerita-cerita al-Qur’an tentang para Rasul, Nabi dan umat terdahulu sebenarnya hanyalah strategi demi keberkesanan dakwah. Para Rasul, Nabi dan umat terdahulu ini sebenarnya tidak wujud secara realiti. Sementara keimanan kepada Qadar dan Qada’ serta takdir tidak wujud, ia hanyalah salah tafsir umat terdahulu terhadap teks-teks al-Qur’an.
Mempercayai malaikat, syaitan, syurga, neraka, hari akhirat, cerita umat terdahulu serta takdir secara zahir hanyalah tahayul yang menghalang kemajuan umat. Selagi mana umat percayakan unsur-unsur tahayul tersebut, selagi itulah mereka akan terhalang daripada mencapai kejayaan yang bersifat hakiki.  Demikianlah beberapa takwilan dan manhaj sesat aliran Islam Liberal yang mereka bangunkan atas formulaRe-reading the Qur’an.


Manhaj Islam Liberal terhadap Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam

Sifat Nubuwah yang dimiliki oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam tidak lain hanyalah kemampuan seorang manusia untuk memimpin manusia yang lain (leadership values). Oleh itu siapa sahaja yang boleh memimpin boleh mengambil alih sifat nubuwah seumpama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam dalam memimpin manusia ke arah ciri-ciri yang baik. Demikian dakwa aliran Islam Liberal.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam – lanjut aliran Islam Liberal – hanyalah manusia biasa yang lazimnya berbuat silap dan benar. Namun umat Islam selama ini berpura-pura bahawa baginda adalah manusia yang sempurna, sehingga mereka juga – selain daripada menyembah teks al-Qur’an – juga menyembah Rasulullah. Yang benar peribadi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam tidak lebih hanyalah sebagai manusia biasa yang boleh dipuji dan dikritik. Justeru umat dituntut bersikap kritis untuk menimbang kelebihan dan kekurangan baginda.
Oleh kerana itulah kita dapati tokoh-tokoh aliran Islam Liberal – termasuk di Malaysia – tidak segan-segan untuk mengkritik Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam. Di antara mereka ada yang menuduh baginda bernafsu seks yang kuat dan memiliki banyak perempuan simpanan (gundik). Ada juga yang menuduh baginda bukanlah pemimpin negara Islam tetapi hanyalah sekadar pegawai daerah (DO – District officer) semata-mata.
Adapun sunnah-sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam, maka tanpa ragu aliran Islam Liberal berpendapat ia hanya releven untuk masyarakat arab zaman baginda, ketinggalan untuk dipraktikkan pada zaman kini. Justeru aliran Islam Liberal memandang orang yang berjanggut, bersiwak, memakai serban, jubah dan sebagainya sebagai orang yang ketinggalan zaman lagi tertutup mindanya. Apabila minda mereka tertutup, sudah tentu tertutup juga pintu-pintu kejayaan sehingga bila-bila.
Merujuk kepada beberapa peristiwa kemukjizatan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam, aliran Islam Liberal berpendapat ia hanya kisah-kisah yang direka cipta dan dibesar-besarkan (exaggeration) oleh orang-orang selepas kewafatan baginda. Contohnya ialah peristiwa Isra’ dan Mikraj, ia hanyalah mimpi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam yang dibenarkan ke alam realiti oleh orang-orang yang taksub terhadap baginda.


Manhaj Islam Liberal terhadap hadis-hadis.

Aliran Islam Liberal memiliki beberapa manhaj terhadap hadis-hadis Rasulullahshallallahu ‘alaihi wassalam, sekalipun yang termuat di dalam kitab Shahih al-Bukhari danShahih Muslim. Antaranya:
  1. Hadis-hadis tersebut tidak berasal daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam melainkan hanya ciptaan orang-orang yang ingin menjaga dan memanfaatkan kepentingan diri mereka.
  2. Hadis-hadis yang benar hanyalah yang bersifat mutawatir manakala hadis ahadbersifat samar-samar dan tidak menjadi tuntutan ke atas umat untuk berpegang kepadanya.
  3. Hadis-hadis yang mutawatir sekalipun, kebenarannya hanya dalam konteks kehidupan masyarakat Arab pada zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam. Ia tidak lagi releven untuk zaman kini kecuali sebagai kajian sejarah peradaban pada zaman baginda.
  4. Hadis-hadis tentang azab kubur, suasana hari akhirat (Padang Masyar, Titian Sirat, Pengadilan dsbgnya), Isra’ dan Mikraj, Dajjal, Penurunan Nabi Isa, fitnah-fitnah akhir zaman dan sebagainya hanyalah cerita rekaan para perawi hadis untuk memberi pengaruh kepada orang ramai pada zaman mereka. Sekalipun hadis-hadis ini tercatit di dalam kitab-kitab hadis sahih, pada hakikatnya ia hanyalah cerita-cerita tahayul semata-mata.
  5. Kesilapan paling besar yang dilakukan oleh para imam hadis adalah mereka hanya memberi tumpuan kepada para perawi hadis dan tidak kepada matan hadis. Seandainya mereka memerhati dan memberi kritik ke atas matan hadis, nescaya cerita-cerita tahayul sepertimana di atas tidak akan mereka masukkan dalam kitab-kitab mereka.
Demikianlah beberapa manhaj aliran Islam Liberal ke atas hadis-hadis dan para imam yang meriwayatkannya.


Manhaj Islam Liberal terhadap ilmu-ilmu Islam.

Ilmu-ilmu Islam seperti usul tafsir, usul fiqh, usul hadis, al-Jarh wa al-Ta’dil (kritik perawi hadis) dan sebagainya yang selama ini merupakan sesuatu yang baku di dalam disiplin ilmu-ilmu Islam diremehkan oleh aliran Islam Liberal sebagai buatan manusia (man made) yang tidak sunyi daripada pelbagai kecacatan dan kesalahan. Oleh itu aliran Islam Liberal tidak menghormati ilmu-ilmu di atas, jauh sekali daripada menggunakannya dalam tafsiran mereka untuk “membuka dan membebaskan” Islam.
Atas dasar ini juga aliran Islam Liberal membuka semula perbincangan, tafsiran dan ijtihad terhadap perkara-perkara yang sudah muktamad (qath‘iy) kedudukannya di dalam agama. Mereka mendakwa apa yang selama ini dianggap qath‘iy hanya relatif kepada pendapat manusiawi. Yang benar – menurut aliran Islam Liberal – perkara-perkara yang dianggap qath‘iy tersebut masih terbuka dan bebas kepada pelbagai kemungkinan dan maksud. Atas kepelbagaian ini mana-mana pihak tidak boleh mendakwa pendapatnya sahaja yang benar, bahkan semua pendapat adalah benar tanpa mengira sebesar mana luasnya jurang pendapat tersebut.
Senada dengan itu, aliran Islam Liberal juga tidak menghormati ulama-ulama dunia Islam daripada dahulu sehingga kini. Pada mereka ulama-ulama tersebut hanyalah manusia biasa yang dibelenggui dengan tafsiran jumud akibat daripada “penyembahan mereka terhadap teks dan kaedah-kaedah usul yang mereka cipta sendiri.” Oleh itu bukanlah satu keasingan apabila tokoh-tokoh aliran Islam Liberal secara terbuka menolak atau merendahkan pendapat seseorang ulama dengan alasan “Itu hanya perkataan ulama yang boleh kita terima atau tolak.”


Manhaj Islam Liberal terhadap hukum-hukum fiqh.

Aliran Islam Liberal memiliki kaedah usul tersendiri apabila merujuk kepada hukum-hukum fiqh, iaitu yang diambil adalah tujuan hukum dan bukan bentuk hukum. Bagi mereka, tujuan hukum adalah menjaga kemaslahatan manusia. Justeru bentuk hukum boleh diubah-ubah asalkan ia dapat menjaga kemaslahatan manusia sesuai dengan zaman yang mereka hidup.
Atas dasar ini, aliran Islam Liberal tidak segan-segan untuk merubah bentuk hukum yang sedia tertera di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Sebagai contoh, pembahagian harta faraid boleh diubah suai kepada apa yang ‘adil’ antara ahli waris, hak suami menjatuhkan talak diangkat manakala kes-kes penceraian hanya boleh diputuskan oleh hakim mahkamah, perkahwinan poligami dilarang, hak persaksian wanita dalam kes-kes jenayah adalah sama dengan lelaki, kes jenayah (hudud) boleh diubah suai bentuk hukumannya kepada peradaban sezaman – malah – asalkan sesebuah negara itu memiliki hukuman jenayah tersendiri ia sudah dianggap menepati tuntutan agama, arak tidak haram selagi peminumnya tidak mabuk, masa ibadah (solat, haji, puasa) boleh diubah suai kepada masa yang selesa untuk masing-masing individu dan pelbagai lagi.
Contoh paling masyhur dalam usaha aliran Islam Liberal untuk membuka dan membebaskan tafsiran hukum fiqh Islam ialah dalam bab aurat wanita. Di mana sahaja wujud aliran Islam Liberal, akan wujud juga penafsiran semula ke atas batas aurat wanita. Ringkasnya, aliran Islam Liberal mendakwa bahawa menutup aurat – khasnya memakai tudung – hanyalah peradaban masyarakat arab di zaman Rasulullahshallallahu ‘alaihi wassalam. Dalam abad-abad awal selepas kewafatan Rasulullahshallallahu ‘alaihi wassalam, bentuk pakaian bertudung dan menutup tubuh badan seluruhnya telah menyelinap masuk ke dalam syari‘at Islam sehingga dianggap sebagai salah satu kewajipan agama. Kewajipan yang sebenar – dakwa Islam Liberal – adalah apa sahaja bentuk pakaian yang dianggap sopan oleh masyarakat selari dengan tuntutan zaman dan peradaban.

islam liberal gertak sosial takutkan umat Islam
Oleh: ASTORA JABAT
MINGGU ini penulis akan meneruskan perbincangan mengenai isu Islam liberal. Minggu lepas penulis telah pun membincangkan tentang fitrah liberal dalam diri semua manusia dan sejarah kemunculan liberalisme pada abad pertengahan di Eropah serta kaitannya dengan tamadun Islam. Turut dibincangkan beberapa nama cerdik pandai Muslim di seluruh dunia yang memanggil diri mereka sebagai Islam liberal atau pihak lain yang memanggil mereka begitu.
Mana-mana pembaca yang tidak sempat membaca perbincangan penulis minggu lepas boleh membacanya di dua sambungan ini.
Sebagai lanjutan kepada perbincangan berkenaan penulis ingin memperincikan sedikit lagi tentang kecelaruan dan salah faham sesetengah cerdik pandai Muslim kita berhubung Islam liberal ini.
Perlu diterangkan bahawa Islam dalam istilah Islam liberal bukan dimaksudkan agama Islam, tetapi ia yang dimaksudkan orang Muslim serta ijtihad dan fahaman Islamnya. Dalam erti kata lain, Islam liberal itu bukan dimaksudkan membahagi dan memisahkan Islam menjadi liberal dan tidak liberal seperti tanggapan sesetengah cerdik pandai kita, tetapi aliran pemikiran orang Muslim.
Dalam konteks ini Islam liberal itu sebenarnya bermaksud orang Muslim atau pemikiran dan fahaman Islamnya yang bersifat bebas, sederhana dan terbuka.
Ia dianggap sinonim dengan istilah Islam madani (awam/sivil), Islam demokrasi, Islam moden, Islam progresif dan sebagainya.
Penggunaan istilah Islam liberal ini ada yang datang daripada mereka yang dikenali sebagai Islam liberal sendiri seperti Islam liberal di Indonesia kerana mereka sendiri yang menamakan diri mereka begitu. Ada media massa terutama media massa Barat memanggil dan menamakan para cerdik pandai Muslim tertentu sebagai Islam liberal termasuk Syeikh Mohammad al-Ghazali, Dr. Yusuf al-Qaradawi, Dr. Mohammad Amara, Fahmi Huwedi, Dr. Kamal Abu al-Magd dan lain-lain cerdik pandai Muslim yang berfikiran bebas, sederhana dan terbuka. Padahal mereka sendiri tidak memanggil dan menamakan diri mereka begitu.
Bagaimanapun, dalam suasana Islam dan umatnya menghadapi serangan dari setiap penjuru ini menyebabkan sesetengah cerdik pandai Muslim tidak membantah jika mereka dilabel sebagai Islam liberal oleh media Barat kerana mereka sendiri mahu dilihat sebagai berfikiran bebas, sederhana dan terbuka serta berbeza dengan puak-puak konservatif yang tiada pembaharuan dan memadai dengan status quo yang sedia ada di negara-negara Arab dan puak-puak pelampau agama yang menggunakan kekerasan dan keganasan untuk memerangi negara-negara Arab itu.
Demi mempelbagaikan pandangan dalam perbincangan mengenai Islam liberal ini penulis fikir amat tepat sekali dikemukakan di ruangan ini penelitian seorang penulis bebas yang benar-benar membuat penyelidikan mengenai Islam liberal, iaitu Fathi Aris Omar. Beliau kini sedang menjalankan kajian budaya dan media di Jakarta termasuk tentang sejarah, perkembangan dan wacana Jaringan Islam Liberal di Indonesia.
Sebutan penelitian Fathi disiarkan dalam forum di laman web penulis,http://www.astorajabat.com/
Di bawah tajuk `Islam Liberal' propaganda ciptaan Pas, tahu tak? Fathi menulis: ``Memang kata `Islam Liberal' - cuba dikaitkan dengan Jaringan Islam Liberal (JIL) atau beberapa wacana `bergengsi' di beberapa negara Islam - sudah ada pada aktivis agama kita. Namun, belum meluas. Tetapi peristiwa-peristiwa politik pada bulan-bulan terakhir di Malaysia mengetengahkan ungkapan dan label itu ke tingkat wacana popular masyarakat kita. Ia mahu dirembeskan ke ruang kesedaran awam.
``Label `Islam Liberal' dijadikan sejenis `gertak sosial' yang menakutkan supaya sebarang wacana perubahan dalam pemikiran umat Islam atau kritik agama mengalami jalan buntu. Sebab itu, pada hemat saya, label yang dibawa oleh aktivis agama kita ini akan membantut proses perubahan pemikiran orang Melayu. Ia boleh mencipta mental block atau hadangan nalar yang baru.
``Pemakaian label dan wacana `Islam Liberal' di negara kita dikaitkan dengan Sisters in Islam (SIS), gejala imam Amina Wadud, gerakan anti-hadis Kassim Ahmad, beberapa yayasan luar negara yang mempromosi demokrasi, program kerajaan yang dimusuhi mereka (misalnya `Islam Hadhari') atau artikel Astora Jabat di Mingguan Malaysia. Semuanya dipukul borong! Strategi seumpama ini memang ciri khas propaganda dan taktik `klasik' kepungan minda.
``Maka, tidaklah hairan, apabila kumpulan-kumpulan Islam di negara kita enggan sama sekali mengiktiraf satu kenyataan pahit ini - sememangnya di dalam tubuh umat Islam itu sendiri ada `rasa gelisah' yang sangat dalam. Rasa `gelisah' pada jawapan-jawapan dangkal dan tradisional, pada sikap-sikap mundur pemikir dan aktivis Islam, pada persoalan-persoalan semasa yang masih tergantung tanpa jawapan meyakinkan.''
Memang seperti biasa mesti ada yang pro dan kontra terhadap pandangan Fathi di atas. Bagaimanapun, penulis yakin bahawa mereka yang tidak bersetuju dengan pandangan Fathi tidak mempunyai hujah-hujah yang kuat untuk membuat sanggahan. Namun jika ada yang berfikir sebaliknya, silalah menyahut cabaran penulis dan hantarkan sanggahan mereka kepada penulis.
Insya-Allah penulis akan menilai dengan sebaik-baiknya untuk disiarkan dalam ruangan ini atau dalam ruang E-Pembaca.
Seterusnya Fathi dalam tulisannya berkata: ``JIL, Amina Wadud, Taliban, SIS dan Jamaah Islamiah (JI) itu bukan wacana Barat, Yahudi atau Amerika Syarikat seperti suka digembar-gemburkan oleh aktivis-aktivis agama. Kita selalu ingin menyisihkan mereka. Mereka bukan daripada ummah, begitulah nada kita demi menjaga air muka sendiri apabila telah terconteng arang. Ada sindrom sangkalan (denial syndrome) yang tebal bersarang bersama kita, sebenarnya.
``Sama seperti negara ini memenjarakan penganut-penganut Syiah, menafikan hak mereka untuk belajar di universiti Islam kita atau memecat mereka daripada menganggotai Pas. Hakikatnya, walau bagaimana nakal dan jahatnya `anak' kita, ``air dicincang, tidak akan putus.'' Sepotong tazkirah dari lagu dalam filem Ada apa dengan cinta?, ``Jujurlah pada hatimu.'' Untuk apa kita berpura-pura?
``Acara `Cabaran Islam Liberal' di Johor besok (15 Mei lalu) dengan rangka memanjangkan propaganda buruk Pas dan beberapa kumpulan Islam untuk mengepung pemikiran orang ramai.
``Kenyataan penganjur di laman-laman web Harakahdaily.net (7 Mei 2005) dan Malaysiakini.com (13 Mei 2005) menjelaskan segala-galanya.
``Isu asalnya mereka abaikan, iaitu persoalan (debat) tentang kawalan moral dari perspektif syariat, budaya Malaysia (atau Melayu) dan juga hak asasi manusia dan demokrasi. Sekali sahaja isu ini dibawa ketika Pas menghadiri forum bersama SIS anjuran `Malaysian Liberal Forum' yayasan FNS. Begitu juga soal cadangan mendirikan suruhanjaya antara iman (IFC).
``Kenyataan Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan pada 14 April 2005 mengajak orang ramai berdemonstrasi dengan memburuk-burukkan JIL - tanpa sebarang asas dan hujah (malah fitnah semata-mata). Saya petik sebahagiannya di sini:
``Pihak DPPWP memandang serius penglibatan Sisters In Islam - Jawatankuasa Kaukus Parlimen yang tidak bertanggungjawab serta mempergunakan nama persaudaraan Islam dan rakyat Malaysia untuk membawa ideologi Jaringan Islam Liberal (JIL) dalam masyarakat Malaysia.
``Di negara luar, khususnya Indonesia Jaringan Islam Liberal yang tumbuh bagai cendawan selepas kejatuhan kerajaan Islam Uthmaniah di Turki telah mewujudkan satu gelombang kegusaran baru dalam gelodak akidah umat Islam. Ideologi baru ini melahirkan akidah bidaah yang diinspirasikan dari pemikiran Kamal Attarturk ...''
``Beberapa aktivis kanan pertubuhan Islam juga berbuat hal yang sama. Saya kutip satu tulisan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) di sini:
`` ... era lahirnya pendakwah-pendakwah di pintu neraka. Salah satu aliran yang sedang menyerang dunia hari ini ialah Islam Liberal.'' (tulisan Dr. Danial Zainal Abidin pada 20 Mac 2005 di laman web JIM).
``Sementara dari ABIM pula, seperti berikut: ``Hipotesis kajian ini adalah bahawa adanya kesinambungan dan pengaruh yang kuat antara sekularisme, orientalisme, modenisme Islam dengan Islam Liberal.'' (Ditulis oleh Khalif Muammar A. Harris pada 12 Mei 2005 di laman web `Minda Madani Online').
``Penulis yang sama pernah juga mengupas satu artikel dengan judul `Islam Liberal dan Agenda Depolitisasi Islam' - satu gambaran yang tersasul benar daripada pergolakan `Islam Liberal'.
``Saya memang tidak mengutip lengkap di sini tetapi ternyata semuanya ini ke arah memburuk-burukkan, mencemarkan, distorsi (menyeleweng) perspektif dan fakta tentang banyaknya ragam pemikiran dalam tubuh umat Islam. Kata `Islam Liberal' dan malah kata `Islam' itu sendiri terlalu besar untuk menjelaskan sesuatu gejala (gambaran) dengan adil dan wajar.
``Mereka bercakap dengan jahil, berunsur fitnah, dangkal, serong dan dengan niat memburukkan pihak lain (dalam umat Islam), dan mereka namakan ini agama Allah atau dakwah? Wah... yang Pas pula, asal boleh perbodohkan orang, bodohkan lagi.''
Memang pedas kritikan Fathi tetapi benar. Kurang membaca dan malas mengkaji serta lebih suka mengutamakan pendekatan hukum daripada pendekatan dakwah menyebabkan itu menjadi begitu...
Perhatikan tulisan Fathi seterusnya. Beliau berkata:
``Perang ini perang psikologi taraf rendah, usaha mengepung minda kolektif. Ia bukan usaha membuka wacana yang mencerahkan akal tentang beberapa isu dasar awam (public policy) dan hubungannya dengan agama. Bukan mendidik rakyat memperhalusi isu, mengajar orang ramai tentang pokok dan isi persoalan negara (dan kaitannya dengan agama) secara rasional, kritis dan tenang. Tetapi, mengobarkan semangat bergerombolan (atau, herd mentality) dalam wacana politik. Ketika berdemonstrasi, mentaliti gerombolan disebut mob rule.
``Lagak mereka ini, seimbas lalu, seperti anak-anak hingusan - tidak mampu memujuk ibu bapa membeli barang kesukaannya, anak akan duduk mengeras diri, menghentak-hentakkan kaki atau meraung-raung sekuat hati tanpa mempedulikan sekeliling lagi! Jika tidak suka perlambangan anak ini, dalam bahasa politik, kita boleh sebut lagak aktivis Islam ini sejenis `pendekatan fasisme' dalam mengepung minda orang ramai.
``Pendek kata, mereka bercadang untuk `menang', meraih keuntungan politik, bukan untuk membentangkan posisi dan keyakinan politik mereka sendiri kepada rakyat agar orang ramai nampak jernih persoalan-persoalan, mempertimbangkannya dan kemudian membuat keputusan. Supaya fikiran masyarakat menjadi lebih berstruktur, berdaya analisis, matang dan tinggi tingkat penghujahannya; supaya rakyat `celik politik'.
``Minda awam yang `celik politik' akan cenderung independen, kritis dan tidak mudah dikawal lagi. Minda awam seperti ini diperlukan di negara kita ke arah pemupukan demokrasi. Tetapi Pas, kumpulan-kumpulan Islam dan UMNO sama sahaja - melemahkan pemikiran massa dengan menyebarkan propaganda selapis, berpihak, beremosi, pandangan sehala, dan tidak jamak perspektif.
``Semua isu awam akhirnya tidak jernih. Semuanya diselaputi nada cemas, amaran atau gertak psikologi. Wacana bertambah kusut, hujung dan pangkal isu tidak dikenali lagi.
``Oleh itu, umat Islam akan lambat berfikir secara independen untuk menentukan sikap sendiri, dan selama-lamanya mereka memerlukan kumpulan, parti atau ketua tertentu untuk memandu arah mereka. Siapa lagi yang boleh memimpin, kalau bukan puak-puak Islam ini?''
Harap baca dengan fikiran terbuka. Minggu hadapan penulis akan membincang pula tentang Islam liberal di Arab Saudi. Islam liberal di Arab Saudi muncul di kalangan cerdik pandai Muslim muda puak Wahhabi. Mereka dulu berfikiran konservatif dan tertutup, kini mereka berfikiran progresif dan terbuka. Mereka mengkritik ulama-ulama Wahhabi termasuk Syeikh Muhammad Abdul Wahab, pengasas puak Wahhabi. Mereka mendapat sokongan kerajaan Arab Saudi, tetapi sesetengah mereka dipenjara dua minggu lalu kerana tergopoh-gapah mengkritik kerajaan.

__________________________________________________________________________________
Islam Liberal, Satu Ancaman.
Hamba Allah| Tuesday, June 07, 2005 | 8 Komen »
Bismillahirrahmanirrahim...

Tergerak aku membaca ruangan agama Utusan Malaysia pada hari Ahad yang lepas. Tajuknya: Islam liberal gertak sosial takutkan umat Islam.

Oleh: ASTORA JABAT
MINGGU ini penulis akan meneruskan perbincangan mengenai isu Islam liberal. Minggu lepas penulis telah pun membincangkan tentang fitrah liberal dalam diri semua manusia dan sejarah kemunculan liberalisme pada abad pertengahan di Eropah serta kaitannya dengan tamadun Islam. Turut dibincangkan beberapa nama cerdik pandai Muslim di seluruh dunia yang memanggil diri mereka sebagai Islam liberal atau pihak lain yang memanggil mereka begitu.
Isu Islam Liberal sekarang, amat menakutkan kita. Kesucian Islam dicemari dengan pelbagai aliran pemikiran yang bertunjangkan nafsu. Antaranya tulisan <span>Astro</span> Astora Jabat yang sering menimbulkan kontrovesi seperti isu aurat dan juga persoalan azab kubur.

Maka aku berkesempatan untuk melayari web beliau. Aku tertarik dengan komen berkaitan dengan tajuk di atas. Satu komen yang baik untuk membalas hujah Astora Jabat.

Re: Islam liberal gertak sosial takutkan umat Islam (Score: 1)by KerisKontot on Monday, June 06 @ 10:16:22 BST
Aku tidak berkesempatan mengikuti ISU ISLAM LIBERAL yang lalu atas urusan kerja. Namun tidak tergerak pula hati untuk membaca arkibnya. Dengan sedikit masa yang ada tergerak hati untuk menjawab isu terbaru.

Aku tidak pasti samada Fathi Aris Omar di sini sama denagn Fathi Aris Omar yang pernah menulis di Malaysiakini dan Harakah. Tapi melalui tulisan dalam ruangan Islam FUndemantal ini aku dapati Fathi Aris Omar ini dan Astora juga adalah pengamal ajaran Islam Liberal.

Jadi, bagaimana orang yang mengamal fahaman Islam Liberal mahu mengatakan fahaman ini tidak salah?? Sudah pasti mereka akan bermati-matian mengatakan orang lain (PAS) cuba mengepung minda masyarakat.

Cuba kita lihat definasi ISLAM LIBERAL yang diberikan oleh Astora mengikut fahaman dia :Dalam konteks ini Islam liberal itu sebenarnya bermaksud orang Muslim atau pemikiran dan fahaman Islamnya yang bersifat bebas, sederhana dan terbuka.

Dengan definasi tersebut Astora secara tidak langsung mengatakan pemikiran pengamal ISLAM TULEN tidak bebas, tidak sederhana dan tidak terbuka. Bagaimana boleh ISLAM boleh berbeza2. Bukankah sumber ISLAM itu Al-Quran dan Al-Hadis? Apakah demi membenarkan perbuatan pemimpin kesayangan kita maka kita boleh menolak hukum hakam ketepi? Apakah maksud Astora bebas, sederhana dan terbuka bermakna yang haram boleh dan yang halal pun boleh?

Kenapa PAS selalu ditonjolkan dengan IMEJ yang negatif dan UMNO Imej yang POSITIF. Apakah kita pernah tengok Nik Aziz atau Haji Hadi menghadiri konsert Tsunami? Adakah kita pernah tengok Nik Aziz dan Haji Hadi berpakaian BOW TIE sambil diiringi artis2 separuh bogel dalam Majlis Sri Angkasa. Apakah kita pernah dengar Nik Aziz menyeru rakyat jauhi maksiat tetapi dia sendiri buat maksiat? Atau ada kita lihat Nik Aziz suruh anak orang buat baik tapi anak sendiri jadi hantu? Bagaimana dengan orang yang CAKAP SOAL ISLAM macam dialah ulamak besar, tapi anak bini sendiri tak tutup aurat. Tapi kenapa golongan ini diberi pandangan sangat positif? Lain tak bukan, golongan berfahaman ISLAM LIBERAL yang menguasai media. Maka kalau menutup aurat dikatakan tidak berfikrian terbuka atau sederhana.

Isu ISLAM LIBERAL bukanlah satu propaganda atau gertak sosial seperti yang difahami oleh golongan yang cenderong kearah islam liberal. Tetapi ini merupakan satu peringatan atau tazkirah kerana manusia sentiasa lalai tanpa peringatan. AlQuran itu bukan sekadar pemberitahuan malah juga sebagai peringatan. Rasul diturunkan untuk menyampaikan isi kandungan Al-Quran, kemudian diteruskan oleh ulama2 sehinggalah hampir qiamat nanti.

Orang yang menganggap peringatan oleh ulama2 sebagai satu gertak sosial adalah orang yang masih lena dibuai khayalan2 duniawi. Bukan Ulama PAS sahaja yang memberi peringatan akan bahayanya fahaman ISLAM LIBERAL ini. Malah mana2 ulama yang ikhlas dengan agama samada di Malaysia atau mana2 negara atas muka bumi pasti akan memberi peringatan yang sama.

Apa tujuan peringatan akan bahayanya Islam Liberal dilaungkan? Tidak lain dan tidak bukan untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Tetapi manusia sering salah anggap kasih sayang ulama kepada mereka sebagai satu gertakan sosial yang tidak bertanggung jawab. Akhirnya lahirlah golongan yang menolak hukum Allah atas alasan HAK ASASI. Inilah akibat salah faham akan agama. Ini berpunca dari pemisahan agama dengan dunia. Inilah sebenarnya maksud ISLAM LIBERAL. Yakni ISLAM hanya pada waktu ibadat khusus seperti puasa, solat, haji. Atau Islam hanya pada hari2 tertentu seperti pada sambutan Maulidurrasul, Awal Muharram. Kemudian Islam ditinggalkan pada hari Goyang Gerudi. Hak Asasi pula hanya dikuatkuasa bila anak Menteri Kabinet dan artis seksi ditangkap mabuk dalam disko. Tapi hilang bila IMAM ditangkap dan digari kerana mempertahankan Masjid Fatimah AlZahra di Ampang. Atau bila anak2 muda yang berimej Islam dikurung dalam penjara di Kamunting tanpa bicara. Inilah yang dikatakan Islam Liberal. Lebih tepat lagi fahaman Islam Liberal adalah di mana pengamalnya mahukan ISLAM mengikut kehendak mereka, bukan mereka ikut kehendak ISLAM. Maka lahirlah idea tiada seksa kubur, tak wajib tutup aurat.

Apakah amaran2 Rasulullah akan balasan neraka satu Gertak Sosial juga? Apa yang dibuat oleh ulama PAS selari dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah. PAS konsisten dalam mencegah maksiat. Bukan setakat suruhan malah dibuktikan oleh pemimpin2nya. Tetapi bagi aliran pemikiran ISLAM Liberal... Kasih sayang ulama dianggap satu gertakkan. Ceteknya pemikiran ini.. Sebenarnya pengamal ISLAM LIBERAL telah Terkepung mindanya dengan fahaman ciptaan sendiri sehingga tidak boleh menerima apa yang memang sudah tesurat dalam Al-Quran dan Al-Hadis.

Apakah mereka fikir ulama PAS menolak sains dan teknologi? Sehingga dikatakan tidak mempunyai pemikiran bebas, sederhana dan terbuka? Apakah mereka menganggap ulama PAS jumud kerana mempertahankan Hudud dan Qisas? Apakah mereka merasakan balasan syurga dan neraka hanya satu PROPAGANDA?? Apakah mereka fikir kewujudan ancaman Fahaman Dunia lain akhirat lain satu ciptaan PAS? Bukankah ada Parti yan memisahkan Politik dan Agama? Bukankah ada golongan Yang Memakai Nama Sisters In ISLAM tetapi menentang poligami, menentang undang2 akhlak atas nama hak asasi? Bangun kawan! Bangun! ini bukan mimpi atau propaganda...ini bukan cobaaan.. Ini Betul-betulllll. Insya Allah jumpa lagi.

Re: Islam liberal gertak sosial takutkan umat Islam (Score: 1)by KerisKontot on Tuesday, June 07 @ 04:34:31 BST

Terima kasih sdr Fathi kerana respons terhadap tulisan saya yang tidak pernah menjadi seorang penulis pro. Tidak pernah mempunyai kolum sendiri, tidak pernah pun keluar mana2 surat khabar atau majalah. Tetapi CUKUP POPULAR (Agaknya!) di laman web KMU (Kelab Maya UMNO) suatu masa dahulu. Tetapi tidak lagi menulis di KMU kerana pengendali tidak profesional. Apabila hujjah kita tidak dapat disangkal webmaster akan membuang tulisan dari laman.

Ok Fathi.. maaf sekiranya tersalah anggap aliran fahaman anda. Apa yang saya tulis adalah berdasarkan pembacaan terhadap tulisan anda yang lepas2. Contohnya satu artikel mengenai muzik yang mana tajuknya lebih kurang "Muzik adalah Bunyi bukan alat". Walau pun tidak setuju dengan tulisan tersebut tetapi tidak pula menolak 100%.OK, kembali kepada tajuk kita. Tulisan anda:

JANGAN pukul borong. Anda tidak berlaku adil pada realiti dan hujah sebenarnya. Jangan hanya sebut beberapa nama seperti Abdullah Na'em, Nasr Abu Zayd, Mohamad Arkoun, Hassan Hanafi SECARA UMUM & pukul borong kecuali secara fokus, berhati-hati & satu per satu ....

Sebenarnya saya tidak pukul borong dan tidak juga menyebut nama2 seperti di atas. Saya *****a memberi contoh TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi.

Saya juga tidak menyentuh atau menyanggah hujjah yang tidak menyebabkan rosak akidah. Apa yang saya jelaskan ialah bahayanya fahaman Islam Liberal bukan lah satu PROPAGANDA Pas atau pihak lain. Itu yang saya sanggah. Gerakan atau jaringan Islam Liberal memang satu ancaman kepada kesucian Islam yang syumul.
Walau pun Astora mengatakan definisi Islam Liberal bermakna sederhana, bebas. Tapi pada saya Islam Liberal bermakna: Islam Mesti Ikut Penganutnya, Bukan Penganut Ikut ISLAM. Ini bukan sekadar tuduhan tetapi kenyataan. Cuba kita lihat trend umat Islam arus perdana, mereka cuba menyesuaikan Islam dengan apa yang mereka hendak lakukan. Bukan ambil Islam dulu kemudian tengok sesuai atau tidak sesuatu yang hendak dilakukan.

Isu terbaru ialah pemberian jarum dan kondom per*****a kepada penagih. Kemudian cuba ditonjolkan bahawa ianya tidak bercanggah dengan Islam dengan memberi contoh kununnya IRAN pun sudah lama melaksanakannya. Tetapi apabila bab hukum Hudud tak pula mahu mencontohi IRAN dan negara yang sudah lama melaksanakannya. Inilah yang dikatakan liberal yang mana mereka cuba mengislamkan apa yang mereka rasa selari dengan fahaman mereka. Apakah dengan pemberian Jarum dan Kondom per*****a akan selesai masalah? Mungkin masalah AIDS saja selesai. Bagaimana dengan masalah zina dan masyarakat sampah? Apakah pemberian jarum dan kondom ini lebih baik dari cadangan Mufti Perak supaya penagih ini diasingkan dan dirawat disebuah pulau? Bukan kah ini lebih praktik.

Maksud saya lagi, ISLAM LIBERAL ini bukan propaganda. Cuba kita perhatikan, pelbagai nama yang canggih2 diberikan kepada ISLAM. Tetapi nama saja canggih.. tapi bagaimana dengan amalannya. Berbagai prinsip diberi namun semuanya dilanggari. Pada satu ketika diseru agar Rasulullah dijadikan Idola, pada masa yang lain orang yang sama juga meraikan para artis. Begitu juga pihak yang menjadi tonggak menolak undang2 akhlak bukan setakat muslim, tetapi anak kepada pemimpin "ulul amri"(kununnya), cucut cicit kepada alim tetapi walaupun iman itu tidak diwarisi sepatutnya kalau bapaknya benar2 ikhlas dengan Islam hadharinya.. orang pertama yang dihadharikan ialah anak dan bininya dulu.. Ini tidak suami bercakap soal ISLAM, bini menjaja kebaya nyonya yang sendat dan terbuka luas dadanya. Ini yang dikatakan Islam Liberal. Yakni tafsiran sesetengah orang bahawa niat saja yang penting bukan amalnya. Sebab itu kita selalu mendengar orang berkata '"aku, walaupun tak tutup aurat.. tapi aku tak mengata orang." Ini salah satu ciri2 liberal dalam Islam. Apakah mengata orang mesti semuanya salah??.

Mengenai tuduah Astora bahawa saya bersangka buruk kepada orang yang berbincang secara ilmiah, pada saya satu jari tunjuk kepada saya empat lagi tunjuk diri sendiri. Pertanyaan saya, kalau perbincangan secara ilmiah kenapa mesti buruk semua diletak kepada PAS dan baik diletak kepada kerajaan (UMNO). Kenapa apabila TG Nik Aziz mengatakan ALlah samseng tidak dibincangkan secara positif. Sedangkan apa yang dimaksudkan oleh TG Nik Aziz memang benar supaya manusia ini jangan tunjuk samseng kepada Allah kerana Allah Maha Samseng (AlJabbar) tapi samseng Allah tidak sama seperti samseng manusia. Kita lihat bencana Tsunami.. bagaimana samsengnya Allah.. bukan sahaja orang dewasa malah bayi yang tidak berdosa pun jadi korban tsunami. Malah orang tengah solat pun kena juga.

Tapi bila orang mengatakan hukum Allah zalim dan tidak sesuai zaman sekarang.. diberi pula pandangan positif oleh Astora. Sebenarnya Siapa yang tidak faham??? Seperti yang aku katakan bahawa me liberalkan Islam ialah menjadikan islam itu sesuai dengan sesuatu yang hendak dilakukan. Bukan melakukan sesuatu yang sesuai dengan kehendak Islam. Oleh kerana pandangan PAS tentang ISLAM adalah jelas maka golongan liberal pasti melabelkan PAS adalah ekstrem, tidak terbuka, tidak bebas. Sedangkan apa yang PAS terima dan tolak cukup jelas mengikut ajaran Al-Quran dan Hadis. Soal Hudud, Soal aurat, soal keadilan, soal hak asasi, soal rasuah, soal kesama rataan. Tidak ada satu pun yang bercanggah dengan ajaran ISLAM. Apakah kebaya nyonya, goyang gerudi inul, politik wang, roboh masjid, Anugerah Seri Angkasa, tahanan tanpa bicara, pusat perjudian terbesar Asia, kilang arak bersepah, kedai judi bersepah, pilih kasih... selaras dengan ISLAM?? Itu hanya sebagian kecil contoh. Kenapa Astora tidak membincangkan atau menjadikan benda2 ini sebagai tajuk2 utama artikel sekiranya ingin berbincang sebagai ilmiah. Contohnya kalau dulu sewaktu PAS memerintah Terengganu..digambarkan zalimnya kerajan PAS kerana "menghalau" pelajar Tadika KEMAS.. tetapi kenapa sekarang tidak pula digambarkan betapa Zalimnya UMNO merobohkan Masjid yang sudah 2 tahun digunakan di RTB BUJAL? Kalau Masjid RTB BUJAL dikatakan Sarang PAS... bukankah TADIKA KEMAS SARANG UMNO? Kalau perbezaan politik dikira.. apakah penyokong PAS bukan rakyat Terengganu?

Jadi Usah berdolak dalik dengan Perbincangan Ilmiah kalau kita sendiri pun berpihak.
Dalam soal Kassim Ahmad. Kenapa kebebasan bersuara hanya untuk Kassim Ahmad. KEnapa perlu pelajar2 IPT terikat dengan AUKU? Kenapa Harakah tidak dibenarkan sebagai akhbar Harian? Bukankah PAS juga ada hak untuk bersuara? Kenapa tidak diberi siaran Radio atau TV kepada PAS jika faktor kebebasan bersuara diguna pakai?

Kenapa pula kita bagi kebebasan bersuara kepada orang yang sudah terang2 bersalahan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah? KEnapa pula kita membela Aminah Wadud? Apakah keistimewaan Aminah Wadud berbanding Ummu Mukminin A'isyah? Sedangkan A'isyah sendiri tidak pernah diberi kebenaran mengimamkan Solat Jumaat atau solat jemaah kepada laki2 selepas kewafatan rasulullah. Adakah Aminah Wadud dengan pangkat Professor dan Doktor telah dijanjikan syurga?

Sebenarnya semuanya terletak kepada kita sebagai seorang penulis, mahu meletak yang benar ditempatnya atau sebaliknya. Kita boleh jadikan Nik Aziz sebagai idola dan kita juga boleh jadikan Nik Aziz sebagai musuh. Terserahlah kepada keikhlasan dan hidayah yang Allah kurniakan. Kalau kita cari keredhaan Allah.. kita akan selamat. Sebaliknya kalau Redha manusia jadi matlamat... nantilah Azab Allah yang sangat pedih. Terfikir atau tidak Astora, dengan tulisan yang tidak bertanggungjawab mengakibatkan manusia semakin jauh dari tuhan. Contohnya pasal aurat, pasal Azab kubur. Bukan soal kebebasan memberi pendapat yang penting tetapi tanggungjawab kepada Allah.

OK. Cukup setakat ini dulu. Harap maklum pendapat saya tidak mewakili PAS atau orang lain. Ianya semata2 pendapat saya
Mmm Panjang yerk.. Hehe Tak pe la, sapa baca abih, bertambah ilmu. Baca sikit, sikitlah ilmu. Tak gitu. Aku rasa, pendapat keriskontot baik untuk kita baca. Bahaya Islam liberal, perlu ditangani bersama. Ini bukan soal politik, tapi soal kesucian Islam. Menteri Islam Had hari pun mengaku bahawa Islam Liberal menyeleweng. Katanya:
KUALA LUMPUR 21 Mei - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin mengingatkan umat Islam di negara ini supaya tidak terpengaruh dengan fahaman Islam liberal kerana ia bertentangan dengan akidah dan syariat Islam.
Katanya, pegangan fahaman ini menyeleweng kerana ia hanya berlandaskan kepada sebahagian al-Quran sahaja di samping tidak mempercayai alim-ulama dan menolak disiplin ilmu serta syarat-syarat ijtihad yang ada dalam Islam.
Usaha-usaha yang dilakukan oleh Sister In Islam, sepatutnya harus disekat. Kerajaan perlu menyuarakan kenyataan rasmi terhadap Sister In Islam dan berusaha untuk menentang gerakan tersebut. Tapi, malangnya ada kaum kerabat dari pembesar negara terlibat sama secara langsung menyokong usaha SIS. Berhati-hatilah kita dengan hasutan nafsu Islam Liberal tersebut.

Kenapa lahir aliran Islam Liberal?
 Sejak lebih kurang satu abad yang lepas, terdapat dua fenomena yang banyak mempengaruhi psikologi umat Islam. Pertama adalah fenomena ‘penjajahan’ oleh negara-negara Barat ke atas hampir seluruh negara umat Islam. Kedua adalah fenomena ‘ketinggalan’ dari sudut sains dan teknologi di belakang kebanyakan negara-negara Barat. Apabila berhadapan dengan dua fenomena di atas, sikap umat Islam boleh dibahagikan kepada empat:

Pertama adalah mereka yang merasa putus asa secara keseluruhan dan duduk diam menerimanya sebagai satu ketentuan yang sememangnya merendah dan memundurkan mereka.

Kedua adalah mereka berpendapat agama adalah faktor penghalang bagi mencapai kekuatan dan kemajuan. Justeru untuk menjadi umat yang berkuasa dan maju, Islam perlu dipisahkan daripada kehidupan harian. Formula pemisahan ini yang digelar sekularisme terbukti berkesan mengingatkan bahawa semua negara Barat yang berkuasa lagi maju mempraktikkannya.

Ketiga adalah mereka yang juga berpendapat bahawa agama adalah faktor penghalang bagi mencapai kekuatan dan kemajuan. Namun untuk menyelesaikan faktor penghalang ini, mereka berpendapat caranya ialah membuka dan membebaskan agama daripada ajaran dan tafsirannya yang sekian lama telah menjadi pegangan umat. Kelemahan dan kemunduran umat Islam dianggap berpunca daripada belenggu kejumudan umat dalam menafsir dan mempraktikkan agama Islam. Kumpulan ketiga inilah yang digelar sebagai aliran Islam Liberal.

Kelompok terakhir adalah mereka yang mengakui akan hakikat kelemahan dan kemunduran yang dialami umat. Namun hakikat ini tidak mereka persalahkan kepada agama atau selainnya kecuali terhadap diri mereka sendiri dan umat Islam seluruhnya yang telah leka daripada berpegang dan mempraktikkan ajaran Islam yang sebenar. Oleh itu untuk kembali kuat dan maju, umat Islam perlu mempelajari, memahami dan mempraktikkan semula secara sepenuhnya ajaran Islam yang asli lagi tulen. Formula ‘Islam Sekular’ atau ‘Islam Liberal’ tidak menjadi pilihan kelompok keempat ini kerana ia  bukan cara untuk mencapai kekuatan dan kejayaan yang sebenarnya. Kekuatan dan kejayaan yang sebenar hendaklah diukur dengan necara wahyu Illahi yakni Islam yang berteraskan al-Qur’an dan al-Sunnah, bukan neraca peradaban Barat yang berteraskan materialisme dan hawa nafsu. Golongan keempat inilah yang benar. Insya-Allah dengan kesungguhan mereka, kekuatan dan kejayaan akan kembali ke tangan umat Islam.

Yang paling menjauhi kebenaran adalah kelompok ketiga, iaitu kelompok Islam Liberal. Secara lebih terperinci, kelompok Islam Liberal adalah aliran yang muncul kerana kesan psikologi kekerdilan diri (inferiority complex) yang dihadapi oleh sebahagian umat Islam hasil penjajahan dan kemunduran yang dihadapi oleh mereka. Kesan kekerdilan ini diburukkan lagi dengan sikap tergiur lagi menyembah kepada negara-negara Barat yang menjajah lagi maju sehingga menyebabkan mereka sendiri terasa hina, bodoh, diperbudak dan hilang kejatian serta kebanggaan diri. Semua ini menghasilkan satu rumusan bahawa untuk mencapai kekuatan dan kemajuan, caranya adalah meniru segala formula peradaban yang dipraktikkan oleh negara Barat. Rumusan ini tidak akan berjaya selagi mana tidak dibuka dan dibebaskan tafsiran Islam daripada kejumudan pegangan umat selama ini....

0 comments:

Post a Comment