Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

Ainul Mardhiyah

Mukaddimah:
Bidadari  merupakan  salah  satu  anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki  syurga.  Bagi  seorang  wanita  yang  solehah  maka bidadari bagi suaminya  adalah  dikalangan  bidadari2  kurniaan  Allah   dan  dia (isteri solehah  merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari tersebut).  Berjihad pada agama  Allah  merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan  sunnah  besar  nabi  SAW  dan  kalangan  sahabat-sahabat. Setiapmanusia  yang  mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya  dihabiskan.

Al-kisah...
Ainul  Mardhiah  merupakan  seorang  bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari  yang lain (nama puteri bongsu saya - bermaksud mata yangdi  redhai).  Suatu  pagi  (dalam  bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita  semangat  di  kalangan  sahabat  untuk  berjihad pada agamaAllah)  katanya  siapa-siapa  yang  keluar  di  jalan  Allah  tiba-tiba  iashahid,maka  dia  akan  dianugerahkan  seorang  bidadari yang paling cantik dikalangan  bidadari2  syurga.  Mendengar  berita  itu seorang sahabat yang usianya  sangat  muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut....  tetapi  dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat  yang  lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang  akan  keluar/pergi.  Sebelum  Zohor  sunnah  nabi akan tidur sebentar(dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama....

Dalam  tidur  tersebut  dia  bermimpi  berada  di  satu  tempat yang sngguh indah,dia  bertemu  dengan  seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan  muka  yang  berseri2  lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab  inilah  syurga.  Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul  Mardhiah...  lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihatkecantikan begitu... takpernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia  bertanya  andakah  ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk...saya   khadamnya   ainul   mardhiah   ada   di   dalam   singgahsana  sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi  sedang  mengelap  permata-mata  perhiasan  di dalam mahligai.... lalu diberi  salam  dan  di  tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itumenjawab...  eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini... ainul mardiah  ada  di  atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke             satu            mahligai            dan            mendapati seorang   wanita   yang   berganda-ganda   cantik   dari  yang  pertama  dan berganda-ganda  cantiknya  dari  yang kedua.... dan tak pernah dia lihat didunia.... lalu wanita itu berkata ... akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untuk  kamu  dan  kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......

Tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agarjangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia shahid, barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid.

Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka  puasa  maka  mereka  telah  menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan   adalah   satu  sunnah  nabi).  Maka  kawan  sahabat  yang  shahid tadi  telah  bangun  dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi   yang   syahid   tadi...   dalam   menceritakan   itu  nabi  menjawab benar...benar...  benar...  dalam  sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata  memang  benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu     untuk     berbuka     puasa     di    syurga....subhanallah...

Kesimpulan cerita ini....Tiada  rehat  atau terputusnya kehidupan selepas hidup di dunia.. selepas seseorang  mati  maka          kehidupanya  terus bersambung  dengan  kehidupan  barzakh,  akhirat.... Kehidupan akhirat adalah  satu  perjalanan  yang cukup jauh dan cepat untuk tiba.... kalaulah suatu  perjalanan kita dari Malaysia ke Amerika yang mana kehidupan di sana menjanjikan  kehidupan  yang  lebih  baik  maka sudah pastilah bekalan yang banyak telah kita buat.... jual tanah, jual lembu kerbau, jual kereta untuk membuat   bekalan   ke   sana  kerana  kehidupan  disana  akan  menjaminkan kebahagiaan  dan  segala yang tergadai ini dapat kita kecapi semua.... makaa patah  lagi  kehidupan akhirat lebih-lebih  perjalanannya nun jauh di sana dan  tiada  sebarang perjanjian untuk hidup bahagia melainkan bekalan taqwadan  iman  yang  sempurna  serta amal yang soleh... semoga kita semua dapat amal dan sampaikan....

0 comments:

Post a Comment