Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

SIAPAKAH KITA....???


Siapakah Orang Yang Sombong…???
Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allahu Rabbana, Tuhan sekalian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah Orang Yang Telah Mati Hatinya…???
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat al-Qur'an, Hadis dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat. Mereka merasakan diri mereka telah sempurna dengan apa yang telah ada pada diri mereka.



Siapakah Yang Dungu Kepala Otaknya…???
Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu melakukan amal dan menjalankan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah Orang Yang Kuat…???
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan. Sepertimana semua orang maklum, api kemarahan ini datangnya daripada syaitan. Andai dapat melawan sifat amarah ini, bermakna kita dapat mengelakkan diri daripada ‘zalim’.

Siapakah Orang Yang Lemah…???
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu. Mencegah kemungkaran adalah menjadi satu kewajipan diri kita sebagai seorang muslim yang mukalaf.
“Barangsiapa yang melihat kemungkaran, cegahlah ia dengan tangannya ( yakni dengan kuasa ). Andai tidak mampu, cegahlah ia dengan  lisanmu ( kata-kata yang baik ). Andai tidak mampu jua, cegahlah ia dengan hati ( yakni membenci dan menjauhi kemungkaran dan mendoakan yang baik ). Dan itulah selemah-lemah iman.”

Siapakah Orang Yang Bakhil…???
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas penghulu kita, junjungan Agung, Rasulullah s. a. w.
“Sekali kita berselawat kepada Nabi , malaikat akan selawat ( mendoakan ) ke atas kita sebanyak sepuluh kali.” atau sedemikian itu…

Siapakah Orang Yang Buta…???
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran, keagungan kitab suci lagi mulia yakni  al-Quran Karim dan tidak mahu mengambil pengajaran dan intifadah yang terkandung di dalamnya.

Siapakah Orang Yang Tuli…???
Orang yang tuli adalah orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya. Semestinya dalam majlis ilmu sama ada formal ataupun tidak formal.
“Jadilah orang yang berilmu (alim), atau orang yang menuntut dan mempelajari ilmu, atau orang yang mendengar akan ilmu, ataupun orang yang mencintai ilmu ( mencintai orang yang berilmu, orang yang mempelajari dan orang yang mendengar ilmu ), dan janganlah kamu menjadi orang yang kelima maka celakalah kamu.”

Siapakah Orang Yang Sibuk…???
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s. Andai kita perhatikan dan mempelajari kisah Nabi Allah yakni Sulaiman a.s. , beliau bukan sahaja seorang nabi bahkan menjadi pemimpin diantara pemimpin. Yang mana bukan sahaja mentadbir manusia, malah mentadbir ‘kerajaan’ selain daripada manusia iaitu haiwan dan jin. Lebih hebat lagi daripada zaman masa kini yang dikatakan zaman serba moden, serba maju. Sibuk dengan urusan dunia sehinggakan melupai tanggungjawab dan amanah sebagai hamba Allah.

Siapakah Orang Yang Manis Senyumannya…???
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang apabila ditimpa musibah, dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi raajiuun."  Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Ya Tuhanku, Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
“Ukirlah senyuman yang paling manis kerana selain sedekah,senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati & senyuman itu tidak menyakitkan bahkan menjadi penawar hati yang sakit..”

Siapakah Yang Menangisi Air Mata Mutiara…???
Orang yang menangis air mata mutiara adalah orang-orang yang sedang  bersendirian lalu dia mengingati akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya yang telah lepas lalu mengalir air matanya.
“Sesungguhnya kesempurnaan taubatmu bila mana kau mengingati pada dosamu, kesempurnaan amalmu bila kau menghindarkan ujub dan kesempurnaan syukurmu bila kau menyedari akan kekuranganmu..”

Siapakah Orang Yang Kaya…???
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dengan dirinya dan tidak tamak haloba akan kenikmatan dunia yang sementara ini. Kebanyakan orang masih mahu mencari harta walaupun hartanya sudah bertimbun, adakah itu dinamakan kaya…??? Andai kayanya seseorang dengan harta benda yang bergunung – ganang, biarlah ianya seiring dengan kayanya amal, budi, akhlak pekerti yang terpuji.

Siapakah Orang Yang Miskin…???
Orang yang miskin adalah orang tidak pernah merasa puas dengan nikmat yang ada di sisinya dan sentiasa mengumpul  harta sekehendaknya. Seolah – olah dirinya masih lagi miskin dan berhajatkan sesuatu. Tidak pernah ada rasa syukur dengan apa yang ada pada dirinya.

Siapakah Orang Yang Pandai…???
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap sedia untuk hari kematiannya  kerana  dunia ini pendek usianya sedangkan akhirat adalah hamparan kita yang kekal abadi. Perlu diingatkan, bertambahnya usia seseorang yakni kita bermakna umur kita semakin pendek dan ajal kita semakin dekat dan hampirnya kita dengan saat kematian dan dekatnya kita dengan pertemuan untuk kita bertemu dengan Allah s.w.t.

Siapakah Orang Yang Bodoh…???
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan. Samalah jua dengan orang yang mencari isi dunia sedangkan langsung tidak mencari persediaan untuk akhirat. 
“Carilah dunia seolah-olah engkau akan hidup seribu tahun lagi dan beribadatlah kamu seolah-olah ia amal ibadat kamu yang terakhir..” atau seumpamanya.

Siapakah Orang Bijaksana…???
Orang yang bijaksana adalah orang yang senantiasa ingat akan kematian. Setiap jiwa yang bernyawa pasti akan menemui kematian tidak kira apa jua sekalipun.
“Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu ( bila sampai ajal ) , sekalipun kamu berada dalam benteng - benteng yang tinggi lagi kukuh..”



************************************************************

2 comments:

MujahidahIslamiyah (Nurul Iman_Pedang Islam//Amelia) said...

syukran utk peringatn dn pengetahuan ini...^^

Darwisy Sufi said...

afwan..skdar perkongsian buat kita bersama..

Post a Comment