Ego manusia masih lagi menggunung tinggi walaupun di bulan mulia
ini. Apa tidaknya, saat ‘pintu syurga’ yang terbuka
luasnya masih ada lagi yang tidak endah dengannya hatta masih ada yang bersikap
ingin ‘menutup’ akan ‘pintu syurga’ itu. Jadi,
nikmat mana lagi wahai makhluk kerdil ingin dikau pertikaikan…???
Takabbur manusia yang ingin ‘membuka’ akan ‘pintu
neraka’ yang telah Dia tutupkan serapatnya di bulan Ramadhan ini. Bahang bahana
dan bala di dunia sementara ini seringkali dikeluh kesah apatah lagi azab
neraka yang entah bagaiman perit pedihnya. “Nikmat
mana lagi yang ingin dipersoalkan lagi..???”
Saat syaitan iblis laknatullah dibelenggu sepanjang Ramadhan ini, masih
ada lagi yang ingin ‘menjejak’ dan ‘bersikap’ seperti kaum
durjana ini. Bahkan ada lagi yang lebih hina dan mencampakkan kehinaan pada
diri sendiri. Makhluk terkutuk dirantai daripada menghasut keturunan Adam dan Hawa di bulan
yang dimuliakan ini namun sebahagian manusia pula yang cuba mengambil alih ‘tugas’ makhluk
durjana ini.
Bahagia benar syaitan iblis kerana sudah ada ‘pengikut’ setianya.
Nafsu yang tidak dirantai tidak dihalang tidak terbelenggu biarpun
datangnya Ramadhan. Segala macam nafsu bersarang dalam jiwa-jiwa
manusia. Jiwa yang sekian lamanya berputik sifat mazmumah sedikit demi
sedikit. Hinggakan sampai satu tahap melampaui batas merentasi sempadannya.
Tidak hairan bila ada makhluk yang mengaku sebagai Tuhan seperti Firaun..
Tidak pelik bila mana ada yang berani mengaku sebagai nabi dan utusan Allah sesudah
wafatnya Rasulullah s.a.w..
Tidak kurang yang mengaku sebagai Imam Mahdi.
“..Bila iman menjadi taruhan..”
Dan kini…
Ramadhan 1437H bakal meninggalkan kita. Bersiap sedia
pergi untuk kesekian kalinya. Apakah kan ketemu lagi selepas 11 bulan mendatang.
Apa yang kita raikan buat ‘tetamu’ agung kita
ini. Pada awalnya diberi kesempatan untuk memperoleh akan rahmat Allah
swt. Kemudiannya pula pada fatrah yang kedua kita diberi peluang
supaya diampunkan oleh-Nya. Maghfirah. Dan bila
masa masuknya fatrah yang terakhir, pastinya kita mengharapkan pembebasan
daripada seksaan dan azabnya neraka Allah Taala.
Sayangnya hanya segelintir makhluk sahaja yang mengambil peluang dan
kesempatan yang singkat selama sebulan ini. Tidak kurang juga yang sekadar “…terawih tu
menda sunat ja pun...”. Ya, amalan sunat yang hanya diberi penilaian
oleh Allah. Amalan yang tiada pada umat yang terdahulu. Namun, ganjarannya
hanya Dia sahaja yang mengetahui.
Macamlah terawih ada pada bulan-bulan selain dari Ramadhan.
Bukti kasih sayang Allah Taala kepada umat
Nabi Muhammad saw, maka diberi satu bulan yang penuh
dengan kelebihan berbanding umat yang terdahulu. Diberi pula akan suatu malam
yang bertuah. Malam ‘cabutan bertuah’. Semestinya
lailatul qadr. Hanya yang terpilih sahaja mampu
merasai nikmatnya. Nikmat ‘kehidupan’ dunia
selama 1000 bulan.
Ramadhan itu..
Tetap bertandang..
Biar dirinya sedar tidak dipeduli..
Biarpun sedar diri tak diendahkan..
Datang ia tidak pernah mengeluh..
Bertandang ia tanpa keluh kesah..
Hadirnya penuh berkat..
Hadir ia bersama rahmat..
Apakah kita peroleh syafaat..
Menjadi pembela di hari akhirat..
9 comments:
uc satın al
yurtdışı kargo
lisans satın al
özel ambulans
en son çıkan perde modelleri
en son çıkan perde modelleri
minecraft premium
nft nasıl alınır
Good content. You write beautiful things.
hacklink
sportsbet
taksi
mrbahis
vbet
korsan taksi
hacklink
vbet
sportsbet
betmatik
kralbet
betpark
tipobet
slot siteleri
kibris bahis siteleri
poker siteleri
bonus veren siteler
mobil ödeme bahis
QL04T5
girne
gölcük
görükle
güngören
izmit
İWG
salt likit
salt likit
UADJ
kasmalı oyunlar
resimli magnet
silivri çatı ustası
çerkezköy çatı ustası
referans kimliği nedir
7YS3JM
https://saglamproxy.com
metin2 proxy
proxy satın al
knight online proxy
mobil proxy satın al
EC1H4
شركة تنظيف بالقطيف vbVNWqhxpQ
شركة مكافحة حشرات بالجبيل EnbZtEsCYR
Post a Comment