Mungkin ada wanita yang berhajat untuk mempersuamikan lelaki yang masih ’teruna’ walaupun rata-ratanya dan kebanyakan wanita sekarang ini lebih suka memilih yang ‘berpengalaman’ ataupun dengan kata lain…duda atau suami orang lain. Maaflah kalau-kalau kenyataan ini tidak benar. Ini adalah sedikit perkongsian sebagai panduan untuk anda mengenali samada seseorang lelaki itu masih teruna atau tidak. Jangan pula ada yang melenting.Apa jua sekalipun, Wallahua’lam..
1. Lelaki teruna suka mengintai-intai (curi pandang) perempuan cantik pada wajah atau muka berbanding lelaki yang tiada teruna pula gemar melihat akan postur tubuh wanita.
2. Lelaki teruna akan segera mengalihkan pandangan apabila ditentang mata oleh wanita cantik manakala lelaki tak teruna akan mengekalkan pandangan mereka.
3. Lelaki teruna akan menundukkan kepalanya apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira (kawal senyuman) tetapi lelaki tak teruna pula akan menunjukkan reaksi bersahaja.
4. Lelaki teruna malu membuka mulut untuk makan atau bercakap di hadapan wanita yang cantik.
5. Lelaki teruna seperti ‘kena interview’ apabila bercakap dengan perempuan dan badannya sedikit kaku.
7. Lelaki teruna agak membosankan apabila bercinta dan gayanya agak “nerd”, gemar berlagak kononnya dialah hebat hanya semata-mata untuk menarik pasangannya.
8. Lelaki teruna juga sanggup menghabiskan banyak wang untuk pasangannya untuk menambat hati pasangannya.
9. Lelaki teruna, hatinya terlalu sensitif. Oleh sebab itu, mereka akan sering menghubungi pasangannya sehingga dapat dan mereka akan rasa sedih yang amat sangat apabila diabaikan.
10. Lelaki teruna sering membesar-besarkan (walaupun tidak sebesar mana) pasangannya dan mengatakan orang lain tak cantik. Mereka akan bercerita tentang pasangannya dan memuji-muji pasangan masing-masing apabila berbual dengan kawan-kawan. Kiranya dialah yang paling bagus sekali.
Artikel ini sekadar bersahaja. Kalau ada yang benar, baguslah. Tetapi andai kata ada salah silapnya, ada cacat celanya..anggap sahaja ia sekadar merehatkan minda seketika. Ada kalanya sesuatu perkara perlu diambil serius dan ada kalanya sesuatu perkara tidak perlu diambil serius. Kiranya sebagai ilmu santai. Kalau tidak dapat semua, jangan tinggalkan semuanya. Maaf andainya ada yang terasa dan kurang senang dengan ana.
4 comments:
em abg..ble bce ni tringt kt my bf..ad yg kne yg dye 2 teruna, p ad jugak yg x...
s0 it's mean..my bf???
hahahaha...kis..kis, xtau la nak kta..cba tnya bf kis ja la..baru tau jwpn sbnr...
salam darwisy..
macam mane ya wanita tidak cantik nk menguji ke'terunaan s'org lelaki???hihi..
^_^
wasalam tqah..
kecantikan ni semuanya milik Allah..skurgnya klu tidak cantik pada anggota,biarlah cantik pada akhlak, budi pekerti..kecantikan dalaman lebih afdhol dr luaran..insyaAllah..ada yg tertaut hatinya..mampu cair hati seorang lelaki..
(^_^)
Post a Comment