Tanggal 1 April setiap tahun merupakan salah satu tarikh pilihan yang dinanti - nantikan oleh sebahagian manusia diakui olehku yang mempunyai akal di mana boleh juga digelar berakal oleh sebahagian orang. Yang pastinya bukan semua orang. Kenapa dikatakan sebegitu…??? Kerana orang utan juga digelar orang hanya kerana ada istilah ‘orang’. Sekadar sampingan bacaan sahaja. Usah difikirkan tentang orang utan tapi fikirkan tentang orang yang ‘bernama’ manusia. Ana khususkan buat yang beragama Islam. Islam agamanya. Dikatakan ada akal dan mungkin juga tahu bagaimana caranya hendak menggunakan akalnya. Rasa-rasanya begitulah.
Berbalik kepada isu dan matlamat asal artikel ini iaitu 1 April. Kenapa dibicarakan tentang 1 April. Bukan tarikh lain. Sengaja tarikh ini jadi pilihan untuk artikel kali ini kerana “dalam yang tersurat ada yang tersiratnya…” Kebanyakan manusia akan meraikan tarikh ini dengan senda gurau di pengakhirannya. Pada tarikh inilah manusia akan mencari kaum kerabat atau rakan - rakan untuk dipermainkan sebagai menyambut ‘April Fool’. Apa itu April Fool. Takkan hanya tahu nak menyambut dan meraikannya sahaja tetapi tidak tahu dari mana datangnya istilah ini. Ibarat membabi buta dan membuta tuli walaupun belum ketemu babi yang buta. Yang pastinya siapa yang buta pada hakikatnya…??? Soal diri sendiri, soal hati dan tanyalah iman di dada. Maaf kalau - kalau ada yang tidak selesa dengan istilah dan ayat yang dibicarakan sebentar tadi.
Tarikh ini kebanyakannya diraikan oleh anak - anak muda tidak kurang jua yang bergelar dewasa. Sebabnya April Fool ini tidak dikhususkan buat belia remaja sahaja. Segala macam senda gurau akan terjadi pada tarikh ini hanya kerana keseronokan. Di sini ana nak datangkan sedikit artikel yang banyak terdapat di ruang internet tentang April Fool ini. Peringatan…
“Sewaktu zaman persekolahan dahulu, mungkin antara kita pernah terbaca tentang suatu tragedi yang berlaku pada 1hb April ini. Seorang suami yang jahil tentang agama, telah mengucapkan, 'Aku ceraikan kau dengan talak 3' pada isterinya dengan niat untuk melawak. Isterinya yang pada mulanya terpinga - pinga terus meraung apabila si suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan 'April Fool!'. Selepas itu, giliran si suami pula untuk meraung apabila diberitahu bahawa talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!! “
Isu di atas ana peroleh di kebanyakan maklumat tentang April Fool.
“………..“Namun tahukah Anda jika perayaan tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah pembantaian tentara Salib terhadap Muslim Spanyol yang memang didahului dengan upaya penipuan? Inilah sejarahnya yang disalin kembali sebagiannya dari buku Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Halloween: So What?
(Rizki Ridyasmara, Pustaka Alkautsar, 2005)”………….”
Peristiwa April Fool yang kebiasaannya diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya bermula dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day bermula dari satu episod sejarah hitam yang akan dikenang bagi umat yang mengambil tahu akan Islam iaitu tragedi yang menimpa Muslim dan umat Islam Sepanyol. Hakikat yang sebenarnya tarikh ini disambut sempena kejatuhan Islam di Sepanyol. Kejadian ini berlaku pada tahun 1487 M bersamaan dengan 892 H. Tidak ramai yang tahu akan sejarah ini. Kerana sejarah Islam kian dilupakan oleh umat Islam sendiri. Sedih.
Sebelum sampai pada tragedi tersebut, ada baiknya menoleh kembali sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan dan pemerintahan Islam.
Sejak dibebaskandan ditakluki Islam pada abad kelapan Masihi oleh Panglima Islam, Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur - ansur berubah menjadi satu negeri dan kawasan yang makmur dan sejahtera. Pasukan Islam tidak saja berhenti di Sepanyol, malah meneruskan dalam penyebaran Islam dan melakukan pembebasan di negeri - negeri di sekitar perjalanan menuju ke Perancis. Selatan Perancis dengan mudahnya dapat dibebaskan dan dikuasai Islam. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh ke dalam penaklukan Islam. Walaupun dianggap kuat dan masih gah, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang merupakan satu kawasan di kawasan pergunungan.
Islam telah hadir dan bertapak malah memberi sinar di Sepanyol. Cahaya Islam yang kian menerangi Sepanyol. Hanya kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka ramai orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan semata - mata hanya beragama Islam, namun mereka benar - benar menjalankan kehidupan mereka dengan kehidupan seorang Muslim. Kehidupan Islamiah. Mereka tidak hanya membaca Al - Quran dan bertadabbur malah mempraktikkan kehidupan mereka dengan ajaran berpandukan Al-Quran. Mereka menolak keras tentang muzik, minuman keras, pergaulan bebas antara laki dan perempuan dan juga segala macam bentuk larangan yang sememangnya terkandung dalam kitab suci Islam itu, Al Quran. Suasana aman damai dan tenteram itu belaku hampir enam abad lamanya.
Pada masa itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal apa itu erti penat lelah terus berupaya semampunya untuk menghapus dan membersihkan Islam dari Sepanyol, namun segala usaha percubaan mereka gagal. Telah beberapa kali cubaan mereka untuk melenyapkan Islam namun semuanya tidak berhasil. Maka diambil satu cara dengan menghantar perisik ataupun ‘orang dalam’ untuk mempelajari dan menyelidik sumber kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya satu jalan dan satu cara yang perlu mereka lakukan untuk melemahkan Islam di Sepanyol adalah dengan melemahkan iman terlebih dahulu melalui serangan pemikiran minda dan budaya. Diterapkan sedikit demi sedikit ke dalam tatasusila umat Islam.
Maka secara diamnya musuh Islam mengirim dan membekalkan alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik - muzik diperdengarkan untuk membujuk dan menarik golongan muda - mudi agar lebih suka berhibur, bernyanyi dan menari berbanding dengan membaca al - Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang ditugaskan untuk memecahbelahkan umat Islam Sepanyol. Walaupun mengambil masa yang lama, tuaian hasilnya berbuah. Akhirnya pemerintahan Islam Sepanyol jatuh dan telah dikuasai pasukan tentera Salib. Serangan dan penindasan oleh tentera Salib benar - benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal erti kemanusiaan. Umat Islam bukan sahaja ditindas dan diperlakukan seperti binatang, malah penduduk tempatan, gadis dan wanita, anak - anak kecil, orang tua, dan keseluruhannya di tanah Sepanyol diperlakukan dengan kejam dan sadis.
Satu demi satu daerah di Sepanyol jatuh dan diambil alih oleh Kristian, Granada adalah daerah terakhir yang ditakluki musuh Islam itu. Penduduk Islam di Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah masing - masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar dan mengasak mereka dengan kepelbagaian cara.
Ketika saat jalan - jalan lenggang dan sepi, yang ada hanyalah mayat yang bergelimpangan yang dipenuhi darah. Darah yang membasahi bumi Sepanyol itu, tentara Salib mengetahui bahawa masih ramai lagi Muslim Granada yang bersembunyi di rumah - rumah. Dengan lantang tentara Salib membuat satu pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dan tempat persembunyian dengan aman dan diperbolehkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang - barang keperluan mereka. Kapal - kapal yang akan membawa mereka keluar dari Sepanyol dipersiapkan oleh tentera Kristian di pelabuhan. Tentera Kristian juga memberi jaminan keselamatan umat Islam jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka tentera Kristian tidak lagi memberikan jaminan dan bertanggungjawab dengan apa yang akan terjadi. Demikianlah pujuk dan taktik kotor tentara Salib terhadap umat Islam.
Pada awalnya umat Islam masih lagi curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan untuk melihat sendiri kapal - kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar- benar yakin melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka umat Islam segera diminta bersiap untuk meninggalkan Granada bersama – sama. Mereka akan menuju ke kapal - kapal tersebut untuk berlayar pada keesokan hari.
Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah masing - masing dengan membawa seluruh barang - barang keperluannya beriringan jalan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentara Salib masih bertahan dan terus bersembunyi di rumah dan tempat persembunyian masing - masing. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentara Salib menggeledah rumah - rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api kelihatan membakar rumah dan api menjulung tinggi di udara. Dari jauh , umat Islam hanya mampu melihat ketika para tentara Salib itu membakari rumah - rumah tersebut bersama orang - orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.
Sedang ribuan umat Islam yang tertahan di pelabuhan hanya mampu melihat dan terkejut ketika tentera Salib membakari kapal - kapal yang dikatakan akan membawa mereka keluar dari Sepanyol. Kapal - kapal itu dengan cepatnya tenggelam ke dalam laut. Ribuan umat Islam tidak mampu berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakannya terdiri daripada perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Sedangkan ketika itu tentara Salib telah bersiap mengepung mereka dengan pedang terhunus.
Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh dan menamatkan hayat umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir bersahutan dari segenap pelosok. Dengan buas dan rakus serta sifat kejam, tentara Salib terus membunuh warga tua yang sama sekali tidak berdaya.
Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan sekejam - kejamnya. Darah kelihatan mengalir dan bertakung di mana – mana sahaja . Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah tarikh yang kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian setiap tanggal 1 April sebagai April Mop ( The April’s Fool Day ).
Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara - saudaranya seiman dengan kita disembelih dan dibunuh sekejamnya oleh tentara Salib di Granada, Sepanyol.
“...................Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia sebagai April Fool's Day. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai - ramai saudara se-Islam mereka sendiri.
Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita………………….”
Oleh sebab itu adalah sangat tidak wajar bagi kita yang bergelar Muslim meraikan tradisi ini. Orang yang meraikan tradisi ini seolah-olah sengaja mahu mempermainkan dan menghina agama Islam itu sendiri. Kini orang Islam sendiri yang lebih cenderung untuk menghina Islam berbanding orang lain. Hanya Islam pada namanya sahaja. Disebabkan peristiwa di atas tadi, umat Islam diperbodohkan dan dibunuh, dihina dan dikeji, sedangkan umat lain hanya tertawa sahaja. Apakah peranan kita dalam situasi ini. Mungkin kita tidak pernah merasai suasana sebegitu namun demikian adakah ada sedikit rasa belas ihsan dan kesedaran diri dalam jiwa kita. Andai umat lain meraikan kematian dan pembunuhan umat Islam beramai-ramai, adakah kita yang bergelar Islam juga mahu meraikannya. Andaikan peristiwa ini kembali berulang di tempat kita, di tanah lahirnya kita, di tanah nenek moyang kita, apa yang akan kita lakukan…???
0 comments:
Post a Comment