Maka kembalikanlah akan ia padaku ketika mana aku memerlukan dan mendambakan kepadanya..
itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan...
Baru-baru ini ana dapat mesej dari seorang kawan ana di mesir mengenai apa yang kalian bacakan di awal tadi. Mengenai pembuangan bayi yang tiada penghujungnya. Secara realitinya ana setuju dengan mesej tersebut. Memang benar, sifat kebinatangan ini tidak akan berhenti. Sudah pasti tiada pengakhiran tentang gegala tersebut hinggalah datangnya satu masa yang mana tiada siapa dapat menghalang iaitu hari kiamat. Penghujung dunia.
Pentarbiyahan atau didikan semestinya menjadi asam garam dalam kehidupan kita yang bergelar manusia kerna sesi pentarbiyahan dan didikan ini bermula sejak kecil dan dari buaian lagi. Sedari kecil kita dididik dan diasuh dengan didikan yang tidak formal dari ibu bapa dan keluarga kita. Diasuh dengan kepelbagaian cara dan ditarbiyah dari segala aspek menjadikan kita mampu untuk bangun berdiri dan terus berdiri. Walaupun pernah rebah tersungkur bukanlah menjadi penghalang untuk berdiri semula. Dan bermula dari situlah kita diasuh dan dididik dengan pentarbiyahan formal iaitu sekolah. Tetapi jarang sekali kita menggunakan istilah 'tarbiah'. Mungkin kerana perkataan 'tarbiah' ini dari bahasa arab ataupun seolah - olah syadid. Tidak kisahlah mengguna istilah apa sekalipun asalkan membawa satu makna yang sama. Sebab itulah kanak - kanak yang baru mula berjalan semestinya akan terjatuh. Terjatuh dan menangis. Kelihatan air mata bertakung di kelopak mata. Akan tetapi kanak - kanak tersebut akan bangun semula walaupun dalam tangisan untuk terus berjalan. Tidak sesekali mengalah walaupun sakit pada permulaan. Terus bangun untuk berjalan. Dan pada pengakhirnya, ukiran senyuman kelihatan pada bibir kanak - kanak tersebut. Senyuman yang menggembirakan.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ
03.54 pagi
Keheningan malam, di kala bersendirian di malam yang sunyi sepi merupakan suatu ketenangan yang benar-benar sesuai untuk membaca al-Quran, tadabbur, menghayati dan memahami makna setiap kalimah suci yang kita bacakan. Di saat inilah kita dapat merasai betapa agung dan nikmatnya kesucian kitab suci Islam..AL QURANUL KARIM.
Sambil membaca dengan suara yang perlahan, semestinya ia dapat diresapi dalam penghayatan diri apabila terasa keindahan alunan dan irama setiap kandungan ayat suci yang kita bacakan.. INSYAALLAH.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al Muzammil pada ayat ke 20 yang membawa maksud "...dan bacalah apa yang mudah bagimu dari al Quran..." Oleh kerna itulah, Rasul junjungan besar Muhammad s.a.w. telah mengajar kita dan senantiasa mengajar dan mendidik kita agar mengetahui dan mempelajari serta mengetahui akan manfaat dan keutamaan membaca al Quran...
Dan diantara sedikit sebanyak keutamaannya ialah :-
1. MENTENTERAMKAN HATI - sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. "Tidaklah sesuatu kaum berkumpul di suatu masjid daripada masjid-masjid Allah, mereka membaca al-Quran dan mempelajarinya kecuali turun kepada mereka akan ketenteraman hati, mereka diliputi dengan rahmat, malaikat menaungi mereka dan Allah menyebut-nyebut nama mereka dan Allah menyebiut-nyebut makhluk yang ada di sisiNya". (HR. Muslim)
2. PENYEMBUH - menurut ibun Qayyim dalam kitab Zadul Ma'ad ada menyebutkan bahawa al Quran adala penyembuh yang sempurna dari seluruh penyakit jasmani mahupun rohani, sebagaimana firman Allah Ta'ala "Wahai manusia! Sungguh, telah datang kepadamu pelajaran (al Quran) dari Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman." Yunus:57
3. KEDUA ORANG TUA MENDAPATKAN MAHKOTA SYURGA - dari Muadz bin Anas, Rasulullah bersabda "barangsiapa membaca alQuran dan mengamalkan apa yang terdapat di dalamnya, Allah akan mengenakan mahkota kepada kedua orang tuanya pada hari kiamat kelak. Di mana cahayanya lebih terang daripada cahaya matahari di dunia. Maka kamu tidak akan menduga bahwa pahala itu disebabkan amalan seperti itu." (HR. Abu Daud)
4. KEMULIAAN DARI ALLAH - orang yang membaca al Quran senantiasa mendapat kemuliaan dari Allah bahkan orang yang masih tidak betul dalam membaca al Quran (baru belajar) mendapat dua pahala sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. "orang yang membaca al Quran dan ia mahir dalam membacanya maka ia akan berkumpul bersama-sama dengan para malaikat, yang lebih mulia lagi adalah berbakti. Sedangkan orang yang masih tersekat-sekat membaca al Quran dan merasa berat untuk membacanya maka ia mendapat dua pahala ( belajar dan membaca al Quran )...." (Muttafaqun 'alaih)
5. DIBELA DI AKHIRAT - dari abu Hurairah bahawasanya Nabi bersabda yang membawa maksud "bacalah al Quran maka sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat kelak sebagai syafaat (pembela) bagi ahlinya iaitu orang yang membaca, mempelajari dan mengamalkannya." (HR. Muslim)
bApE RamAi yg DatANg
About Me
- Darwisy Sufi
- Ya Allah,andai Kau berkenan limpahkanlah kepada kami cinta yang Kau jadikan pengikat rindu antara Muhammad s.a.w. dengan Siti Khadijah..yang Kau alirkan air mata kasih sayang Imam ‘Ali terhadap Fatimah Az-Zahra..yg Kau jadikan penghias keluarga kekasihMu yang suci..jadikanlah kami insan yang selalu mencintai dikala dekat,saling mengingatkan dikala jauh keranamu..sempurnakanlah kebahagiaan kami ini dengan menjadikan ukhwah ini kekal selamanya berlandaskan ketaatan dan ketaqwaan sepenuhnya kepadamu Ya Rabb....Amin..
my pAReNt
Takallam !
fAmiLy
Followers
calendar
Wp Theme by Promiseringsdesigns | Blogger Template by Anshul