Dalam kesejukan yang teramat sangat. Seolah-olah berada di dalam peti ais. Walaupun tidak pernah sekalipun berada dalam peti ais. Hakikatnya , memang sejuk yang mencengkam seluruh tubuh badan. Menggeletar. Menuju ke ‘medan’ melalui ‘gentir’ dan ‘halilintar’. Terus berjuang mendapatkan kerberkatan yang sedikit. Tiba.. menungu dan menunggu..dan terus menunggu. Akhirnya , keluar dari kuliah setelah tiada muhadharah “Tafsir Ayatul Ahkam”. Dalam kesejukan…mencari ‘rezeki’. Pulang ke kediaman, masih dalam kesejukan yang menggigil. Menungu waktu untuk berhadapan dengan pencipta alam semesta, Allahul Khaliq. Bakal dihujani dengan ‘lautan duri yang tajam’ selepas ini. Tunjukilah aku jalan yang benar, yakni yang Engkau redhai. Permudahkanlah buatku dalam menghadapi ujian dari-Mu.
Ya Allah, tabahkanlah hati hamba-Mu ini, cekalkanlah pendirianku, teguhkan semangatku. Moga hamba-Mu ini beroleh kemanisan di penghujung perjuangan.
Sederap melangkah ke alam perjuangan beerti selamanya dalam kepahitan, biarlah menangis terluka kekecewaan ditinggalkan kerana Allah daripada mati terkambus tanpa mujahadah. Kita tidak sanggup selamanya terluka, tapi ingatlah wahai insan, kenanglah duhai manusia, setiap titisan darah dari luka dan airmata perjuangan itulah mahar kita untuk mendapatkan syurga Ilahi. Andai ditanya mengapa perjuangan itu pahit…? Jawabnya kerana syurga itu manis. Moga diri sentiasa tabah dalam perjuangan di jalanNYA.
2 comments:
inyaAllah...
Moga kemanisan milik mu...
insyaAllah..bukan sahaja milik ana, tapi milik kita bersama...
Allah yusahhila 'alaina...
Post a Comment